Followers

16.8.11

Catatan Spontan Seorang Pekerja Perpustakaan Awam Wakaf.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Apa khabar teman-teman semua hari ni? Kakchik doakan kalian semua dalam keadaan sihat sejahtera di bulan yang mulia ini. Khabarnya ada di kalangan teman-teman yang kurang sihat, demam, batuk, selsema dan sebagainya. Semoga Allah segerakan kalian semua sembuh dari penyakit-penyakit tersebut. Kakchik, alhamdulillah sihat-sihat saja.

Perpustakaan Awam Islam Dar Nur al-Zahra'
Hari ni perpustakaan sangat lengang seolah-olah hari ni sudah pun cuti Nuzul Qur'an walhal esoklah baru harinya. Dalam suasana yang agak sunyi ini kakchik mengambil kesempatan membelek-belek buku-buku yang dikumpulkan semasa kakchik mengemaskini katalog buku di tingkat 1. Memang banyak yang mahu dibelek dan dibaca. Terasa membuak-buak keinginannya dan hari ini peluangnya datang kerana kerja-kerja kakchik hari ni yang penting telah pun selesai.

Sambil membelek ni kakchik asyik terfikir, sepanjang 11 tahun bekerja di sini, sudah berapa banyak buku yang telah kakchik betul-betul habis membacanya. Di tingkat 1 ada beribu-ribu naskah buku berbahasa Melayu dan bahasa Inggeris manakala di tingkat 2 pula semuanya berbahasa Arab (masih belum mampu kakchik baca, insyaAllah satu hari nanti). Terasa rugi sekali keran dalam tempoh 11 tahun kakchik tidak mampu untuk membaca paling tidak separuh dari jumlah yang ada di tingkat 1.

Ya Allah... tempat kakchik makan gaji ini adalah gedung ilmu yang agak besar namun kakchik gagal memanfaatkannya dengan sungguh-sungguh. Drastik saja kakchik rasa mahu berazam untuk membaca sedikit demi sedikit bermula dengan rak-rak di bahagian depan iaitu buku-buku dalam kategori Ibadah, Falsafah dan Islam. Tapi kan... kakchik risau tak berjaya penuhi azam sendiri. Sesetengah pengunjung selalu kata kat kakchik, "untunglah awak dapat kerja di sini, hari-hari boleh baca buku", hakikatnya tidak begitu.

Beberapa tahun kebelakangan ni kakchik rasa semakin lemah dan malas dalam berusaha untuk menambah ilmu dan efeknya, aktiviti kakchik di perpustakaan pun makin kurang. Entah apa yang kakchik buat ya? Buat kerja atau tidak ni? Takutnya kalau mati sedangkan amanah yang dipikul ni tak berjaya dilakukan dengan sebaik-baiknya. Allah... mohon sentiasa mendorong diri ini. Motivasi paling besar hanyalah Dia. 

Tiba-tiba datang seorang pengunjung warga emas, berkain pelikat dan berbaju t-shirt masuk ke dalam perpustakaan dengan membawa sebuah beg besar dan uzur. Dari mula memberi salam hingga dia selesai berurusan, mulutnya tidak putus bercakap. Bila dia meninggalkan perpustakaan, kakchik terasa amat kagum sekali. Kali ini peribahasa Inggeris, 'don't judge a book by its cover' amatlah tepat menggambarkan pakcik itu. Ilmunya banyak, boleh bicara Arab & Inggeris dan telah pergi merata dunia. MashaAllah.

Adakah ini caranya Allah memotivasikan kakchik?

Jemput ziarah perpustakaan kami: http://darnurulzahra.blogspot.com/

6 comments:

  1. Subhanallah,pakcik yang tampak biasa tapi boleh berbahasa Arab dan Inggeris,sungguh tak terduga kan kakcik? Maha Suci Allah kerana memberi pengetahuanNya kepada pakcik tu.

    ReplyDelete
  2. seoronknya k.cik dpt bekerja di situ..dulu2 masa masih lg kerja di UIAM pernah gak terfikir nk minta kerja di situ sbb nk blk kg...hehe

    Kerjaya mcm kita ni rasa rugi sgt klu tk dpt baca buku yg ada di tempat kerja kita...

    Buku2 kat azzahra semuanya bagus2

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Dah lama tahu pasal perpustakaan ni, tapi masih belum berkesempatan untuk jejakkan kaki. Bila balik kg pun, masa sangat terhad dan diisi sepenuhnya dengan aktiviti keluarga...tak sempatpun nak masuk KB. Rasanya hampir 10 tahun tak masuk KB, dah tak boleh memandu di KB rasanya, semua jalan dah berubah arah.

    ReplyDelete
  4. Afikah Aziz,
    memang tidak terduga. Kakchik jadi termalu sendiri bila teringatkan diri yang selalu saja mahu penampilan kemas dan cantik tapi ilmu senipis kulit bawang.

    ReplyDelete
  5. Bie,
    Alhamdulillah, memang seronok tapi kakchik risau terlalai dalam menjalankan tugas sebab perpustakaan ni umpama 'comfort zone' buat kakchik.
    Betul Bie, rasa rugi sangat kalau tak ambil peluang membaca segala buku yang ada ni. Harap nak beli sendiri mana nak cari dan mana ada modal kan?
    Syukur terpilih untuk berbakti di Zahra'.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam anyss.
    Bila dah tak tinggal di Kelantan memang masa cuti di kampung kita rela duduk di rumah saja. Tambah-tambah kalau tahu kat KB ni jalan selalu sesak. Takpe, lain kali bali cuti, cuba2 melencong sikit ke Telipot, tak payah masuk bandar, insyaAllah senang nak cari Zahra' ni hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs