Assalamualaikum dan salam malam Ramadhan ke-14.
Alhamdulillah sudah selesai solat Isyak kemudian berterawikh walaupun bersendirian. Sayu hati ni bila mendengar melalui corong pembesar suara, imam di masjid membaca ayat-ayat suci Al-Qur'an semasa solat terawikh. Terasa ingin juga bersama jemaah di sana tapi tiada mahram yang nak temankan ke masjid. Cik abe seperti tahun-tahun sudah akan mengimamkan solat di sebuah masjid di Kota Bharu, jadi dia dah turun meninggalkan rumah awal-awal lagi. Syukur alhamdulillah, masih diberi kekuatan spiritual untuk melakukannya solat terawikh sendirian.
Berbuka pun kakchik tumpang di rumah ummi sebab nanti kakchik akan berseorang pula di rumah. Daripada sendirian baik beramai-ramai di rumah ummi. Cik abe berbuka di masjid. Minggu pertama dulu kami berbuka puasa sama-sama tapi sejak minggu kedua, dia dah mula ke masjid untuk berbuka dengan orang ramai. Semoga Allah sentiasa melindungi dan menjaga kebajikan suami kakchik walau di mana saja dia berada. Bila dia di luar, kakchik serahkan segala urusannya kepada Allah SWT saja.
Hari ni kakchik sediakan juadah ringkas saja untuk dibawa ke rumah ummi untuk berbuka. Sudah banyak hari kakchik dengar ummi nak makan sandwich tapi entah bagaimana, selalu saja kam semua terlupa untuk membelikan roti sandwich untuknya. Alhamdulillah, berkat Ramadhan, hari ni kakchik terasa mahu sediakan sandwich pula. Sangat ringkas. Sandwich Sardin Telur namanya.
Sardin Sandwich Telur |
Bila sampai ke dapur ummi, sudah tersedia beberapa juadah ringkas yang lain. Sudah semestinya ada juadah yang menjadi pemanis mulut seperti kurma dan cendol bersantan. Hari ni tidak semeriah semalam sebab ummi agak kepenatan jadi dia tidak menyediakan hidangan manis untuk berbuka sebaliknya lebih kepada menyediakan makanan siap proses seperti cendol dan roti yang hanya perlu ditambah perisa serba sedikit.
Kuih Serimuka yang dibeli cik abe. |
Roti buah yang ummi beli di Dataran Ilmu pagi semalam. |
Cendol bersantan. Cendol ialah juadah wajib setiap hari. |
Petang semalam kakchik ada Iftaar anjuran Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' di Restoran Sri Chiangmai di KB, jadi kami berdua buat pertama kalinya berbuka puasa dengan makan nasi. Pihak Zahra' tempah set untuk 7 hidangan untuk dimakan oleh 8 orang semeja. Orang lain kakchik tengok ok saja, tapi kami berdua hanya ambil sedikit nasi dan semua jenis lauk secara sikit-sikit. Pinggan yang disediakan agak kecil jadi memang 'crowded' lah kandungannya sampai ada orang yang lauknya terjatuh ke atas meja.
Ayam Kerabu Mangga, lauk yang kakchik suka. |
Sebahagian kakitangan Zahra' dan keluarga masing-masing. |
Maaflah sebab hanya 2 keping gambar saja yang sempat dirakam kerana waktu berbuka sudah tiba. Selepas berbuka kami bergegas pulang sebab nak tunaikan solat Maghrib. Asalnya kakchik sudah simpan air sembahyang tapi semasa menghulurkan pinggan lauk, tersentuh pula dengan tangan salah seorang kakitangan lelaki, isyk, batallah sudah dan kat situ suraunya kecil. Alhamdulillah dapat sampai di rumah agak cepat. Dalam perjalanan balik memang ada banyak masjid tapi semuanya sesak dengan kereta, susah nak parking.
Kesimpulannya iftaar di restoran itu tahun ni kurang menyengat. Majoriti kakitangan dah ahli keluarga masing-masing kurang berpuas-hati dengan kualiti rasa masakan dan servis. Tahun depan jika panjang umur insyaAllah kami akan iftaar di tempat lain yang lebih baik. Royal Guest House? Mungkin...
Cukuplah sekadar itu catatan Diari Ramadhan kakchik malam ini. Sekarang masa untuk membaca dan kemudian berehat untuk malam ini. Esok kita sama-sama bangun sahur ya.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.