Followers

25.8.11

Tutup aurat biarlah serius.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua yang singgah untuk membaca atau sekadar melihat-lihat. Semoga kalian semua mendapat sesuatu yang baik dari blog ini dan boleh dimanfaatkan di dalam kehidupan seharian.

Alhamdulillah hari ni ada sedikit masa untuk mencatatkan sesuatu di sini. Sudah dua hari asyik meletakkan artikel orang lain saja tapi kakchik harap sangat artikel-artikel yang dikongsikan itu masih memberikan faedah kepada kalian sebagaimana ianya telah memberi faedah kepada kakchik.

Pagi tadi kakchik ke Mydin Mall untuk membeli sedikit barangan keperluan rumah ni jadi macam biasalah kalau berada di dalam suasana orang yang ramai tu mata ni susah sikit nak jaga. Maksud kakchik ni, mata ni suka sangat tengok pakaian para wanita Kelantan yang datang membeli-belah kat situ.

Sumber: Laman Web Muslim Voices

Biasanya bila nampak yang pakai bertutup cantik dan sempurna, kakchik ucap syukur dalam hati dan rasa gembira. Tapi kakchik jadi sedih bila lihat masih ramai wanita Islam yang tidak sempurna pakaian mereka. Kakchik tidak pasti mereka itu faham atau tidak konsep menutup aurat dan mereka ada dari yang remaja hinggalah ke usia warga emas.

Maafkan kakchik kerana berasa sedih bila melihat keadaan itu. Tertanya-tanya, adalah mereka main-main dalam melaksanakan suruhan Allah? Susah sangatkah nak memakai pakaian yang boleh menutup aurat dengan baik? Pada kakchik, wanita Islam kita ni masih tidak serius menjaga aurat mereka. Mereka juga tidak serius melakukan suruhan Allah.

Masih terlalu banyak kesilapan dalam berpakaian yang tidak dibetulkan. Mudah lupa benar agaknya. Kadang-kadang tu orang yang selalu pergi mendengar kuliah agama juga selalu tidak pandang serius akan hal ini. Bila nak pergi kuliah agama, elok saja memakai sepasang baju kurung, bertudung agak labuh dan berstokin, sayangnya bila mahu ke pasar, bajunya telah menjadi t-shirt berlengan pendek, kainnya menjadi seluar yang bila berjalan habis berbekas seluar dalamnya dan pastinya stokin entah ke mana.

Ada juga yang memakai jubah, itu sudah bagus tapi kenapalah tidak dipakai kain di dalam atau pun seluar panjang yang longgar. Jubah berwarna cerah tanpa sebarang alas tak mampu menghalang mata orang lain dari terlihat warna seluar dalam yang dipakai. Aduh, malunya kakchik yang ternampak ni. Terpaksa mengalih pandangan ke arah lain sambil berdoa agar orang lain tak nampak apa yang kakchik nampak. Tolonglah fikir elok-elok semasa memakai baju untuk keluar rumah. Janganlah kita bermain wayang di khalayak ramai. Malu.

Teman-teman semua, tolonglah pandang serius terhadap pakaian yang disarungkan ke tubuh apabila kita mahu ke sesuatu tempat yang ada orang lain terutama lelaki ajnabi. Tilik betul-betul pakaian kita tu sebelum meninggalkan rumah. Bukan tilik menarik atau tidak. Bukan tilik lawa atau tidak. Bukan tilik menggoda atau tidak. Bukan, bukan, bukan. Yang patut ditilik di cermin ialah:
  • pakaian dah longgar
  • pakaian tidak jarang
  • pakaian tak menjolok mata
  • pakaian tidak ketat
  • tudung dah cukup labuh, tak nampak dada
  • pakaian itu tak menjadikan kita riak
  • jika nak solat di luar, cukuplah dengan apa yang dipakai itu. Tidak perlu nak bawa kain sembahyang

Pernah tak tilik begitu? Ketika menilik diri dan pakaian di cermin, bacalah doa ini:

Maksudnya: Segala puji bagi Allah yang memperbaiki diriku, perbaikilah akhlakku.


InsyaAllah doa ni jika dijadikan amalan harian, kita dapat menjaga akhlak kita di mana saja kita berada sama ada di alam nyata atau di alam maya ni. Kakchik yakin doa ini juga mampu menjadikan hidup kita lebih tenang kerana budi pekerti yang baik antara kita dengan diri sendiri dan kita dengan orang lain akan membantu kita mendapat ketenangan diri. Jika ada masalah, kita mudah tenang menghadapinya. InsyaAllah.

Berbalik kepada soal pakaian wanita kita hari ni, kakchik seru kita semua agar serius dalam berpakaian. Kita bukannya suka-suka aje pakai pakaian ni tapi kita buat kerana Allah. Kita pun tahu malu kan? Aurat tu pula maksudnya perkara yang mengaibkan. Perkara yang memalukanlah maksudnya. Jadi bila kita malu sepatutnyalah kita menyimpannya dengan baik yakni memakaikan badan kita ini dengan pakaian yang menutup aurat dengan sebaik-baiknya.

TOLONG, jangan pakai seperti ini:

Sumber: Laman Ini


4 comments:

  1. Kak Chik

    Saya cadangkan mereka2 yang sudi tubuh satu group, edarkan risalah aurat kepada semua shopper wanita Islam di shopping complex.

    Mereka kata ianya fesyen tapi mereka tak sedar seorang pereka fesyen terkenal tanahair, Datuk Tom Abang Saufi iktiraf yang blouse labuh, lengan panjang, skirt dan tudung labuh serta berstokin itu adalah fesyen Muslimah yang sebenar!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wbt kakchik,penulisan kakchik sgt menarik,suke bacenye..kakchik punye blog slh satu blog kegemaran sy sbb byk ilmu yg blh jd iktibar dan manfaat pd sy dan semua..sy dpt tau blog kakchik pn dr blog nurain vivian huhu~

    Saya ni bknlah dr kalangan org yg baik2 sgt,dulu sy igtkan bile dh b'tudung kepala tu dh kire menutup aurat tp sy silap sbb penutupan aurat yg sempurna adalah spt yg kakchik ckp tu (pakaian longgar dan x jarang,tudung labuh bwh dada,b'stokin tp x jarang)..itu perintah Allah kita sbg wanita Islam wajib ikuti,itulah yg m'bezakn kite dgn org kafir..

    syukur Alhamdulillah sy dlm proses memperbaiki diri ini utk m'jd lebih baik..doakan sy ye kakchik spya terus m'dpt taufiq dan hidayah dr Allah SWT..

    ReplyDelete
  3. mummy umar, insyaAllah cadangan mummy umar tu sudah pun dilaksanakan di negeri ni sejak beberapa tahun dah melalui NGO Nisa' dan agensi Kerajaan negeri iaitu UPWKK. sayangnya orang yang main-main dgn aurat ni jumlahnya semacam sama naik dengan orang yang menjaga aurat dgn baik. ujian sungguh dalam berdakwah.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam kaklong. Terima kasih ya. Kakchik hanya menulis berdasarkan ilham yang Allah beri je kaklong. Syukur alhamdulillah bila kaklong suka membacanya.
    Syabas kaklong kerana bertindak atas kesedaran. Bukan semua orang yang tahu dan sedar mengambil tindakan positif dalam meningkat tahap penutupan aurat mereka. Kita semua ni memang ada kelemahannya, jadi bila kita berusaha untuk membuat perubahan, insyaAllah Allah akan tolong. Semoga kaklong terus dipimpin Allah.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs