Assalamualaikum dan salam pagi Ramadhan yang ceria. Selamat bercuti Nuzul Qur'an kepada semua yang bercuti hari ni.
InsyaAllah walaupun hari ni kakchik cuti tapi sudah ada beberapa aktiviti yang menanti. Pagi ni tentulah nak uruskan hal rumahtangga dulu. Cuci pakaian kemudian menjemurnya dan membersihkan lantai dan siling yang mula berdebu dan bersawang. Dalam pukul 8.30 pagi nak ke mesyuarat IT pula di KB mungkin sejam dua. Habis mesyuarat nak terus berkejar ke Masjid Tok Haji Yahaya untuk program bersama Nisa' Panchor pula. Buat demo pakai tudung lagi...lah nampaknya hari ni jika Allah izinkan.
Alahai comelnya... |
Bahagian muslimat. |
Tapi, sebelum semua tu berlaku, jom kita tengok video majlis malam tadi di Qaryah Ramadhan MPKB-BRI. MashaAllah... bertuahnya mereka yang dapat bersama-sama menyertai Majlis Khatam Qur'an 100 kali oleh lebih dari 3000 ribu orang. Khabarnya perkarangan stadium negeri penuh sesak malam tadi. Kakchik hanya mampu tengok secara live melalui internet saja. Takde teman nak pergi sebab suami dah ke masjid yang dia imamkan solat awal-awal lagi.
Video di atas tu kakchik pinjam dari seorang kenalan, Ustaz Zakaria namanya yang juga pemilik D'Halal Shoppe. Terima kasih ya Ustaz.
Di pihak muslimin. |
Sejak beberapa tahun MPKB-BRI telah mengadakan Qaryah Ramadhan di Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV untuk kemudahan orang ramai yang keluar ke bandar dan juga menggalakkan orang bandar beramai-ramai memakmurkan malam-malam Ramadhan. Suasana begini rasanya tidak ada di negeri lain tapi ianya kini telah menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke Kelantan. Alhamdulillah.
Mengaminkan doa dengan penuh kekhusyukan. |
Semoga Allah terus memakmurkan negeri ini dengan lebih banyak aktiviti Islamik dan dengan meluasnya sebaran syiar Islam itu maka seluruh negeri akan turut menghayati syariatnya. Amin.
Kredit gambar: Album dari FB Qaryah Ramadhan
Jazakillah khairan kak chik.. kongsi bideo nya :) .. MasyaAllah.. seronok sunggh kan :) .. dan selamat bercuti kak chik :) ... wah seronok kak chik hari ni aktiviti bnyk <3.. syikin join nisa.. tp tk pernah join aktiviti .. berdua dengan zauji jer... nak kemana zauji bawa.. hehe.. susah nak jalan sorang2 .. insyAllah ada lesen nanti boleh ler :)
ReplyDeletealhamdulillah..bersyukur sgt menjadi rakyat kelantan.
ReplyDeletebest sgt dpt blk kg.rase tenang je
Subahanallah,meriahnya,makbonda tidak pernah merasai situasi sebegini,semoga allah beri kesempatan suata ketika nanti.
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik..apa khabar?
ReplyDeletesyukran atas perkongsian.Bertuah sungguh menjadi rakyat Kelantan...:D
Afwan Zaujah Encik Mamat. Ini saja antara yang mampu kakchik lakukan untuk memberitahu umum bahawa di negeri ini ada banyak aktiviti yang bagus untuk dimanfaatkan oleh semua orang. Cuti Nuzul Qur'an memang seronok tapi belah petang tu terasa amat penatlah pula. Sebenarnya bagus juga kalau suami yang selalu temankan syikin tapi kalau dia ada kerja, kita kenalah pergi sendiri kan? Ada lesen memandu tu satu bonus untuk kita.
ReplyDeleteDahlia, semoga kita sama-sama sentiasa bersyukur akan nikmat ini dan membantu dalam memastikan negeri ini terus makmur dengan pemerintahan sekarang.
ReplyDeleteMakbonda, jemputlah datang berpuasa di sini. Ramai juga orang luar Kelantan yang mengambil cuti semata-mata untuk merasai pengalaman berpuasa di sini. InsyaAllah banyak kelainannya yang mendekatkan kita kepada Allah.
ReplyDeleteWa'alaikummussalam Ain. Alhamdulillah kakchik sihat-sihat saja. Afwan. Alhamdulillah. InsyaAllah rakyat negeri lain pun boleh menikmatinya juga.
ReplyDelete