Followers

27.6.11

Sehari Tanpa Facebook

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Apa khabar teman-teman semua di hari Isnin ni? Kakchik hari ni alhamdulillah... sudah sihat dari keracunan dan kini kembali bekerja seperti biasa. Semalam masalah keracunan makanan kakchik sangat teruk hinggakan kakchik tidak larat untuk melakukan banyak kerja termasuklah untuk 'online'. Banyak masa dihabiskan dengan berulang-alik ke bilik air, berbaring, tidur dan mengelamun. Letih, hilang selera makan dan sunyi. 

Syukur alhamdulillah, hari ini kakchik sihat walaupun selera makan masih belum begitu pulih. Dalam kepala ni dok terfikirkan email dan mesej yang tentunya amat banyak kerana sehari lebih kakchik tidak membuka dan memeriksa kedua-duanya. Semoga kawan-kawan faham keadaan kakchik. Dalam keadaan begini paling gembira jika orang lain memahami keadaan kita. Oleh kerana kakchik semalam MC, jadi hari ni ada banyak kerja di atas meja. Hajat nak membaca email dan login di facebook pun terpaksa tunda sebentar.

Sebenarnya kakchik lega dapat cuti sakit. Walaupun badan tak sihat tapi secara tak langsung kakchik anggap Allah yang beri kakchik cuti. Bukan senang nak duduk saja di rumah tanpa melakukan apa-apa pekerjaan yang berat. Bosan tu memanglah bosan juga tapi kakchik boleh bermain-main dengan Adelia. Sunyi memanglah sunyi sebab sendirian saja dalam rumah tapi kakchik boleh lebih ingat yang Allah itu ada. Malaikat-malaikatNya menemani kakchik, insyaAllah.

Kakchik rindukan teman-teman semua terutama teman-teman di facebook. InsyaAllah apa-apa urusan yang tertangguh sejak Sabtu malam terutama dengan ahli-ahli Usrah Keluargaku Sayang, WKTI, Mothers dan yang lain-lain akan kakchik uruskan secepat mungkin. Terasa bersalah pula bila tak dapat online dan berhubung dengan mereka semua. InsyaAllah sikit masa lagi ya.

Wassalam.

2 comments:

  1. Salam Kakchik.

    Alhamdulillah kembali sihat...Takpe..ada masanya kita perlu rehat dr online...beri peluang utk diri sendiri berehat...
    kalau Dyg pulak, mesti kuat tanpa suami di sisi...kalau ada rasa nak sakit atau demam, cepat2 mkn ubat supaya tak jadi sakit. sbb kalau dyg sakit, sapa nak jaga anak2 dan hantar dia org gi sekolah..Alhamdulillah,setakat ni belum lagi rasanya Dyg sakit sampai tak boleh bangun...Mungkin Allah kasihan pd Dyg sorang diri mengurus anak-anak tanpa suami yg jauh bekerja di tempat lain.Thank you Allah....
    Ok kakchik, take a good care of yourself...kita jauh tp rasa dekatkan...

    ReplyDelete
  2. Wkslm dayang.
    Ha'ah alhamdulillah sangat. Memang betul tu, peluang untuk berehat. Bukannya selalu dapat peluang macam ni. Syabaslah kalau begitu dayang, mungkin kekuatan untuk sihat pada diri dayang kuat kerana memikirkan anak-anak. InsyaAllah banyak ganjarannya tu untuk isteri yang tabah dan redha.
    Dayang pun take care juga ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs