Followers

1.6.11

Dari Shah Alam ke Sogo, KL.

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah.

Sebentar tadi umi, kakak dan abang ipar telahpun bertolak balik ke Kelantan. Tinggallah kakchik di sini seorang diri kerana selepas menghantar kakchik ke Wisma MAIS, abang ngah dan angah juga akan bertolak balik ke kampung. Tapi insyaallah kakchik ada ramai sahabat di sini yang boleh kakchik tumpang buat sementara sebelum 'check in' ke tempat Muktamar petang nanti.

Tempat yang dituju.

Semalam, oleh kerana kakchik tiada sebarang aktiviti maka kakchik ikut kakak dan abang ipar ke KL. Saja nak ronda-ronda, cari 'buah pusing kedai dan buah belalak mata' kata orang Kelantan. Kami ke Sogo, makan tengahari di D'Mara Bistro di mana kakchik buat pertama kalinya melihat perempuan muda, melayu-islam merokok dengan bangga sekali. Nasib baik waktu tu kami dah nak selesai makan, kalau tidak teruklah kami pening. Astaghfirullah... bencinya dengan perangai tidak sopan itu. Langsung hilang sifat kewanitaan w/pun fizikal dan pakaiannya jelas wanita.

Suasana dalam Sogo.


Suasana di Sogo agak hiruk-pikuk kerana ramainya orang datang 'Carlo Rino dan D.G penuh dengan pelanggan. Kakchik ambil peluang untuk cuba kasut dan tengok beg-beg tangan yang dipamerkan. Semuanya 'New Arrival' tapi sebab kakchik tak berhajat maka kakchik hanya tengok-tengok sajalah. Kakak kakchik ada cuba beberapa pasang kasut tapi sayangnya bila nak beli takde saiz pula. Agaknya orang KL ni semuanya kaki saiz besar hehe.

Asyik ke Jakel je...

Lama juga kami di Sogo, melancong hehe. Lepas tu kami ke Jakel KL pula untuk membeli kain pasang untuk adik2 dan kakak2 yang di rumah sana. Ramai adik-beradik perempuan beginilah. Kenalah belikan untuk semua. Sakit segala urat di tapak kaki, jadi bila sampai di Jakel, kami semua sudah amat letih sampai nak bercakap dan memilih kain pun tak larat. Kelakar sungguh. Tapi yang seronoknya bila berada di kedai kain tu ialah ramainya pekerja adalah orang senegeri. Senang sungguh urusan membeli-belah.

Tempat kami makan tengahari.

Lai Chi Kang yang abang ipar punya. Nampak sedap.

Nasi Goreng Seafood - abang ipar punya.

Mee Goreng - kakak punya, sedap.

Jus Asam Boi Limau Kasturi yang TIP TOP.

Nasi Goreng Kampung - kakchik punya. Mashaallah... sungguh YUMMY!

Banyak berjalan dalam cuaca yang panas dan bahang di kota ni memang teruk, entah berapa gelen kakchik minum air. Air Asam Boi Limau Kasturi di D'Mara Bistro sangatlah sedap. Kalau boleh nak minum lagi. Lepas tu dua gelas Jus Oren di Restorak Ikhlas dekat Jakel. Milo Ais di dalam Sogo dan mineral. Memang tak cukup sebenarnya tapi nak kena juga berjimat cermat. Maklum saja harganya bukanlah murah macam di Kelantan.

Menunggu kakak mencuba kasut di Sogo. Kakchik pakai kasut baru.

Kakchik tak beli apa-apapun masa ke KL tu. Cukuplah dengan membeli sepasang kasut Comfit semasa ke Kompleks PKNS sehari sebelumnya. Kalau tak berhajat untuk 'shopping' memang kakchik payah nak membeli w/pun barang yang menarik ada berlambak di depan mata. 'Kenyang' tiba-tiba nafsu 'shopping' hehe. Nasib baik juga, mungkin sebab hari ni kakchik mungkin dapat ke satu pesta buku. Insyaallah boleh beli buku banyak-banyak.

Nampaknya cukuplah dulu cerita kakchik untuk hari ni. Nak bertolak ke Wisma MAIS dulu dan nak jumpa beberapa orang kawan kemudian ke Putrajaya menziarahi kawan yang baru bersalin. Tak sabar rasanya. Semoga segala urusan pada hari ni berjalan dengan lancar. Amin.

4 comments:

  1. wah.. kak chik.. jalan sogo yer.. syikin tk pernah try makan dekat medan mara tu lg.. mesti test ni. mcm best jer kan :)

    ReplyDelete
  2. hehe, orang ajak, kakchik ikut aje syikin. rezeki jangan ditolak. makanan kat d'mara bistro tu bagi kakchik memang sedaplah syikin. kena cuba tu. pergilah cuba makan dgn en mamat :)

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Chik,
    Lama tak bertanya khabar. How are you? Kak Chik di KL berapa lama? Kalau ada rezeki kita jumpa Insyaallah.

    ReplyDelete
  4. Amboiiii KakCik buat saya terliur je... tak penah lagi makan kat situ.... kena test sekali la... nampak sedap jer....

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs