Followers

7.5.09

Bimbang Sungguh!

Assalamualaikum dan salam pagi ceria untuk teman-teman semua.
Semoga semuanya sentiasa dilindungi Allah SWT dari mara bahaya. Semoga setiap langkah perjalanan kita akan sentiasa selamat dari musibah. Oleh itu mulakan langkah kita dengan BISMILLAH.

Minggu ini selain berita sensasi politik dan artis, ada satu berita yang SEMAKIN MENAKUTKAN terutama diri kita kaum wanita ni. Setiap hari ada saja berita ini dilaporkan di dalam akhbar atau berita TV. Ya, JENAYAH RAGUT yang menyebabkan KEMATIAN.

Terasa seolah-olah NEGARA ini sudah TIDAK SELAMAT untuk kita ke mana-mana. Penjenayah, Peragut, Perompak dan Pembunuh ada di mana-mana. Memang betul... "kemalangan tidak berbau" tapi jika kemalangan itu dilakukan dengan SENGAJA, ia bukan lagi kemalangan tapi JENAYAH.


Semalam kakchik dah SAYU membaca berita kematian Allahyarham Jamilah Selamat (al-Fatihah & takziah untuk keluarga arwah), hari ni ada lagi berita yang sama. RAGUT hingga MENYEBABKAN KEMATIAN.

JAHAT SUNGGUH penjenayah tu.
Kalau kita perasan kan, sekarang ni penjenayah semakin KEJAM.
Kalau dulu hanya CURI tapi sekarang ROMPAK & boleh pakej dengan BUNUH.
Sungguh menakutkan. RISAU kalau terpaksa keluar seorang diri ke mana-mana.
Rasa SANGSI akan sentiasa ada terutama bila nampak lelaki-lelaki (maaf ya sebab ramai penjenayah ni lelaki) yang mencurigakan. TRAUMA jadinya.

Pihak berkuasa kita masih GAGAL dalam menangani kes ini secara EFEKTIF. Bukan semuanya gagal tapi PURATAnya gagal. Kakchik nampak dari berita-berita di akhbar tu, ini pandangan peribadi ya, bila pihak berkuasa mula berpolitik, kerja menjaga keselamatan rakyat telah TERABAI. Kakchik tak pasti sejauh mana POLIS kita ditarbiah mengikut didikan Islam. Bagi kakchik jika mereka mempunyai akhlak Islam yang tinggi, nyawa rakyat marhaen insya-Allah akan lebih terjamin kerana mereka bekerja bukan semata-mata kerana kerja TETAPI kerana MENJAGA AMANAH ALLAH.

"Maafkan saya pihak polis, prestasi anda masih saya ragui tapi saya akan terus berdoa agar anda berubah menjadi penyelamat rakyat di dunia dan juga di akhirat."

9 comments:

  1. Salam...
    Betul tu kak chik...ummi pun seriau bila dengar beri cam nie kan? Ngapelah dia orang nie kejam sangat! Pasal pak polisi tu...ummi pun sokong gak! hehehe

    ReplyDelete
  2. Memang bimbang betul. Kak tie siap warning kat anak2 supaya hati2.

    Mereka ni dah terdesak. Takut nanti anak2 sekolah pun jadi mangsa ragut, sebab budak2 ni sekarang dah mewah..ada handphone lagi...

    Kak tie dulu pernah diragut(20++ tahun lepas ). Tu yang sentiasa berjaga2....

    ReplyDelete
  3. salam.. rasanya.. zaman dulu ada gak rompak n pakej rompak dan bunuh.. cuma zaman tu, xda liputan yang meluas dan agak senyap2 je.. yang mendapat liputan media ketika dulu hanya artis,ahli politik dan mereka yang famous je serta kes2 yang agak menarik perhatian..

    sekarang ini, apa sahaja akan dimasukkan dalam akhbar termasuklah sekecil perkara-virus dan sebesar perkara- alam semesta... just pandangan.. :)

    ReplyDelete
  4. Salam Kakchik..
    Sama-samalah kita jaga keselamatan diri dan barangan yang kita bawa bersama. memang sekarang ni tak kira siapa pun akan diragutnya. Agaknya 'mata hati'penjenayah ini memang segelap2 hati la kot..Sampai ibu hamil pun dianiayanya.. Sangat Kejam

    ReplyDelete
  5. sekrg takut nk kuar seorg, shu pun kalau p memana ngam suami. takut dah. pastu handbang mmg jarang guna. masuk kat poket je.

    mintak mintak kita semua selamat. InsyaAllah. Amin

    ReplyDelete
  6. Wkslm ummi. Kita sama2 mohon agar kita sentiasa dilindungi Allah. Takut kan?

    Kak Tie, rupanya ada pengalaman kena ragut jugak ya. Tentu kesannya masih ada kan. Sbnrnya dah pernah berlaku anak2 sek diragut kak. Prnh masuk paper.

    Wkslm tronx013. Mmg jenayah ni dah berlaku sejak dulu tapi tu lah skrg ni semuanya SENSASI kerana duit punya pasal. Kakchik tak sebut je sebab nak cerita isu sekarang ni. Akhbar tau nak buat duit je, dia dah lama hilang ETIKA.

    Wksl Ted. Bila kita marah memang kita rasa mereka tu kejam sangat. Sambil2 kita doa utk diri kita mgkn kita blh mohon agar Allah insafkan penjahat2 tu dan bertaubat segera. Tapi kita ni mmg lemah iman ...

    shu, kakchik pun takut shu tapi banyak ketikanya kakchik terpaksa ke banyak tmpt berseorangan terutama di waktu pejabat. hanya doa dan tawakal pada Allah yang memberi kekuatan.

    ReplyDelete
  7. salam kak chik,byknya cerita2 jenayah sekarang kat m'sia...kwn saya kat KL ckp sekarang nak biar anak main kat halamn rumah pun rasa risau.
    teruk sgt ke masalah ekonomi negara kita sampai ramai sanggup buat kerja mcm tu???

    ReplyDelete
  8. Ntah la, slalu org ppuan jadi sasaran.. :(

    ReplyDelete
  9. Wkslm Suzi.
    Jenayah ni dah makin banyak Suzi tambah2 media pun memang mensensasikan berita2 jenayah ni sama ekslusif dgn berita hiburan & politik. Kadang2 terfikir, laporan2 tu macam nak mengajar penjenayah cara2 canggih untuk melakukan jenayah sebab terlalu detail dan nampak gah.
    Kakchik masalah ekonomi mmg teruk tapi taklah sampai menjejaskan kehidupan. Tapi yang banyak melakukan jenayah ni ialah warga asing yg dtg ke sini. Masa di KL hari tu rasa macam dok Indonesia atau Pakistan je.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs