Assalamualaikum dan salam malam semua. Sedang buat apa ya kalian di saat ini? Kakchik baru selesai makan malam. Hari ni memang lewat sikit makan malamnya sebab kakchik baru balik dari masjid. Tadi kakchik ikut cik abe berjemaah di masjid sebab selalunya malam Khamis ni Tok Guru akan bagi kuliah.
Semasa sampai sebelum Maghrib tu kakchik tengok ramai juga para jemaah Muslimatnya tapi jurang umur sungguh nyata sekali. Golongan tua dan golongan remaja saja yang ramai. Golongan muda macam kakchik agaknya adalah dua tiga orang. Huhu termalu sendiri rasanya sebab jarang ke masjid. Yang remaja ramai pun sebab pelajar sekolah Maahad Darul Anuar, kalau mereka bercuti alamat tinggallah dua saf je belah Muslimat. Apapun kakchik syukur sebab cik abe sudi ajak kakchik bersama ke masjid.
Solat Maghrib diimamkan Ayah Din (adik Tok Guru) jadi kakchik dah rasa mesti Tok Guru tak mengajar malam ni. Dalam beberapa minit menunggu akhirnya terdengarlah suara yang amat 'familiar' sekali di corong pembesar suara. "Eh, itu suara Abang tu." hati kakchik berkata-kata. Hehe, rupanya memang sah cik abe yang mengajar malam ni. Katanya menggantikan Tok Guru yang agak letih. Kami dah biasa tahu Ayah Zik memang agak uzur tapi masih kuat mengajar agama dan kuliah di merata tempat.
Cik abe mengajar bab ILMU. Antara yang kakchik masih ingat dalam kuliah dia tadi ialah, orang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya, seluruh makhluk Allah sama ada di langit atau di bumi akan sentiasa mendoakannya. Satu lagi, jika kita mempermudahkan jalan orang lain yakni mengajar orang tersebut sesuatu ilmu maka kita akan dipermudahkan Allah jalan-jalan menuju ke Syurga.
Oh, alangkah seronoknya kalau jalan ke Syurga ini banyak dan dipermudahkan Allah. Kita semua tahu kan nak ke Syurga ni bukannya mudah. Di akhirat kelak, di bawahnya Neraka, di hadapan adalah Syurga tapi titian yang di tengah itulah penentu kita sampai atau tidak ke Syurga. Kalau tergelincir, alamat jatuhlah kita ke dalam gaung Neraka. Na'uzubillah.
Jadi sama-samalah kita RAJIN MENUNTUT DAN MENAMBAH ILMU AGAMA agar kita berjaya melepasi titian SIRAT nanti. Sebab itu kakchik sudi berkongsi dengan kalian sedikit ilmu ini. Kata Nabi, "sampaikanlah olehmu walaupun sepotong ayat". Tak rugi apa-apa kalau kita berkongsi ilmu bahkan dapat pahala lagi.
Wassalam.
p/s: gambar tu ambik dari pc cik abe, itu kali pertama dia ganti Tok Guru tapi masa tu kakchik takde di kampung. Boleh tahan juga cik abe mengajar ya, hehe. Alhamdulillah.
Assalamualaikum,
ReplyDeleteTahniah kerana diizinkanNya mendengar kuliah che abe. Wah bagaimana rasanya mendengar kuliah agama yang disampaikan oleh suami sendiri? Kak Aliya pernah juga dibawa ke ceramah akademik oleh che abe akak, segan sungguh bila diperkenalkan sebagai suami penceramah, tetapi bangga serta bersyukur bila mendengar ceramah yang disampaikannya. Cuma belum berpeluang mendengar kuliah agama suami, kerana selalunya berlaku pada waktu akak sibuk dengan urusan lain.
bertuah sungguh kak chik, ini pun dikira rezeki dari Nya juga
ReplyDeleterezeki berbentuk nikmat yang tidak ternilai, bukan semua org dapat memiliki nikmat sebegini
Assalamualaikum Kakchik..
ReplyDeleteSeronok ya bila cik abe sendiri yang beri ceramah. Lagi2 pulak ramai yg hadir mendengarnya sekali.. Di masjid mana selalu adakan ceramah ilmu nie? Macam Kakchik kata la..selalunya golongan umur TED dan KAKchik nie tak ramai yg hadir Jemaah di masjid..Tp bila berpeluang pegi mmg seronok
Wa'alaikummussalam Kak Aliya. Terima kasih kak. Mula-mula tu kakchik asyik tersenyum je sebab dok fikir apa pula perasaan dia berceramah dan kakchik sedang mendengar, hehe. Dalam masjid tu takde sapa tahu kakchik ni isteri dia kecuali anak-anak muridnya. Alhamdulillah terasa gembira dan bangga bila suami dapat melangkah selangkah lagi ke depan dalam medan dakwah ni. Hanya isteri je yang tahu bagaimana perasaannya kan kak? Insya-Allah nanti akak pula berpeluang mendengar ceramah agama suami akak.
ReplyDeleteMasayu, barangkali betul tanggapan Masayu tu. Syukur alhamdulillah... kalau dulu teringin benar mendengar dia bagi kuliah, malam tadi Allah dah makbulkan.
ReplyDeletesalam... alhamdulillah... sama-sama berkongsi ilmu :)
ReplyDeletesalam kak chik..
ReplyDeleteseronok bila berpeluang mendengar kuliah agama ni..buat peringatan pd kita dan boleh disampaikan pd org juga..
sy rasa jurang umur yg berbeza kerana faktor kesibukan berkeluarga. lebih2 lagi selepas maghrib inilah masa untuk mengaji, makan dan menguruskan hal anak2.
bg yg tua semua tu sudah berlalu manakala bg yg muda semua itu belum ditempuh..
seorang isteri yang menggalakkan suaminya utk solat berjemaah di masjid, maka pahala solat jemaah suami akan sama diperolehi isteri selagimana dia taat pada suaminya.
masyaallah..
wallahua'lam..
yes! Tahniah kak chik! Cik Abe sdh bjaya melangkah...nak seiring dgn Ayah zik. Tak risaulah kami sb ade pewaris dlm pjuangn. blh kak chik mklumkn jdual tenaga kls mghrib-isya
ReplyDeletedi masjid Ayah zik tu? Bhajat nk pegi la.
wkslm kak e. ha'ah seronok rasanya bila dapat berkongsi ilmu ni.
ReplyDeletewkslm irma. pernyataan yg pertama memang kakchik setuju. ayat yg kedua tu mungkin ada benarnya tapi nak seribu daya kan, tak nak...
ReplyDeletealhamdulillah... setakat ni cik abe memang sentiasa berjemaah di masjid kecuali ada maslahah tertentu.
miz, pertamanya terima kasih sb sudi singgah di sini. terima kasih juga atas ucapan tu. kalau betul cik abe boleh seiring dgn ayah zik, kakchik memang amat bersyukur sekali. cik abe ni dia lebih biasa menulis daripada berceramah sebab tu dia jarang benar berceramah. mungkin sekarang dia lebih yakin. pasal jadual maghrib-isyak tu hari-hari lain kakchik tak pasti tapi kalau rabu malam khamis dan khamis malam jumaat biasanya ayah zik yang mengajar dan digantikan oleh ustaz lain sama ada anaknya ust nik omar, ust saibon ataupun ust2 lain termasuklah cik abe. yang pasti memang ada kuliah setiap malam tersebut.
ReplyDeletesalam, k.chek..banayknyer blog k.chek..saya meminatilah blog k.chek nie.hehehe..sesekali nak bace owang putih punya tulisan...blog yg satu lagi...pujian ikhlas....biso k.chek...bi..heheh
ReplyDeletek.echek u mane dulu..heheh ange mare tanyer isu sensitip
k.chek ader bau2 bacang tgk tok guru ko?...saya zaman anak dara dulu, selalu dibawa ayah solat subuh ari jummat kat pulau melaka...nak ambil sujud sejadah kata ayah..hehehehhe...jeliro sungguh dgr tok guru baco....(imamkan) solat .hehhesekarang nie dah dihantar Allah ke KL pulak..bekerja di sini..em....hati berkobar nak balik ke sana..tapi apakah daya...
ReplyDelete