Followers

3.7.09

Hari Terbuka OUM Kelantan

Assalamualaikum sekali lagi untuk malam ni. Nak juga masukkan entri yang ni sebab tak mahu terlambat. Kakchik sekadar ingin membantu OUM Kelantan je... nak maklumkan, esok ada program kat bawah ni.

klik gambar untuk pembesaran

Maklum la kan, ini tempat kakchik belajar, tentulah terpanggil untuk tolong mempromosikannya. Kakitangan kat sini memang ramah mesra sekali. Alhamdulillah... barulah seronok belajar dan berurusan kan.

jadi...

Kepada semua rakan taulan yang berada di Kelantan khususnya di Kota Bharu, jemputlah hadir ke OUM esok. Insya-Allah kedai buku kakchik, MariBaca akan membuka gerai jualan.


Pagi tadi kakchik ada taklimat bersama Dato' Pengarah dan sebelah petangnya sibuk di kedai 'packing' buku. Kakchik bawa banyak juga buku ni, harap-harap cukuplah dengan ruang dan meja yang disediakan. Tolong doakan ya agar esok cuacanya baik sekali dari pagi sampai ke petang. Bimbang juga... kakchik ni menjual buku dan buku ni tau ajelah kan... dibuat dari kertas... bahaya sekali kalau hujan. Tempias pun boleh merosakkan buku.

JEMPUT DATANG YA! KALAU ANDA PENGUNJUNG BLOG KAKCHIK, ESOK AKAN DAPAT DISKAUN ISTIMEWA.

10 comments:

  1. Wa'alaikumussalam,

    Alhamdulillah cek abang je gi dulu, kami akan menyusuli kemudian.
    InsyaAllah suatu hari kita kan bertemu.

    Tk, mengunjungi teratak "orang lama" yang tak reti, tak seindah macam "orang sekarang"...

    ReplyDelete
  2. INsyallah Esok kalu TED berkesempatan TED nak pi tgok juga..
    Boleh juga TED nak Berkenalan dgn KakcHik..

    ReplyDelete
  3. Harap semoga semuanya berjalan lancar utk urusan kak Chik nanti..

    ReplyDelete
  4. cikgu rash,

    ooo macam tu... kakchik ingatkan satu keluarga dah pindah ke terengganu. takpe, insyaAllah akan ada peluang bertemu suatu hari nanti.

    teratak cikgu tu mana ada tak seindah "orang sekarang".... dah setanding tu...hehe

    ReplyDelete
  5. Ted,
    Jemput ya Ted. Memang kakchik suka sangat nak bertemu mata. Kamera pun siap sedia sentiasa.

    ReplyDelete
  6. terima kasih banyak ya zureen. kakchik pun memang harap begitulah. mohon Allah belas ihsan dengan kakchik dan para peserta & pengunjung esok dengan cuaca baik.

    ReplyDelete
  7. Kalau Zam ada kat kelantan la ni, leh Zam g & singgah booth Kak Chik & jumpa along Zam

    ReplyDelete
  8. zam, buah kalau tu takleh pakai tu... hehe tapi kakchik ada ambik gambar along awak tu. nanti malam nak upload.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs