Followers

9.7.09

Abaya for sale and other things.

Assalamualaikum dan salam malam Jumaat kepada semua teman-teman. Jam 11.32 malam ni kakchik berseorang sebab cik abe ke MU bersama teman-temannya petang tadi. Sebenarnya kakchik pun baru je balik dari KB menghantar adik bongsu sekeluarga ke stesen bas untuk pulang ke KL. Lepas tu kakchik ke Mydin bersama adik dan anak-anak saudara sebab adik nak beli alatulis untuk sekolahnya. Boleh tahan juga jalan malam-malam ni. Dah lama kakchik tak keluar malam ke bandar KB, cantik juga. Sayangnya susah nak ambil gambar bila ada budak-budak yang tukang penyibuk, hehe.

Ok, cerita pertama malam ni ialah kakchik ada stu abaya yang dibeli bulan Mei lepas tapi kakchik tak pernah pakai sebab tersalah saiz. Kakchik nak saiz XS tapi terambil saiz S pulak. Nak pulangkan ke kedai terasa malas pula nak pergi. Jadi kakchik nak tawarkan kat sesiapa yang berminat untuk membelinya.

Abaya berwarna hitam, kain jenis lembut (tak tahu nama kain) dan selesa dipakai sebab kakchik ada beli 4 helai dari kain yang sama, ada sulaman labuci sekitar leher, lengan baju dan kaki baju. Boleh tengok gambar kat atas tu. Nak lebih besar, klik gambar ya. HARGAnya RM99.00 kerana diimport dari Dubai. Kalau berminat, email kakchik ya: hanniaziz@yahoo.com

Cerita kedua ialah pasal adik bongsu yang balik bersama keluarganya. Sebenarnya dia balik cuti kecemasan kerana bapa mertua isteri keduanya sakit tenat. Dia sampai hari Selasa petang dan dalam jam 3 pagi bapa mertuanya meninggal dunia. Dari Allah kita datang kepadaNya jua kita akan kembali. Semoga ruh bapa mertua adik bongsu akan ditempatkan bersama ruh orang-orang yang beriman.


Nampaknya anak ketiga adik bongsu, Nuramalina, 1 tahun setangah dah pun aktif berjalan ke sana ke mari cuma percakapannya saja yang belum begitu jelas.


Abdul Aziz, 3 tahun setengah pula masih malu-malu nak bercakap dengan kakchik tapi senyuman sentiasa terukir di bibirnya. Yang ni memang amat suka membaca. Asyik berkepit dengan bukunya (dalam gambar tak nampak seba buku jauh di depan).

Walaupun beristeri dua, adik bongsu nampaknya boleh berlaku adil kepada kedua-duanya. Sebenarnya kami dulu memang amat risaukan dia yang beriya-iya nak berpoligami. Tapi Allah sudah banyak membantu dia sekeluarga. Dulu asyik mengajar Qur'an merata-rata, mengubat orang dan hidup tak stabil, kini sudah pun bekerja di Masjid Jamek KL. Syukur bagi pihak adik bongsu.

Cerita terakhir ialah cerita makan. Hari ni kami semua memang agak keletihan. Ummi dengan lututnya yang sakit, kakchik pula ke sana-sini menguruskan bungkusan buku dan anak-anak buah yang asyik 'berbelit' sepanjang hari sebab mereka tahu kakchik cuti dan adik-adik pulak, seorang teramat letih menyambut entah berapa kelahiran di hospital tu dan yang seorang lagi ada sukan di sekolahnya. Hakikatnya... semua orang letih untuk memasak jadi kami sediakan aja hidangan yang paling ringkas seperti di bawah.

Ada pucuk ubi celur (bahasa surat ke ni?), budu (hanya adik ipar yang makan, cik abe puasa), sayur air, ulam mentimun, ikan kerisi goreng dan tembikai untuk pencuci mulut. Ringkas kan?

Hidup dalam keluarga yang besar macam kakchik ni meriah memanjang. Hampir setiap hari adik-beradik perempuan semuanya berkumpul di rumah utama. Memang riuh-rendah la kami ni. Sebab tu kakchik pun mulut banyak la juga hehe.

Jumpa lagi esok, insya-Allah. Wassalamualaikum.

13 comments:

  1. Adehhh..baca cerita Chik ni pun dah letih..apalagi orang yang mengalaminya..Macam-macam kerja nak buat ye...

    Chik pakai baju sais XS..? Kecik moleknya..hehehe.. Kak tirana pakai baju saiz M.

    ReplyDelete
  2. Al-fatihah buat mertua adik bungsu kakchik tu ya :)

    ReplyDelete
  3. Salam kak chik, sedapnya pucuk ubi tu! Lama tak makan ler. Abaya tu cantik. Tp, ummi tak boleh muat. Pasti labuh meleret ke lantai...hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak Tirana, begitulah kak setiap hari. Asalkan gembira dan puas hati, Chik akan laluinya dengan baik walau letih.
    Hehe, memang Chik ni saiz XS kak.

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam Ummi,
    kalau di rumah KakChik ni pucuk ubi ada di sekeliling rumah sebab Ayah memang suka tanam ubi kayu di tepi pagar. Tambahan pula ahli keluarga yang lelaki memang suka makan kalau dicelur.
    Kalau Ummi boleh meleret pakai abaya tu, maknanya Ummi pun saiz XS juga ya? Labuhnya cuma 53". Dengan ketinggian 150cm kakchik hanya potong 4" saja.

    ReplyDelete
  6. salam... kak e tak jumpa chat box lah...

    * pc/internet kak e ni buat hal kot...

    ReplyDelete
  7. wkslm kak e, chat box ada kak e tapi sehari dua ni dia selalu buat hal. kakchik pun tak dapat nak jawab mesej bbrp hari lepas, hari ni baru ok.

    ReplyDelete
  8. Salam kak Chik,

    Lama tak singgah di blog yang kiut ni. maaflah bz lately. Anyway, semoga Abaya tu dapat Tuan baru sekecil molek Kak Chik. Hehehe..

    ReplyDelete
  9. Wkslm Hani.
    Ala tak ape... kakchik pun faham bagaimana kerja Hani tu. Kakchik pun bukannya selalu dapat ziarah Hani. Kira samalah kita berdua ni.
    Belum ada orang berkenan lagi abaya tu... siapalah yang bertuah tu?

    ReplyDelete
  10. memula al-fatihah
    pastu nk ucap 'assalamualikum dan selamat berjaya kat kakchik'

    mknan tu sedap. ubi celur ngam budu durian, sedap tu. hehehe.

    abaya udah di jual?

    ReplyDelete
  11. wa'alaikummussalam dan terima kasih shu. makanan tu semua memang kegemaran adik ipar, kakchik ni kureng sikit, hehe.
    abaya tu belum ada pembeli, shu taknak beli ke?

    ReplyDelete
  12. nanti kalau g umah kakchik. nk mkn ubi rebus ? [ agak agak leh tak ? ] hehehe. abaya tu berkenan. tp bajet 'terlari sikit baru ni'
    hehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs