Assalamualaikum dan salam petang semua. Di hari Sabtu ni kebanyakan orang sedang enak beristirehat bersama keluarga tapi kakchik pula berada di pejabat melayan urusan kerja. Sebentar tadi kakchik meminta izin untuk keluar dalam 2 jam untuk ke OUM kerana ada kelas Malaysian Studies.
Sebenarnya kakchik dalam minggu persediaan untuk menghadapi peperiksaan pertengahan tahun. Jarang OUM ada peperiksaan ni, selalunya ada tugasan, diskusi online dan juga peperiksaan akhir semester. Kali ini sistem pemarkahan pun ada perubahan berbanding semester sebelum ini.
Kakchik mahu khabarkan kepada kawan-kawan semua bimbang ada yang tertanya-tanya kenapa kakchik jarang menziarahi blog. Semester ni kertas yang kakchik ambil agak susah dan kakchik perlu menggunakan banyak waktu terluang untuk membaca dan memahami konsep. Sempat kemaskini blog hampir setiap hari tapi memang lambat sikit kakchik membalas komen dan mesej. Kakchik harap kawan-kawan tidak terasa macam kakchik tidak hiraukan kalian.
Insya-Allah peperiksaan pertengahan semester ni hanya mengambil masa 3 hari berturut-turut tidak seperti peperiksaan akhir. Ala... melepaslah peluang kakchik mahu ikut cik abe bercuti ke Cameron Highland hujung minggu nanti. Hari tu kakchik gembira sangat sebab ingatkan kakchik boleh ikut serta. Kena rancang sekali lagilah nampaknya. Cik abe pergi dengan rombongan guru-guru sekolahnya. Katanya sekolah nak buat hari keluarga di sana. Alangkah seronoknya.... yang kakchik teringin sangat nak ke Cameron ni ialah TEH BHARAT, hehe.
Apapun, jika diizinkan Allah insya-Allah akan ada peluang lagi suatu hari nanti.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Good Luck Kak Chik, semoga segala urusan dipermudahkan
ReplyDeleteChik...
ReplyDeleteSelamat menyibukkan diri dengan membuat persediaan untuk exam..hehehe..Good luck! semoga dipermudahkan Allah akan segala urusan.
salam kakchik..moga kakchik berjaya menjawab setiap soklan gan tenang ye...dan moga berjaya mendapat keputusan yg terbaik jugak...doa cikmin mengiringi kakchik...
ReplyDeletesalam... semoga dapat menjawab semua soalan dengan baik :)
ReplyDelete* good luck & all the best!
good luck kak chik
ReplyDeleteSelamat berjaya, kakchik.
ReplyDeleteKakTie tak pernah ke Cameron Highland tu, teringin gak, tapi...buat masa ini keadaan tak mengizinkan.
kepada semua teman-teman tersayang, TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK.
ReplyDeletesemoga doa kalian memberi kesan yang positif kepada kakchik dalam peperiksaan nanti.
kak tie, kakchik baru je sekali ke sana. itupun 5 tahun yang lalu.
selamat berjuang...
ReplyDeleteGudluck kakchik (two thumbs up!)
ReplyDeletekak chik, selamat berjaya. semoga kak chik belh jawab semua soalan dengan cemerlang. amin ya rabbal 'alamin.
ReplyDeleteterima kasih one z, enon dan baran. semoga Allah makbulkan doa-doa kalian.
ReplyDeleteSalam kak chik,
ReplyDeleteHArap kak chik dapat menjawab soalan dengan tenang yer... Tak per...nanti lepas exam ajak ler cik abe gi jalan2 kat cameron lagi :)
wkslm ummi. terima kasih... hehe entah bilalah tu, kami ni cuti memang tak sama ummi. kakchik cuti khamis/jumaat, dia cuti jum/sabtu. satu hari yg bertindan tu kakchik pula ada kelas.
ReplyDelete