Assalamualaikum dan salam Jumaat semua.
Terasa lama pula tak bersiaran di sini. Hehe, maklum aje bila ada si kecil dalam rumah, habis kerja lain tak menjadi. Asyik berkepit dengan si kecil dan melayan yang besar-besar sikit tu.
Dalam sibuk-sibuk dengan urusan hidup seharian ni, kakchik sedang bersedia untuk peperiksaan akhir yang akan bermula minggu depan. Maknanya sepanjang Ogos nanti, mungkin kakchik jarang berlama-lama di blog. Jadi kakchik MOHON MAAF AWAL-AWAL takut tak sempat nak ziarah kawan-kawan atau nak balas komen atau mesej di shoutmix tu. Insya-Allah kakchik pasti membalasnya cuma mengambil masa sikit.
Hari ni ada kelas ganti pagi tadi untuk Professional Ethics, kertas yang kakchik suka belajar. Tutor kakchik tu seorang peguam jadi kelas pun memang seronoklah bila cerita pasal etika ni, terutama etika dalam berorganisasi. Memang sesuai benar dipelajari sebab boleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian kakchik.
Selain tu sekarang ni kakchik sedang membaca 2 buah buku di atas tu. 'BEST'lah buku-buku ni. Kalau ada kesempatan kakchik akan kongsikan serba-sedikit pasal kandungannya sama ada dalam blog ini atau dalam blog yang lain. Tak janji ya.
Oklah, nak ke dapur sebentar, nak makan KETUPAT SOTONG. Petang macam ni, bila langit mendung dan angin bertiup agak kencang, duduk di dapur sambil minum teh panas dan makan ketupat sotong, memanglah sedap dan seronok kan. Terutama bila di sekeliling kita ialah orang-orang tersayang.
Gambar dari myresepi.com (kakchik malas nak ambil gambar).
Semoga teman-teman semua sentiasa berbahagia hari ini, esok dan seterusnya.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Selamat Menghadapi peperiksaan akhir kakchik. Semoga segalanya berjalan lancar.
ReplyDeleteSedapnya nampak gambar ketupat sotong tu tapi TED tak reti makan..Manis- almaklumla lidah org luar[gelaran kwn2 ted di sekolah]
Kakchik, gud luck for ur final exam. Do ur best.
ReplyDeleteintanrh
TED - terima kasih banyak. alhamdulillah segalanya berjalan lancar w/pun agak sukar. tinggal kat kelantan ni sekurang2nya kena cuba w/pun sekali ted, nanti balik negeri blh cerita kat org lain.
ReplyDeleteINTANRH - thanks my friend. may Allah bless your prayer.
Salam Kak Chik
ReplyDeleteKetupat sotong tu feveret Zam
Tahun lepas penah minta Mak buatkan sbb dah lama tak makan (kali terakhir masa kecik2 dulu)
Maka pergilah Abah ke pasar membeli sotong yg besar2
Kalau murah tak pe jugaak
Malu Zam, Zam yg nak makan, Ayah yg belikan
Zam ni makan je tahu, nak sumbatkan beras pulut dalam sotong tu punyalah terkial2
Last2, Mak juga yang siapkan semua
Hehe