Followers

30.6.09

Pening

Assalamualaikum dan salam petang semua. Hai dah pukul 3 lebih baru kakchik ada masa nak kemaskini blog ni. Letih sebenarnya. Letih sungguh rasanya bila kena ke bandar atas urusan tertentu. Memandu dalam keadaan yang sesak dengan kenderaan terutama di kawasan Jalan Pintu Pong yang dekat Mydin tu dan sekitarnya, aduh, boleh buat cepat sakit kepala. Mencari parking pun satu hal juga, beberapa kali pusing akhirnya kakchik parking di belakang Pantai Timur Supermarket. Jauh sikit pun takpelah asalkan dapat parking.

Pagi tadi kakchik dengan dila terpaksa ke bandar (Nagoya) untuk membeli 51m kain langsir untuk Zahra'. Kakchik dah ada rasa sakit kepala sebenarnya tapi sebab nak angkut kain sebanyak tu bukannya ringan dan boleh buat sorang-sorang, jadi senang pergi berkawan. Dah dapat beli kain masa dah hampir pukul 1. Huh! Hampir 2 jam kami kat situ, semuanya gara-gara bersilih ganti terpaksa menukar pilihan kain kerana kain tak cukup. Letih juga asyik berdiri memanjang tambah-tambah kepala dah makin kuat berdenyut.

Balik ke pejabat dah hampir Zohor, terus rehat sekejap untuk hilangkan denyutan. Adalah kurang sikit. Ni semua bercampur-campur dengan kerisauan kakchik pasal MariBaca tu. Staf dan berhenti kerja semalam, hari ni terpaksa tutup. SEDIH. Kalau asyik macam ni, bahaya untuk masa depan kedai kakchik tu. Nak ambil cuti adhoc manalah boleh.

ADA KE SESIAPA KAT KOTA BHARU NI YANG NAK JADI JURUJUAL KAT KEDAI BUKU KAKCHIK? LULUS STPM/SPM, AKHLAK BAIK, PEREMPUAN DAN PERAMAH, SILA HUBUNGI KAKCHIK YA.

Oklah... kakchik mohon Allah bantu kakchik dalam hal ni. Tolong Ya Allah!

Bila sakit kepala macam ni terasa nak makan sekali lagi je MAKARONI SUP ni. Semalam dah makan kat rumah, Ummi yang buatkan. Hmmm memang sedap. Air tangan ibu kita semuanya sedap. Minggu ni kakchik masak dua kali je, itupun untuk sarapan. Bila balik petang-petang, Ummi dah sediakan macam-macam untuk kami, tinggal lagi nak makan je. Ummi, terima kasih banyak ya Ummi. Moga Allah lapangkan hidup Ummi dunia dan akhirat.

Sedapnya... petang ni kakchik pula yang nak masak makaroni sup. Jenis sup ni masak setiap hari pun takpe sebab semua orang suka.

Nak sambung kerja dulu. Wassalam.

18 comments:

  1. salam kak chik..

    aduhai nmpk menyelerakan..tak penah lg mkn menu tu, ada gamb dpt resepi dr kawan cuma blm berkesempatan nk cuba, ada masa nk try buat lah..

    terliur dh nie tgk menu kak chik tu..huhu...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,

    kalau badan letih usahakan bawa berehat, nanti stres pada tubuh

    tidur sekejap jadilah kak chik

    p/s belum sempat lagi amik tag, nanti kita ambil

    ReplyDelete
  3. wkslm yan. memang sedap tu... yan kan sdg jaga diet, menu ni memang sesuai yan. sedap mengenyangkan tapi tidak menggemukkan. mmm... slurrrrrp.

    ReplyDelete
  4. wkslm masayu. tadi kakchik berehat juga dalam 30min , lebih lama dari biasa tapi tak boleh nak tido sb kakchik ni memang tak biasa tido siang. hanya duduk je kat kerusi sambil buat regangan. yg tag tu bila ada masa buatlah, kalau sibuk tak apa.

    ReplyDelete
  5. salam kakcik,
    aduhai, jauhla.. kalau sy dok dekat bolehla teman2kan kedai tu. tapi saya laki. tak dapat penuhi syarat. huhu.. btw, good luck kak!

    ReplyDelete
  6. subhanallah.. lamenyer xkunjung ke sni.. tahu2, kkchik xsht yer? alah bisa tegal biasa kkchik.. hu2.. brbezanya kehidupn bljr ngn org yg dah bkerja.. ape pun, mg kkchik trus blh, blh dan blh.. inshaAllah.. :)

    ReplyDelete
  7. kak chik, bagi la resepi sup makaroni tu...tak penah makan,tak penah buat.sy kurang suka makaroni...tapi yg kak chik punya ni nampak sedap.

    ReplyDelete
  8. Hmm...sedapnya makaroni tu, menyelerakan la, kak chik :D

    ReplyDelete
  9. salam kakchik..alahai sodapnye nmpk makaroni sup tuh,lily xpnah mkn lg tau..dhla arini lily posa..hehe kuat tol dugaan..

    ReplyDelete
  10. wa'alaikummussalam luth. pandai le kamu, kalau dok dekat pun tak dpt juga sebab lelaki kan.

    ReplyDelete
  11. Awrapurnama, kakchik takde la sakit berat, hanya pening-pening je. Kehidupan kita memang berbeza dah lagi jauh bezanya sebab kakchik ni belajar, bekerja dan berbisnes sekaligus dalam satu masa. apa pun terima kasih banyak atas sokongan.

    ReplyDelete
  12. normi, resepi sup ada kat sini http://baking2u.blogspot.com/ silalah cuba. kakchik pun dulu belajar dari resepi online je.

    ReplyDelete
  13. intan, alhamdulillah... memang sedap sekali. dah pernah makan ke?

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam Lily. kalau tak pernah makan kena cuba tu, haa buat buka puasa pun sesuai. orang puasa kena tahan sabar, hehe

    ReplyDelete
  15. Yup
    Betul tu Kak Chik
    Tak penah mak kita masak tak sedap kan
    XD

    ReplyDelete
  16. salam kakchik...ala...siannye cikmin baca kisah kakchik yg kehilangan pekerja ni...sabar ye kakchik...mudah-mudahan dipermudah kan oleh-NYA ye kakchik...

    sup macaroni tu nampak sedap la kakchik...CikKamal!!!oder satu!!...ada resepi x kakchik?chef tanye tu..ihiks....

    ReplyDelete
  17. zam, biarlah org lain kata apa pun, masakan ibu tetap paling sedap.

    ReplyDelete
  18. wkslm cikmin. huhu, mmg sedih la cikmin takde pekerja ni. macam patah tangan sebelah je... trm ksh tlg doakan. moga Allah permudahkan. hehe, senang suruh cik kamal order tapi cari kat kedai yg best tau nanti spoil je. kalau cikmin nak resepinya blh ke sini: http://baking2u.blogspot.com/2009/07/sup-makaroni.html

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs