Followers

7.7.09

Melakar Kenangan di Manek Urai

Assalamualaikum semua. Minta maaf banyak-banyak sebab baru nak kemaskini blog. Kakchik letih sebenarnya sebab sepanjang di Manek Urai asyik jadi pemandu je, hehe. Hari ni dah balik ke rumah dah sebab ada hal sikit nak selesaikan pasal MariBaca.

Semalam kakchik tak pergi pun ke tempat penamaan calon sebab diarahkan bertugas di bilik berita. Jadi takdelah sebarang gambar kenangan kakchik di sana. Sepanjang pagi menolong rakan memilih gambar, membuat berita dan mengedit. Lepas tu kami ke jamuan nasi DAGING KERBAU tapi bila kami sampai lat tempat jamuan gulai kawah daging kerbau dah habis dimakan orang ramai yang AMAT RAMAI. Itu baru jam 12 lebih sikit.


Gulai kawah Sg. Peria, Manek Urai

Tapi kami masih ada rezeki, dapatlah makan nasi gulai kawah juga tapi gulai daging lembu je. 2 ekor kerbau dan 3 ekor lembu habis licin. Alhamdulillah... sedap sungguh gulai kawah tu. Kakchik tak ingat nak ambil gambar nasi yang kami makan tapi gambar gulai yang sedang dimasak adalah. Ok la kan. Boleh juga kongsi kat sini.

Lepas makan kami balik berehat dan kemaskini berita (kakchik tukang edit gambar je) dan selepas Asar kakchik ke Manek Urai Baru untuk mendengar ceramah kesihatan dan melihat demonstrasi memasak NASI JAGUNG SIHAT atau NASI JAGUNG YB kerana ramainya YB yang menyumbangkan tenaga mereka untuk membuatnya.

Ceramah dan demo dilaksanakan oleh YB Dr. Lo' Lo' Dato Mohd. Ghazali, MP Titiwangsa yang turun dari KL. Gambar-gambar ada kat bawah tu.


Nasi dah masak dan YB mula menyendukkan nasi untuk dirasa oleh semua yang hadir. Nasinya memang enak sekali. Baunya sangat harum sehinggakan semasa nasi sedang menggelegak aromanya dibawa angin sedikit mengganggu konsentrasi pendengar ceramah, hehe. Kakchik yang jadi jurugambar pun terasa lapar.


Nasi hampir masak.


Orang ramai yang datang untuk mendengar ceramah kesihatan tentang diabetes dan H1N1. Ceramah dibuat di luar dewan kerana semuanya mahukan udara nyaman yang datang dari padang di hadapan tadika tersebut. Kat dalamnya walau dipasang kipas, masih lagi panas.


Khusyuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Dr. Lo' Lo' yang memang sedap didengar dan tidak membosankan.

Gambar memang banyak tapi kakchik tak boleh nak letak kat sini sebab bukan hakcipta kakchik sendiri. Jadi inilah yang dapat kakchik kongsikan bersama kalian.

Wassalam.

12 comments:

  1. Salam kak Chik
    Lapar saya dibuatnya bila tengok gulai kawah tu

    ReplyDelete
  2. Salam...Semoga semuanya berjalan dengan lancar yer... Kak chik, menyelerakan itu lauk. Sedapnya...

    ReplyDelete
  3. Salam kakchik.
    datang manik urai ya,
    kalau dtg lagi bolehlah singgag kat umah >

    ReplyDelete
  4. salam kakchik..
    wah..sedapnya nmpak gulai kawah tu..
    tambah sedap kalau makan beramai2..
    terliur rasa..

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam zam.
    Kat sana takde gulai kawah ke? kalau takde terpaksalah menahan lapar ya :)

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Ummi.
    Terima kasih dan amiin. Lauknya mmg cukup menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam sarah. Ala... kakchik terlupa rumah sarah kat sana. Kalau tak tentu kakchik tel. Mungkin kakchik tak pergi dah lepas ni sebab mid term exam dah dekat sangat. Tapi kalau kakchik ke rumah kakak di Sg. Rek insya-Allah kakchik tel.

    ReplyDelete
  8. wa'alaikummussalam iza.
    makan beramai2 mmg best... tapi yg tak bestnya bila cuaca panas sangat dan org yg nak ambik nasi dgn lauk terlalu ramai sampai ada yg tak sabar dan berebut2. apa pun kakchik seronok sebab kakchik makan di dapur dkt dgn sumber gulai kawah tu :)

    ReplyDelete
  9. wah.. saya belum menjejakkan kaki ke MU lagi. Kenapa ya, setiap kali musim prk, saya berhadapan dengan deadline?

    menaip dari opis sambil, bersiar-siar ke blog orang menghilangkan ngantuk..uhu

    ReplyDelete
  10. salam wbt..
    huh, cm nak tumpah je kuah tu.. he2.. =) ad xorg buat gulai kerbau? :D

    ReplyDelete
  11. suri, sudah ketentuan Allah tu... tapi kakchik percaya, suri pasti akan sampai juga ke MU.

    ReplyDelete
  12. awrapurnama, jurumasak gulai kawah tu seorang makcik yang pakar, bila dia mengacau gulai, langsung tidak tumpah.
    kakchik pun baru kali pertama ingin merasa gulai kerbau tapi hajat tak sampai.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs