Followers

3.7.09

Menyampah Betul!



Kakchik ckup menyampah dengan beberapa iklan di Celcom semenjak dua menjak ni. Tengoklah iklan terkini yang sampai ke telefon kakchik semalam. Entah kali ke berapa dah minggu ni iklan serupa ini yang masuk.

Ada sesiapa tahu tak macamana nak pastikan iklan-iklan sampah ni daripada terus sampai? Bila baca saja kakchik dah rasa semacam je... macam ayat-ayatnya tu "ada udang di sebalik batu". Ada bau XXX sikit. Itu yang membuatkan hati kakchik cukup menyampah dengan benda macam ni.

Apa "janji seronok" tu?

Mual tekak ni membaca ayat-ayat sebegini dari pengiklan-pengiklan di Celcom. Inilah dipanggil sumber-sumber maksiat di hujung jari. Kalau telefon kakchik dia masuk bermakna semua pengguna Celcom turut menerima iklan yang sama. Entah berapa ramai yang telah terjebak, terjerat, terkandas, terlalai, terleka, ter.... ter... dan terbuat DOSA. Na'uzubillah.

Celcom, bolehkah tuan tolong tapis iklan-iklan ni? Janganlah asyik fikirkan UNTUNG DUNIA saja... kena ingat, AKHIRAT NANTI ALLAH PASTI TANYA...

17 comments:

  1. Betul tu Chik..Kalau sampai iklan tu pada kita, boleh la kita tak layan dan delete...tapi kalau sampai pada remaja macam mana? Golongan remaja sekarang kan terkenal dengan mencari hiburan..macam orang mengantuk disorongkan bantal la jawabnya..

    ReplyDelete
  2. Ish..ish, tak patut betullah iklan macam tu ya..

    ReplyDelete
  3. sabo je la kakchik. ummu paling saket hati kalau bunyik talipon pastu kite kejar la macam hape pastu rupenye iklan celcom. eeeeee saket hati.

    ReplyDelete
  4. his...tak senonoh tol ler... Ummi pun selalu dapat iklan yang apa2 tah! Sekarang nie ummi nak try tukar line! Macam dah hilang kepercayaan dengan c*****.

    ReplyDelete
  5. btl tu kak chik..sng je nk buat dosa zmn skrg ni. saya tk tahulh mcm mana nk hentikn iklan tu. lgpun saya tak guna celcom. tp kak chik blh cuba mcm ni. taip STOP dan hntr ke no iklan tu blk.

    ReplyDelete
  6. salam... kakchik... lain kali tak payah baca terus delete je... kak e buat camtu heheheehehhe memang menyampah kan...

    ReplyDelete
  7. salam kak chik

    tulah bahayanya sms mcm tu..setuju dgn kak tirana tu..

    sepatutnya sms mcm nie pun kena pantau jugak oelh pihak terbabit coz kandungan sms ada berunsur keseronokan yg ntah ape2..huhu..

    ReplyDelete
  8. kak tirana, itulah yang chik risau kak. sms macam ni memang sumber maksiat ni.

    ReplyDelete
  9. ibnurashidi, memang tak patut tapi skrg ni makin menjadi-jadi.

    ReplyDelete
  10. ummu hanis, ha'ah. kakchik pun banyak kali terkena cam tu. geram sangat kan.

    ReplyDelete
  11. ummi, kakchik ni memang pernah ada line yg lain tapi sebab no yg ni terlalu ramai orang yg tau, kakchik pun tak jadi nak tukar. hajat nak buat surat komplen kat celcom.

    ReplyDelete
  12. emy, betul ke boleh hentikan? nanti kakchik nak cuba. tapi kan no pengiklan tu macam-macam. jarang yang sama.

    ReplyDelete
  13. wa'alaikummussalam kak e. kalau ikut hati mmg takmo baca & buat macam kak e cdg tu tp ada byk kali jg terbuka sb ingatkan sms dr kawan ke sapa.

    ReplyDelete
  14. wa'alaikummussalam yan. kalau orang yg bekerja di bahagian pengiklanan tu ingat mati dan pihak celcom sendiri pun ingat mati, tentulah iklan macam ni dapat ditapis. tapi... dunia skrg org fikirkan duit je

    ReplyDelete
  15. salam chik...kak ina ni maaflah ganggu...dok baca chik punya entries....articulate as usual...Alhamdulillah...semua muslimat dilahirkan sebagai daie...it's in their genetic make-up....love u sis....

    ReplyDelete
  16. wkslm kak ina. akhirnya kak ina sampai juga ke blog chik ya. ala... chik tulis santai-santai je... kalau ada manfaat tu alhamdulillah. i love you too my friend.

    p/s: nak add link kak ina kat tepi tu

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails