Followers

14.7.09

Brown Rice Cereal Drink

Assalamualaikum dan salam petang semua. Sudah selesai makan ke kalian semua? Jam 2.15 petang ni kakchik rasa semua sudah makan kan kecuali mereka yang sedang diet, mungkin hanya minum jus atau makan ringan saja.

Kakchik nak cerita sikit pasal makanan sampingan yang kakchik mula ambil sejak minggu lepas. Sebenarnya ini BUKAN MLM ya, sekadar nak kongsi makanan ni je. Semasa kakchik ke Billion 2 minggu lepas, kakchik ternampak produk beras perang ni. Entah macamana terasa nak saja membelinya padahal sebelum ni kakchik hanya makan cereal Nestume (sejak boikot Nestle dah lama tak makan).


Kakchik pun belilah satu kotak sambil rancang-rancang untuk diminum untuk sarapan atau menggantikan makan tengahari. Walaupun dibeli 2 minggu lalu, hanya minggu lepas baru kakchik mula meminumnya. Satu paket ditambah air panas. Alhamdulillah... rasanya sedap, tidak muak dan baunya agak harum. Yang paling menarik minat kakchik pada asalnya ialah perkataan KAYA DENGAN NIASIN & ASID FOLIK tu.

Di belakang kotak ada disertakan maklumat pemakanan bagi minuman segera ni. Kakchik memang tak ambil kira langsung maklumat ni masa membelinya, hehe... tau nak minum aje.


Di bahagian tepi pula ada maklumat ini:


Kakchik pernah baca tentang khasiat beras perang ni dalam beberapa majalah kesihatan sebelum ni. Rasa-rasanya dalam majalah RAPI. Tapi yang melambatkan kakchik mula meminumnya ialah kerana kakchik nak selidik dulu apa khasiatnya melalui internet. Memang banyak laman info yang menulis tentang kelebihan memakan beras perang.

Mengikut pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Mari kita lihat apakah kelebihannya:
  1. kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat
  2. mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih
  3. menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung
  4. kandungan kolesterol yang rendah
Bagus kan manfaat memakan beras perang ni. Kita saja yang tidak tahu kan? Mungkin kakchik seorang saja yang jahil tentang makanan ini.

Jadi, kakchik merancang untuk terus mengambil makanan sampingan ini kerana satu mug minuman bijirin beras perang sudah cukup mengenyangkan.

Untuk pembacaan lanjut tentang beras perang ni boleh baca keratan akhbar KOSMO di bawah:

KESIHATAN

Bijirin pelangsing


KHASIAT beras perang terletak pada lapisan dedak luarnya dan embrio.


BUKAN hanya warna membezakan beras ini dengan beras biasa. Walaupun beras yang berwarna coklat pudar ini jarang dimakan dalam diet masyarakat Malaysia, tetapi hakikatnya khasiat beras perang jauh mengatasi beras putih yang sudah menjadi menu ruji harian kebanyakan kita.

Adakah kerana warnanya, beras perang diklasifikasikan sebagai salah satu beras paling sihat? Sebenarnya beras perang dan beras putih berasal daripada beras yang sama. Cuma proses seterusnya selepas dituai yang membezakan hasil beras itu sama ada menjadi beras putih atau beras perang.

Menurut jurucakap syarikat beras Serba Wangi, P. Kamalanathan, beras perang terhasil apabila ia tidak menjalani proses mengilat atau memutihkannya seperti beras putih.

“Beras yang dituai, dikupas kulitnya dan diselaputi lapisan dedak yang kaya dengan zat bermanfaat.

“Ketika proses penghasilan beras putih, lapisan dedak ini dibuang menghasilkan beras berkilat. Bagaimanapun ia menyebabkan kebanyakan zat makanan yang terkandung di dalamnya juga hilang.

“Sedangkan untuk menghasilkan beras perang, lapisan ini dijaga dengan teliti. Malah ia melalui sistem teknologi khas untuk mengelakkan pengeringan padi memusnahkan khasiat penting yang terkandung dalam lapisan dedak dan embrio padi, katanya.

Siapakah yang sesuai mendapat manfaat daripada beras perang? Jelas pakar pemakanan dari Califonia, Dr. Victor Lombart, beras perang baik dimakan oleh individu yang ingin mengamalkan diet kalori rendah.

Terdapat beberapa khasiat penting beras perang yang menjadikannya istimewa iaitu kaya dengan nutrien vitamin B1, B2, B6, zat besi, magnesium, fosfat dan serat. Malah ia juga mengandungi kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.

Justeru itu kata Lombart, beras perang sebenarnya wajar diambil oleh golongan remaja, dewasa mahupun warga emas. Ini kerana khasiat yang terkandung dalam beras perang menjaga kesihatan otak dan saraf selain mengurang risiko sakit jantung.

“Satu cawan beras perang menyediakan anda 88 peratus magnesium harian yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk kesihatan sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.

“Satu kajian oleh Sekolah Perubatan Harvard dan Hospital Wanita Brigham yang tercatat dalam jurnal American Jurnal of Clinical Nutrition mendedahkan, wanita yang mengambil beras perang secara puratanya berat badan yang lebih langsing berbanding wanita mengambil diet beras putih.

“Kajian ke atas 74,000 wanita mendapati 49 peratus wanita yang mengambil beras perang tidak menghadapi masalah obesiti,” katanya.

Walaupun beras perang sering diabaikan oleh kebanyakan pengguna kerana dikatakan kurang enak atau baunya yang kurang segar namun, tiada siapa dapat menafikan manfaat dan kebaikannya.


Semoga mendapat manfaat bersama. Wassalam.

6 comments:

  1. Bijirin pelangsing??
    Zureen mesti nak kena cuba ni..kot2 boleh jadi langsing..he3

    ReplyDelete
  2. Allahu'alam la zureen. Kalau ikut maklumat Kosmo tu, mmg blh jadi bahan diet.

    ReplyDelete
  3. beras perang ni agaknya,sama tak dgn yg org panggil beras usang?

    ReplyDelete
  4. kin, kakchik rasa tak sama. tapi kena cek jugalah

    ReplyDelete
  5. salam..nature's own tu mmg brand n kilang milik bumiputera..inshaallah Allah..dolu2...quacker oat pon OEM kat die tapi skang dah benti..dan skang kilang tu manufactured product Mornflake..inshaallah halal

    ReplyDelete
  6. Salam,
    produk ni memang elok utk kesihatan terutama sekali penyakit tekanan darah tinggi, kencing manis, pening pitam, pening kepala, kulit kasar & kering, sembelit, insomnia, dan banyak lagi. Tapi Instant Brown Rice Powder yang asli lah yang takde tambahan gula.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs