Followers

12.7.09

Lauk makan malam



Assalamualaikum dan salam tengahari kepada semua teman-teman yang sudi menziarahi kakchik hari ni.

Sekarang ni waktu rehat kakchik jadi rasa macam nak kongsikan gambar lauk yang dimasak untuk makan malam, malam tadi.

Tentu ramai yang sudah biasa tengok lauk ini kan.

Kami panggil Ayam Goreng Campur.

Sebenarnya orang selalu buat lauk ini sebagai lauk sampingan tapi kakchik buat lauk ini sebagai lauk utama walaupun hidangan malam tadi ada ikan goreng dan gulai kari daging.

Tengahari ni kakchik tak keluar. Cukup sekadar minum air teh 'O' dengan beberapa keping kraker kecil dan sebiji cekmek molek.

Selamat makan tengahari ya. Makan tu beringat-ingat... jangan sampai berlebihan, nanti nak solat Zohor tentulah susah.

4 comments:

  1. Masih berfikir nak masak apa untuk tengahri ini..he3( masak atau beli??)

    ReplyDelete
  2. salam kak.. semoga kak dan family sehat selalu. erm, lama tak makan chek mek molek.. i like..

    ReplyDelete
  3. bestnyer kak chik ayam tu..
    camner nak buat?
    heheh erin nie mg K>O klo bab didapur nieh

    ReplyDelete
  4. zureen, masak lauk ni je... cepat & senang.

    wkslm luth. terima kasih. kalau nak makan cekmek kat sana takde ke luth?

    erin, senang je erin. ni resepinya:

    500gm ayam - dipotong kecil, digaul kunyit
    sayur sawi 3 batang (capsicum, kobis, kacang panjang pun boleh)
    bawang besar 1/2 labu
    cili hijau 3 biji
    sedikit kunyit
    garam
    minyak

    caranya:
    panaskan minyak
    goreng ayam hingga keemasan
    masukkan bawang dan cili
    masukkan garam
    akhir sekali masukkan sawi
    kacau hingga sawi masak dan siap utk dihidang.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails