Followers

27.7.09

Buah tangan dari Scotland

Assalamualaikum dan salam pagi semua. hari ni alhamdulillah cuaca begitu cerah sekali. Mungkin sebab malam tadi hujan turun lebat dan udara sangat sejuk sampai nak mandi pagi tadi pun menggigil dibuatnya.

Oleh kerana cuaca pun elok dan ceria , kakchik rasa mood ceria ni juga akan menambahkan lagi cerianya dengan berita yang ingin kakchik kongsikan di sini. Sebenarnya kakchik dah buat satu entri khas pasal tajuk hari ni di blog satu lagi tapi rasa ingin juga kongsi dengan teman-teman di sini kerana ianya juga datang dari teman blogger.

Dalam ramai-ramai kawan yang kakchik kenali melalui internet ni, kakchik ada seorang kawan yang beragama Kristian Katolik yang amat suka memakai tudung. Pengalaman pertama bagi kakchik mempunyai kawan bukan Islam yang memakai tudung. Walaupun dia tinggal di sebuah ladang di sebuah pulau kecil di utara Scotland, dia tetap memakai tudung. Katanya agamanya juga menggalakkan penganut wanita memakai tudung. Allahu'alam mungkin dia adalah pengikut Katolik yang tidak percaya kepada tuhan yang tiga. Kakchik selalu doakan dia sekeluarga akan mendapat hidayah suatu hari nanti.

Kawan kakchik ini dikenali sebagai Coffee Catholic di alam blog tapi kakchik tahu siapa namanya yang sebenar. Blognya ialah THE FARM HIJABI yang ada kakchik senaraikan di KakChik's Wardrobe tapi dia 'private'kan blog tersebut kerana sudah banyak kali menerima ancaman oleh penduduk sekitar rumahnya kerana pakaiannya. Katanya dia jatuh hati dengan tudung selepas beberapa tahun berkhidmat di Bahrain sebagai paramedik. CC orang Amerika yang bertemu jodoh dengan suaminya orang Scotland. Talian yang menghubungkan kami ialah TUDUNG.

Tiba-tiba sampailah satu bungkusan yang sederhana besar ke rumah kakchik pada 16 Julai lepas. Hari tu kakchik ada 'exam' dan sememangnya balik ke rumah dalam keadaan penat. Penat minda. Terasa nak baring saja sepanjang perjalanan balik. Tapi... bila nampak bungkusan tu, terkejut sungguh, tak sangka namun hati terus berbunga gembira.

Inilah dia segala hadiah yang ada di dalam bungkusan yang dihantar oleh CC. 3 helai tudung, 5 helai purdah, sehelai anak tudung, sekeping kad ucapan, sebiji batu permata yang cantik dipanggil CAT'S EYE dan sekotak pin tudung yang cantik berwarna perak. Begitu banyak sekali pemberiannya. MashaAllah.


Siapa tak gembira kan. Kakchik amat berterima kasih kepada CC dan rasa macam nak peluk je dia kalau dia ada dekat dengan kakchik. Terus ambil gambar sambil tunggu Cik Abe balik untuk berkongsi kegembiraan dengan dia.

Inilah kotaknya dan itu tulisan tangan CC. Sudah sebulan dia pos baru sampai ke tangan kakchik. Iyalah Scotland dengan Malaysia bukannya dekat kan. Apa lagi kena melalui tapisan dulu sebelum sampai. Apapun alhamdulillah... gembira sebab dapat hadiah dan berterima kasih kerana CC yang tak lama sangat dikenali tapi sudi memberi kakchik hadiah sebegini banyak. Pulak tu bukannya dia beli di Scotland semua tu tapi di'order' dari AL-MUJALBABA di Amerika. Banyak juga dia berhabis untuk kakchik. Sangat terharu.


Dan semalam kakchik ke pejabat dengan memakai purdah biru lembut pemberian CC. Alhamdulillah kakchik ada semua tudung yang dapat dipadankan dengan purdah-purdah yang diberi CC. Katanya kalau suaminya izinkan dan masyarakat di pulau itu tidak racis dia pasti memakai purdah. Semoga Allah berinya hidayah.


Terima kasih CC dan kakchik doakan agar CC, suami dan anak-anak (bakal mendapat cahayamata kedua) akan diberi hidayah oleh Allah SWT dan menganut Islam yang indah ini.

6 comments:

  1. Berkawan di alam maya nie...sangat menyeronokan kan..kak chik... Cantik ler buah tangan tu...

    ReplyDelete
  2. salam kak chik,

    alhamdulillah syukur sgt2kan dpt kwn mcm nie, sgt2 menghargai persahabatan. apa pun moga dibukakan pintu hatinya untuk memeluk agama islam yg indah ini..amin..

    kak chik..kiut ler kak chik pakai tudung kaler tu...sejuk mata memandang..:)

    ReplyDelete
  3. Salam
    Wah~
    Beruntungnya Kak Chik

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum kakchik..

    Di Malaysia harga abaya berapa sehelai? dan di mana boleh dapat?

    Jubah biasa sekarang masih dijualkah? pantai timur kedai mana yang biasa jual?

    ReplyDelete
  5. lucky u kak chik.. ada kawan yg baik, jauh mcm mana pun ada cara untuk menghargai persahabatan...

    bit weird mendengar kisah dia, not to judge tapi rasa mcm nak baca juga blog dia kalau ada chance, tapi dia private kan?

    ReplyDelete
  6. UMMI - memang itulah ni'mat persaudaraan yang tidak disangka-sangka.

    WKSLM YAN - sama2lah kita doakan agar pintu hatinya terbuka utk Islam. hehe, kakchik kan memang kiut, hehe.

    ZAM - bersahabat kerana Allah insyaAllah banyak untungnya.

    WKSLM MOHD FARID - di sini harga abaya biasanya antara RM75 - RM400 mengikut kualiti dan design. kat mana byk dijual tu susah kakchik nak bagitau tp kalau di kelantan, byk sekitar KB. jubah biasa pun masih byk dijual di sini. Nak berniaga abaya ke?

    NURULHUDA - CC tu memang suka berkawan dgn org Islam sb dia susah dpt kawan di tmpt tinggalnya sb dia pakai tudung. Blog dia mmg private sebab terlalu kerap dia kena harass.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs