Assalamualaikum semua.
Hari ni cuaca mendung saja. Atau mungkin juga jerebu sebab bila melihat keluar tingkap memang terasa kelam saja pandangannya. Tak seronok la kan kalau cuaca terus begini tapi siapalah kita hendak menolak ketentuan Ilahi kan. Hidup mesti diteruskan. Amanah wajib dilaksanakan sebaik-baiknya.
Pagi tadi kakchik 'jalan-jalan' ke blog kawan-kawan dan dalam banyak-banyak blog yang kakchik ziarahi tu ada yang menyebut tentang usaha mereka membaca, menghafal dan memahami ayat-ayat al-Qur'an. Terasa MALU dan kerdil diri ini bila membaca tulisan kawan-kawan kakchik ni. Terasa malu sebab mereka ialah saudara baru yang hidup di negara bukan Islam tapi begitu rajin dan bersemangat melakukan usaha tersebut. Sedangkan kakchik ni sejak lahir lagi Islam tapi dalam umur semakin menuju ke angka 40 ni masih lagi tidak berusaha seperti mereka. MALU. Malu pada diri sendiri dan malu pada ALLAH.
Pernah tak kita bertanya diri sendiri, berapa kali kita telah habis membaca TERJEMAHAN AL-QUR'AN yang ada di rumah kita?
Atau berapa kalikah kita KHATAM AL-QUR'AN dalam setahun? Kalau dapat khatam sekali pun dah terasa bangga sedangkan orang lain berkali-kali khatam.
Apalah ertinya kita ni ISLAM kan? Kakchik terasa amat malu kerana kakchik sendiri masih terkial-kial melakukannya. Walaupun cuba membaca al-Qur'an sekali sehari secara tetap tapi tetap juga tidak berjaya. Usah dikira waktu UZUR tu... tapi waktu biasa yang kita boleh bersolat. Malukan?
Hari ni seorang kawan, orang Amerika, menceritakan tentang usahanya MENGHAFAL AL-QUR'AN sedangkan baru beberapa tahun dia menjadi MUSLIM. Dari tulisannya kakchik dapat rasa betapa gigih dan tekunnya dia berusaha. Ternyata juga dia amat memahami dan cuba melakukan yang terbaik TANGGUNGJAWAB dia sebagai seorang ISLAM. Bila diukur antara dia dan kakchik, memang terasa amat jauh sekali.
Maka kakchik bermula hari ini mencabar diri sendiri untuk membaca al-Qur'an dan terjemahannya sedikit demi sedikit agar sebelum Syaaban tahun depan, kakchik dapat khatam sepenuhnya. Kalau khatam membaca, insya-Allah... boleh tapi khatam terjemahan belum pernah lagi kakchik cuba.
JOM kawan-kawan kita cuba sama-sama. PAHALA pun dapat, kita pun akan lebih faham agama kita.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Mudah-mudahan zureen pun dpt buat perkara yg sama..Amin..
ReplyDeleteINSYAALLAH ZUREEN. KAKCHIK DAH MULA DAH NI, BACA SIKIT-SIKIT.
ReplyDeletekakchik. shu pun byk lagi kekurangan. masa dulu 'liat' sgt. tp bila dh umur 27, ada keluarga. baru kita fikir. mcm mana lah nk jaga anak-anak. subhanallah. sekrg masih belajar al-Quran. malu pada diri. Mak ckp dia tak kisah kalau lmbt grad, tp dia lagi kecewa kalau shu tak ngaji al-Quran.
ReplyDelete