Followers

22.7.09

Pengganggu Tidur

Assalamualaikum dan salam pagi semua.

SEMPAT SOLAT GERHANA TAK?

Kakchik tadi terpaksa ke KOTA menghantar kain-kain untuk dijahit menjadi langsir. Terlepaslah waktunya. Bertuahlah kalau kalian sempat.

Hari ni cuaca pun mendung saja, hujan renyai-renyai tapi sekarang ni dah berhenti dah pun.

Badan kakchik ni masih lagi letih sebab petang semalam mengemas bilik, mengalih dan menyusun semula kotak-kotak buku dan barang-barang rumah yang masih belum dibuka sejak kami pindah hari tu. Sengaja tak buka sebab nanti nak pindah lagi.

Dengan badan yang sakit-sakit tu ingatkan bolehlah tidur lena tapi akhir-akhir ni ada satu makhluk yang sangat suka bekerja bila orang nak lelapkan mata.

NAMPAK TAK SIAPA SI DIA TU?


Isyk, geram betul dengan tikus seekor ni. Badannya kecik je tapi ligat bukan main. Entah bila dia wujud dalam bilik kakchik pun tak pasti. Yang pasti sejak dia ada, kerja-kerja mengorek kotak TV dan dinding pun bermula.


Malam Ahad lepas, kakchik ternampak dia keluar terlompat-lompat kat tepi kotak TV. Agaknya nak masuk ke dalam kotak melalui lubang kat tepi tapi agak susah sebab kotak tu besar dan tinggi maka jatuhlah dia berulang kali kat atas meja komputer Cik Abe.

Kakchik pun cepat-cepat ambil kamera. Kali ni kakchik nak ambil gambar dia. Nak tangkap sendiri tak pandai, kena panggil Ayah baru boleh. Sebab Ayah dah 'expert' menangkap tikus dengan hanya menggunakan sebatang tongkat, hehe.

Bila kakchik cari-cari kat atas meja, dia dah hilang. Tengok-tengok ... laaaa dok kat celah CPU rupanya. SNAP! SNAP! dapat kakchik ambil gambar. Terkejut agaknya si tikus ni dengan flash kamera sebab tu tak lari. Tapi bila kakchik panggil je Ayah, dia pun ZUP! ZUP! terus lariiiii...

Hmmm... nak umpan apa pula lepas ni? ADA IDEA TAK?

7 comments:

  1. Chik..umpan dengan cheese...Eh tapi tikus malaysia makan cheese ke tidak? hehehe

    ReplyDelete
  2. Kakchik, umpan ikan bilis, sure mengena :)

    ReplyDelete
  3. Belilah perangkap tikus yg mcm berpintu tu Kak Chik..

    Lps tu sangkut mknn dlm cage tu ..gerenti kena..cubalah..

    ReplyDelete
  4. Err
    Pinjam kucen kat Kittun
    hehe

    ReplyDelete
  5. Tikus IT tu.. tu yg duk celah CPU.Maklumlah salah satu brg PC kan 'Tetikus'.

    ReplyDelete
  6. Kak Chik
    Keluargaku Sayang dah pun cecah 100 follower
    Wah
    Fofuler blog2 Kak Chik ni

    ReplyDelete
  7. kawan2 semua, terima kasih banyak atas pelbagai cadangan. insyaAllah kakchik akan beli perangkap tu dulu dan cuba buat macam yang dicadangkan. moga-moga cikti dpt ditangkap segera.

    kakchik to zam, ha'ah kakchik perasan tu tapi tak sempat nak buat entri khas.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs