Followers

3.7.09

Dapat Hadiah Lagi.

Assalamualaikum dan salam Maghrib semua. Alhamdulillah... akhirnya hari ni dapat juga mengemaskini blog ni dengan entri pertama. Dalam entri yang ini kakchik sekadar ingin menayangkan hadiah-hadiah yang telah kakchik terima dari 2 orang kawan siber iaitu FIZA NORDIN dan juga FAZEMY (Hidup Ini Indah).


Hadiah berupa Cik Kambing ni, hehe adalah tanda terima kasih Emy @ Fazemy kepada para follower dia. Sebab kakchik ni follower dia maka kakchik angkutlah hadiah ni ke sini. Agaknya boleh buat kenduri tak Cik Kambing ni?

terima kasih emy.

Dua hadiah di bawah pula datangnya dari fiza nordin yang terkenal juga sebagai penulis novel. Haaa sesiapa yang minat membaca novel, jangan lupa singgah di blog fiza ya. Kakchik pun dah beli 2 buah novel karya fiza iaitu Meraih Cinta dan Merimbun Kasih tapi belum dibaca lagi sebab masih dalam giliran menunggu. Insya-Allah akan sampai juga gilirannya nanti.


terima kasih ya fiza.

Gembira dapat kawan-kawan yang suka bagi hadiah ni. dalam letih-letih pun akan tersenyum melihatnya. Terima kasih sekali lagi ya.

No comments:

Post a Comment

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails