Assalamualaikum semua. Apa khabar? Semoga semuanya sihat-sihat saja. Kakchik alhamdulillah, baik-baik saja cuma tidak punya banyak masa untuk menghadap komputer tambah-tambah sekarang ni 'broadband' memang teramat-amatlah lambatnya. Untuk 'upload' sekeping gambar pun mengambil masa yang agak lama, jadi bimbang tak terbuat kerja lain pula nanti.
Tapi kakchik tetap juga cuba melawat ke blog-blog kawan yang mana sempat. Semalam pula kami sekeluarga dikejutkan dengan La yang bersalin di luar jangkaan. Senyap-senyap aje dia dan suami ke hospital pada jam 2 pagi dan jam 6.15 pagi dia dah bersalin. Alhamdulillah... adik kakchik yang ni memang orang yang paling mudah mengandung dan bersalin dalam keluarga kami. Kakak-kakak semuanya bersalin secara pembedahan, dia sorang saja yang bersalin normal.
Oleh kerana masanya agak adhoc, maka kakchik tak sampai hati nak ke pejabat kerana nanti tinggallah Ummi seorang menguruskan 3 orang anak-anak La dan dalam pukul 8.30 pagi Chena pula akan datang meninggalkan Amni. Dibuatnya Iffah tak ke tadika, maknanya akan ada 5 orang kanak-kanak di rumah. Oh, tak boleh... teruk Ummi nanti.
Ameerah, Amreena dan Emran sudah pun mendapat adik baru.

Dan... inilah dia ahli baru keluarga kami. Belum ada nama ni. La tak duduk lama di hospital. Dalam pukul 4 petang dia dah pun balik ke rumah bersama 'baby'. Anak lelaki seberat 2.5 kg, paling ringan setakat ni. Kakak (Ameerah) dulu 2.6 kg.
salam kakchik..
ReplyDeletealhamdulillah, bertambah lagi sorang umat nabi muhammad..
subhanallah, kiutnya baby..tenang rasa hati tgok muka baby..
salam kakchik...tahniah dpt anak buah baru lagik..murah rezeki keluarga besar kakchik kan...kecik jek baby yg lahir tu..anak cikmin xde yg bwh 3kilo....
ReplyDeleteAlhamdulillah, bertambah lagi mujahid kita...
ReplyDeletekak chik, rindu!
ReplyDeletecomelnya baby.. ringan je agaknya bila kak chik dukung? hehe
cumil nyer baby...
ReplyDeletetahniah k,.chik & family..
Waaa...best ar dapat peluk baby baru...bau syurga...lama tak dapat bau baby...windunyer!
ReplyDeletehmm..ehem..kak chik tak lama tagi la tu
Apa khabar Kakchik..
ReplyDeleteAlhamdulillah bertambah seorang lagi ahli keluarga kakchik.
Insyallah sekiranya ada info2 tentang seminar OKU yg lain TED akan info kakchik. Seminar yg ari tu alhamdulillah byk juga mambantu bgaimana mengendalikan anak2 OKU yg meningkat remaja ni.
Tahniah buat adik Kak Chik..
ReplyDeleteComelnya...
TERIMA KASIH KEPADA IZA, CIKMIN, CIKGU RASH, NURULHUDA, ERINSZ, AJA, TED DAN ZUREEN. SEMOGA ALLAH RAHMATI KALIAN SEMUA.
ReplyDelete