Assalamualaikum dan salam malam semua. Dah sedia nak tengok gambar-gambar sepanjang hari ni? Ok, setelah pilih-pilih kakchik rasa macam banyak pula nak nak dikongsikan tapi takut bosan pula orang asyik tengok gambar je. Dalam entri yang ini kakchik kongsi gambar sekitar program dan dalam entri yang akan kakchik kemaskini selepas yang ni ialah gambar-gambar semasa kunjungan shu, dj fiza dan kak ina kl.
Selamat datang ke OUM Kelantan. Panas terik pun sanggup... sebab tak pernah lagi mengabadikan kenangan kat sini.
Ya Allah, murahkanlah rezeki kami hari ini. Amiin.
Suasana gerai kami di waktu tengahari.
Adik yang masih segar & ceria di sebelah pagi tapi bila jam menginjak 5 petang, dia dah minta mengemas nak balik awal sebab teramat letih. Kesian dia, esok nak mengajar.
Hehe, posing sekali lagi dengan exora. Gerai kami berjiran jadi senanglah kami mencuba-cuba. Ingat belah petang nak cuba pandu uji tapi kesibukan dengan pelanggan, tetamu dan mengemas barang.
Di pagi hari pelanggan belum ada, jadi kakchik posing-posing la dulu.
Ketua Pendaftar OUM, Pn. Kamariah telah sudi menyampaikan hadiah kepada kami, para peserta gerai pameran-jualan. Terima kasih Puan.
Sebelum Zohor orang semakin ramai dan tapak kaki kami sudah mula terasa sakit dan lenguh-lenguh. Alahai... seronoknya kalau dapat rendam kaki dalam air sejuk.
Kakchik sempat meninjau keadaan di khemah OUM. Kelihatan En. Fadzli, staf OUM sedang menerangkan sesuatu kepada pengunjung. Inilah dia along cikgu Zamani84 tu.
En Zuhdi yang peramah dan dialah orangnya yang menjemput MariBaca menyertai program Hari Terbuka OUM ni. Terima kasih En. Zuhdi.
Boleh tahan juga pengunjung yang ingin tahu tentang OUM dan kursus-kursus yang ditawarkan. Harapnya lepas ni makin ramailah orang yang ingin belajar di situ.
Agak ramai juga pengunjung di gerai kami.
Inilah dia gerai Alumni OUM. Kakchik kena tunggu setahun lagilah sebelum boleh 'join'.
Syukur melihat kanak-kanak dan ibu bapa datang untuk membeli buku dan hanya seorang dua yang bertanyakan buku akademik.
Itulah dulu sebahagian gambar kenangan untuk hari ini. Semoga perkongsian ini membuatkan kalian terasa rugi tidak dapat turut serta, hehe. Takdelah... gurau saja.
Nak tulis apa ye?
3 years ago
Menariknya KakChik! Ada Hari Terbuka OUM ya? Seronok tengok gerai Kak Chik. Moga murah rezeki :)
ReplyDeleteSaya akan mula praktikum esok. Doakan ya Kak Chik. Kami ni dahlah batch pertama dan terakhir PISMP-OUM dari IPG :) Salam manis Kak Chik! ;>
Salam Kak Chik
ReplyDeleteAde juga gmbar Along Zam ni ye
Alhamdulillah, naseb cuaca elok ye smlm :]
Kak Chik
ReplyDeletelupa nak minta izin
Zam ambil ye gambar ni :]
AdH, ha'ah hari terbuka. Ni kali pertama OUMK buat hari terbuka untuk promokan univ.
ReplyDeleteTerima kasih doakan kami murah rezeki, semoga sebaliknya pun sama juga utk AdH.
Semoga praktikum AdH berjalan lancar dgn penuh pengalaman menarik dan kenangan indah. Nanti grad tentu seronok.
wa'alaikummussalam zam.
ReplyDeletealhamdulillah cuaca memang elok sampai tamat program.
gambar tu kalau nak copy, silakan kakchik halalkan.