Followers

12.3.11

Tolong didik anak tentang adab.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Hari ni dalam cuaca yang sejuk kerana hujan turun tak berhenti sejak malam tadi membuatkan ramai orang memilih untuk berada di rumah saja. Ada yang sedang seronok melayan keluarga di rumah, apatah lagi ada juga yang masih berselimut kerana kesejukan. Bagi orang yang bekerja dan ada bisnes macam kakchik, hari ini adalah hari kerja dan cabaran bekerja pada hari Sabtu ialah mengawal kesabaran.

Didiklah anak sedari kecil beradab dengan ilmu (buku).

Ada orang menyewa dewan kami untuk mengadakan program motivasi sempena cuti sekolah, jadi ramailah kanak-kanak dan remaja sunti yang masih belum cerdik atau matang. Tahap kebisingan di saat ini cukup menguji kesabaran kami. Allahu Allah. Kalau orang yang tak biasa dengan perpustakaan kami datang, tentu terkejut melihat betapa ramainya pengunjung di kala ini. 

Memang agak sukar untuk dikawal tambah-tambah bila kita sudah beritahu kepada ibu bapa atau penjaga tentang peraturan kami dan kerjasama yang kami harapkan. Ini perpustakaan... bukannya taman permainan atau taman asuhan kanak-kanak. Tolonglah jaga anak-anak anda dan didiklah mereka etika dalam perpustakaan. Kami pun manusia juga. Sabar pun ada tahapnya.

Memanglah bagus mendedahkan perpustakaan sejak awal kepada anak-anak tapi janganlah pula lupa mengajarkan kepada mereka tentang adab-adabnya. Bertimbang-rasalah dengan para pengguna lain yang mahu mencari buku, membaca, merujuk atau berehat. Ini bukan rumah kalian saja tapi rumah orang lain juga. Kakchik pelik betul dengan sesetangah ibu bapa ni, dari penampilan mereka kelihatan seperti orang yang alim tapi kenapalah perkara asas tentang adab pun tidak tahu nak didik kepada anak-anak.

Baru sebentar tadi kakchik menegur beberapa orang bapa yang hanya tersenyum dan tergelak-gelak melihat anak-anak mereka berlarian dan bermain gusti dengan bising sekali. Bila kakchik tanya sama ada ibu bapa anak-anak itu ada atau tidak, boleh pulak tak mahu mengaku. Tuan-tuan... tolong belajar banyak lagi pasal adab ya. Faham biar lebih sikit tentang adab di perpustakaan ni. Kalau tuan-tuan boleh bergelak-ketawa melihat telatah anak-anak yang tanpa kawalan bisingnya, kakchik tak tahu bila besar sejauh mana mereka boleh menjadi orang yang beradab.

Entahlah.

9 comments:

  1. Assalamualaikum kak chik!

    setuju dengan kak chik..saya percaya anak2 skrg cerdik & boleh faham apa yg kita ajarkan jika dibuat dengan cara betul. mmg lumrah anak2 kecil, mereka hanya nak main jer. Tapi ibu bapa kena buat apa yg patut kan. Dikhuatiri pula kalo tak didik dengan betul, bila ke masjid/surau begini juga gelagat mereka.

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam Mama Yatie.
    Sangat-sangat khuatir. Masih ramai orang kita ni tidak begitu mengambil berat soal adab dalam pendidikan anak-anak. Kakchik lihat ramai kanak-kanak yang datang ke perpustakaan ni cerdik dan pintar tapi bab adab dalam pergaulan, komunikasi tidak begitu baik. Contoh mudah, makan gula-gula, kulitnya dibuang merata-rata.

    ReplyDelete
  3. as salam kak chik

    tempat kerja saya (KUIS) sedang panas tentang isu ta'dib. ke arah mahasiswa yang beradab!

    ReplyDelete
  4. btui kata k chik tuh... anak2 kalo x dididik ngan adab yg btui, depa akan membesar ngan fiil yg tatau mana 1 btui, mana 1 salah... now mmg dh byk contoh...

    ReplyDelete
  5. Salam Kakchik,

    Kak tie ni sejak dari kecil memang jenis senyap sunyi.. satu keluarga begitu. Jadi memang rasa stress bila dalam situasi bising dan tak terkawal.

    Anak-anak kak tie semuanya agak aktif tapi sejak kecil kak tie didik agar pandai menyesuaikan diri bila berada di tempat awam, seperti di restoran, rumah orang dll.

    Kerana itu kak tie rasa nak marah bila ibubapa yang sengaja membiarkan anak-anak mereka terpekik-pekik atau bercakap dengan nada yang kuat.

    Tak fahamlah sikap ibubapa begini. Mereka boleh senyum lagi tengok anak-anak mereka buat bising, walaupun orang-orang sekeliling merasa tidak selesa.

    ReplyDelete
  6. Wkslm rose. Baguslah kalau panas kat situ rose. Harap2nya isu tu panas hingga ianya dipraktikkan. Janganlah pulak panas setakat berbincang saja tapi pelaksanaannya tak berkesan.

    ReplyDelete
  7. akuzle, kemungkinan besar ibu bapa sekarang terlalu menyerahkan urusan mendidik anak-anak ini kepada guru sedangkan soal adab-adab dlm kehidupan ni mesti dididik di rumah. Sibuk sangat agaknya.

    ReplyDelete
  8. Wkslm kak tie. Kakchik rasa bangga dengan cara kak tie mendidik anak. Itulah hairannya dengan sesetengah ibu bapa ni. Entah bagaimana fikiran mereka bila membiarkan anak-anak membesar dengan tidak beradab. Dah tu kalau anak susah nak dengar kata, mulalah dimarah-marah anak itu. Nak salahkan mereka sepenuhnya pun tak kena juga tapi itulah.

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Saya amatlah bersetuju kerana ramai ibu bapa yang langsung tidak mengajarkan adab kepada anak2 kerana bg mereka anak2 itu masih kecil, anak saya baru berusia 4 tahun tetapi sy sering kali menerangkan kepadanya adab-adab yang sepatutnya kene dgn perlakuan dan tempatnya...

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs