Followers

16.3.11

Bayi Ajaib, Peristiwa Ajaib

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebagai seorang Islam kita wajib percaya akan qada dan qadar Allah ke atas kita dan makhluk lain di atas dunia ini. Antaranya pada kakchik ialah berlakunya peristiwa-peristiwa yang dianggap ajaib oleh kita semua. Ianya dianggap ajaib kerana akal manusia memikirkan ia tidak mungkin berlaku tapi tetap berlaku, di luar jangkaan otak kita yang lemah.

Bayi perempuan berusia 4 bulan terselamat selepas 3 hari berada dlm runtuhan akibat gempa/tsunami. Sumber: The Daily Chilli.

Begitulah juga satu keajaiban yang berlaku semasa Jepun dilanda gempa bumi dan tsunami beberapa hari lepas. Mashaallah, seorang bayi terselamat walaupun dibawa arus tsunami dan hilang selama 3 hari di sebalik timbunan runtuhan. Allah Maha Kuasa, Dia menyelamatkan nyawa bayi perempuan itu.

Bagi otak manusia, peristiwa ini ajaib kerana logiknya, seorang bayi tidak makan tidak minum selama 3 hari selepas dilambung arus juga diselimuti runtuhan, tidak mungkin lagi hidup. Dengan izin Allah dia masih bernyawa di hari ini. Subhanallah. Memang ajaib sekali percaturan Allah.

Sumber: ohbayu.com

Ingat lagi tak peristiwa tsunami di Aceh dulu? Perkara paling ajaib yang dilihat seluruh dunia dan seharusnya boleh memberi iktibar kepada kita semua ialah bila mana tsunami memusnahkan segala-galanya tapi masjid-masjid hampir kesemuanya terselamat. Ajaib. Ramai orang yang insaf dari peristiwa itu.

Kakchik sendiri merasa insaf diri bila membaca berita-berita sebegini kerana merasakan Allah sedang mengajarkan kepada diri ini tentang sesuatu yang besar. Ada Allah sedang memberi peringatan kepada kita yang saban hari makin banyak melakukan kerosakan di atas dunia ini.

Ada orang merosakkan alam dengan sewenang-wenangnya. Hutan-rimba, bukit-bukau, sungai dan laut banyak yang dicemarkan oleh tangan-tangan kita. Rosak akhlak berleluasa di seluruh dunia hatta di dunia Islam yang sepatutnya menjaga akhlak, kini sebahagian besarnya sudah begitu teruk.

Amaran Allah semakin banyak, tapi kita masih lagi sekadar gitu-gitu saja. Tak bersungguh-sungguh langsung. Adakah kita nak tunggu bala besar sampai ke tempat kita baru kita nak sungguh-sungguh hati menjadi hamba Allah yang taat? Kakchik takut, sangat takut sebab kakchik pun masih suam-suam kuku dalam segala-galanya.

Marilah kita mengambil pengajaran dari semua peristiwa besar yang berlaku ni. Marilah kita berubah menjadi manusia berakhlak baik, berkata baik-baik, menulis yang baik-baik - apa saja, marilah kita lakukannya seolah-olah kita akan mati esok. Kakchik nak buat seorang tak kuat sebab itu kakchik nak ajak kalian juga. Kita buat sama-sama, barulah kita kuat. Bila kuat, syaitan susah nak goda iman kita.

8 comments:

  1. Betul kak chik.. setuju sangat.. ada sesuatu yg perlu diambil ibrah atas setiap yg sudah berlaku di dunia ini.. ada sesuatu yg mahu Allah tunjukkan.. dan semoga kita semua berada dlm golongan yg dapat merasai hikmah itu.. amiin

    ReplyDelete
  2. Nadiah, kerdilnya kita di sisi Allah kan?

    ReplyDelete
  3. Mariah, semoga ramai lagi orang lain yang turut merasai hikmah dari semua peristiwa ini.

    ReplyDelete
  4. subhanallah..Kuasa Allah kan?

    ReplyDelete
  5. Masyaallah kak chik! tiada yg berkuasa melainkan DIA!! Subhanallah..speechless

    ReplyDelete
  6. Betul kak chik, insaf bila Allah memperlihatkan kuasaNya yang Maha Besar dengan menurunkan bala sebegini memusnahkan sebahagian besar manusia kecuali yang mana dikehendaki selamat olehNya. Kejadian sebegini mengingatkan saya bahawa kematian boleh berlaku bila2 masa, di mana2 sahaja hatta tak mustahil Malaysia boleh dilanda gempa bumi kan?
    Jadi apa yang perlu dibuat ialah mempersiapkan diri dengan bekalan secukupnya sebelum ajal menjemput pada bila2 masa

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs