Followers

6.3.11

Merawat Rasa Marah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Siang tadi kakchik ke KB untuk menguruskan pembayaran bil-bil utiliti Zahra'. Boleh tahan ramainya pelanggan di TM semasa kakchik sampai. Selepas menunggu hampir setengah jam barulah sampai giliran kakchik, alhamdulillah. Lega rasanya bila bil-bil penting selesai dijelaskan.

Keluar dari TM kakchik singgah sebentar di SMO KB untuk mencari buku Guru Sebagai Pendidik, Pengajar & Pendakwah tapi tak ada pulak buku tu. Lain yang dicari lain pula yang dapat. Inilah yang kakchik dapat bila tak jumpa buku yang diimpikan.

Buku yang dibeli siang tadi.

Dalam banyak-banyak tu hanya satu yang sempat kakchik belek-belek dan baca sebahagiannya iaitu majalah SOLUSI yang terbaru. Mashaallah... majalah ini sangat bagus. Rugilah sesiapa yang tidak membacanya.

Ada satu petikan menarik yang kakchik ingin kongsikan di sini iaitu mengenai MARAH. Jom kita baca.

Segera Mengingati Allah

Apabila anda berada dalam keadaan marah kerana disakiti oleh orang lain, maka segeralah mengingati Allah dengan menyedari keutamaan menahan marah sebagaimana firman Allah SWT dalam surah Ali 'Imran ayat 134 yang bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapatkan) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang lebarnya seluas langit dan bumi yang disediakan bag
i orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahan." Sebuah hadis riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, daripada Mu'az bin Anas r.a., beliau berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menahan marah padahal ia boleh melepaskannya, maka dia akan dipanggil Allah pada hari kiamat bersama para pemimpin makhluk sehingga dipilihkan untuknya bidadari mana yang akan dikahwinkan dengannya mengikut kehendaknya."

Beberapa hari lepas kakchik sangat marah pada seseorang kerana kecuaiannya yang boleh membahayakan orang lain. Dengan cuba menahan dan bersabar, banyak air mata yang mengalir tapi akhirnya hati jadi tenang. Memaafkan beliau dengan mudah walaupun kakchik akui sukar untuk melupakannya.

Artikel penuh boleh dibacadi dalam SOLUSI.

6 comments:

  1. terima kasih di atas perkongsian hadis ini kchek

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakchik, banyaknya buku kakchik beli! setuju dgn kakchik, byk manfaat baca majalah solusi ni.

    ReplyDelete
  3. Sama-sama shafida. Semoga ia memberi manfaat kepada kita.

    ReplyDelete
  4. Wa'alaikummussalam umi. Alhamdulillah umi. Itu dah kira kurang dah daripada biasa. Belum tentu dapat dibaca semuanya tapi mesti nak beli juga utk bacaan dan rujukan. Tak lupa juga utk anak2 saudara. Majalah solusi "daebak" kata orang Korea.

    ReplyDelete
  5. Salam. Kak Chik. Thank U... Saya bru nak marah, nasib bek msk blog kak Chik dulu... Terima Kasih Kak Chik :)

    ReplyDelete
  6. Wkslm dik putrifarish87. Alhamdulillah... syukur sempat baca entri kakchik ni kan. Dapat legakan kemarahan adalah satu kejayaan yang manis.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs