Followers

2.3.11

Rindu Bazaar Chowrasta Hanya Kerana Buku

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Hari ni ada satu artikel di Kosmo yang sangat-sangat menggamit rindu di hati kakchik. Sangat rindu dan masih terbayang-bayang suasana di tingkat 1 bazaar itu yang sebahagiannya dipenuhi dengan kedai buku secondhand. Antara kenangan paling indah dan sentiasa ingin diulang semasa tinggal di Pulau Pinang ialah berkunjung ke Bazaar Chowrasta setiap hujung minggu yang lapang.

Gambar dari Kosmo

Bagi kakchik di situlah syurga buku bagi sesiapa saja yang suka membaca dan mempunyai bajet yang sedikit. Dulu kakchik pernah ke bandar Georgetown berbekalkan RM100 semata-mata mahu membeli buku di situ. Bawa beg tangan dalam beg tangan kakchik bawa beg pakaian yang dilipat kecil. Bila selesai membeli buku, beg pakaian sudah penuh.

Suasana di bahagian buku di Bazaar Chowrasta, Pulau Pinang.

Tengok je pakcik dalam gambar kat atas tu, kakchik terus teruja. Memang selalu membeli buku dengan pakcik itulah. Kali terakhir ke sana kalau tak silap dalam tahun 2007 atau 2008 semasa adik kakchik masih lagi bertugas di Hospital Pulau Pinang. Lama juga tak ke Pulau Pinang ni. Memang ada hajat nak ke sana untuk mencari buku untuk MariBaca terutama buku kanak-kanak dan novel untuk sewa.

Insyaallah satu hari kakchik pasti ke sana lagi.

10 comments:

  1. oo yeke ada....*nampak sgt pergi chowrasta nak beli asam je, hehe. nanti lain kali bole gi situ pulak la tgk buku

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Chik.. Masih ada lagi ke Bazar Buku ini sampai sekarang? Teringin sangat nak pergi...

    ReplyDelete
  3. bestnya kalau dapat pergi kesana kan kak chik...boleh baca dan sewa buku banyak2 hehehe

    ReplyDelete
  4. Kak chik dear... i love your post. Baru je ikut but enjoying it already. Am from penang. Tempat ni memang popular among bookworm di penang. Mamak dlm paper ni pon I know. Kakchik... I pray that we both be blessed by babies soon. I just celebrated my 1st anniversary last 19th Feb...but only me and hubby.. God bless

    ReplyDelete
  5. najwa: iya, memang ada sejak berzaman dah. ha'ah kat bawah tu mmg byk gerai menjual asam. next time ke sana jgn lepaskan peluang ke tingkat atas tu. mula2 akan jumpa kedai baju, kasut dan klu tak silap ada gerai makan. tuju ke tgh sikit pasti jumpa.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Adah. Masih ada dan kakchik yakin akan bertahan lama juga kat situ. Kalau ke Penang jangan lepaskan peluang ke sana ya Adah.

    ReplyDelete
  7. shiori: memang best sangat. selalunya kakchik ke sana dlm jam 10 pagi, dah petang baru balik. tak puas dok situ.

    ReplyDelete
  8. izianana: Thanks a lot sis. Wow! You must be one of the lucky people because you can visit there frequently. Kalaulah kakchik blh pindahkan B.Chowrasta tu ke KB, alangkah bagusnya hehe. Happy Belated 1st. Anniversary! May Allah bless your marriage with all the best thing of living as a Muslim couple. And insyaallah one day soon, both of us will be blessed with children.

    ReplyDelete
  9. Salam Kak Chik... rasa teruja pla..sy pon nk bkampung kt sna :) i like books

    ReplyDelete
  10. Wkslm putrifarish87. Memang best dik putri. Rugi kalau tak cuba ke sana. Lepas ke sana boleh decide nak berkampung atau tidak hehe.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails