Tiba-tiba saja teringat zaman belajar di Penang dulu. Teringat rumah sewa. Teringat kawan-kawan yang sama-sama tinggal di sana. Teringat pagi-pagi ke pasar di Gelugor untuk membeli bekalan makanan untuk penghuni yang hampir dua puluh orang. Teringat wajah rakan-rakan serumah terutama yang rapat walaupun berlainan pusat pengajian. Teringat majlis taalim selepas solat fardhu. Teringat meja studi yang di tepi tingkap. Banyaknya yang kakchik teringat.
Rasa macam nak pergi jauh je bila teringat banyak perkara ni.
Masih segar dalam ingatan, wajah kawan-kawan yang masih bertelekung sembahyang, menanti taalim dimulakan tapi kakchik dah lupa selepas Asar atau selepas Maghrib. Selesai taalim, bersalam mahabbah dari kanan ke kiri. Berselawat beramai-ramai. Macam terbayang-bayang saja suasana ketika itu. Rindu sekali. Amat rindu.
Sesekali memang kakchik sangat rindu perasaan dan suasana ketika itu. Pada masa itu kakchik rasa diri ini pada tahap keimanan yang agak tinggi berbanding sekarang ini. Ketika itu jika menghadapi masalah, ramai kawan yang sudi menyumbangkan 'telinga' dan 'hati' mereka, kemudiannya mereka akan membantu menaikkan kembali semangat Islam yang berkurang.
Makin tua ni makin teringat zaman-zaman dulu.
Betul kakchik..
ReplyDeletesometyms, akan ada masa yg kita rsa, waktu itu tahap iman kita lagi tinggi..
waktu masih stdy..
eh. rindu plak.
Ara, mungkin sebab masa tu kita belum punyai banyak t/jawab dan otak lebih banyak fokus kpd pelajaran dan aktiviti semasa belajar. Jiwa masih segar dan mudah menerima tarbiah. Berbadning sekarang ni, hidup byk cabaran.
ReplyDelete