Assalamualaikum.
Kedaibuku ada banyak di sekitar KB ni termasuklah kedaibuku kakchik sendiri, MariBaca. Tapi bila ada sesebuah buku yang amat-amat diperlukan merata-rata kakchik mencarinya tak juga dapat.
Buku ini kakchik belikan untuk koleksi perpustakaan. Semasa dibeli dalam bulan Mac tahun lepas, kakchik tak teerfikir pula yang buku ini sangat bermanfaat untuk ibu bapa dan guru. Malah sesiapa saja boleh mendapat banyak manfaat dari buku ini.
Bila diperiksa di dalam buku ini, syarikat penerbitnya tidak mempunyai laman web, jadi kenalah kakchik menelefon mereka untuk mendapatkan stok. Taaaapi, kakchik terlupa pulak nak salin alamat dan no telefonnya dan sekarang ini buku ini telah HILANG dari rak perpustakaan.
Adoilaa... siapa pulak yang menyorokkan buku ini? Nampaknya kakchik kena naik ke tingkat satu sekali lagi dan selongkar rak Pendidikan baris demi baris mana tahu kot-kot buku ni terselit kat mana-mana. MESTI kena jumpa.
Insyaallah jumpa.
assalamualaikum kakcik
ReplyDeletetajuk buku pon da menarik...
nak cari jugak kat SP nih...
mana tau jumpa... ~
Wa'alaikummussalam manje. Selamat mencari bukunya dan semoga manje berjaya membelinya untuk dibaca dan digali intipatinya. Kakchik percaya tentu manje akan gembira memiliki buku ini.
ReplyDeleteassalamu 'alaikum kak chik,
ReplyDeletepenulis buku tu sahabat sepengajian saya di U dulu...
dia seorang guru @ ustaz di johor ni gak...
klu kak chik nak num die, sy boleh usahakan...
Wa'alaikummussalam Areef. Kecik tapak tangan, nyiru kakchik tadahkan.
ReplyDelete