Followers

21.3.11

Bau rokok melekat di purdah

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Mula-mula sekali maafkan kakchik kalau tulisan kakchik nk ada bau-bau marah dan geram. Bukan bau rokok ya. Hati kakchik agak panas ni dengan sikap beberapa orang peserta program di atas tu. Tak tahulah mereka ni ada common sense atau tidak. Kemungkinan besar masa belajar dulu mereka yang berkenaan ni tak habis khatam bab kesedaran sivik ni.

Sikap mereka ni telah membuatkan kakchik makin anti dan kurang hormat kepada para perokok. Sudahlah merokok, tidak menghormati pula peraturan kami dan sepatutnya sendiri fahamlah yang ini kan tempat awam... you are not suppose to smoke inside the building! I am so disappointed with these people. Tolonglah merokok di luar tu, bukannya jauh pun.

Allahu Akbar! Syukur masih ada sabar. Kalau ikutkan nafsu ammarah ni tak tahulah mampu atau tidak kakchik bercakap dengan nada biasa. Kakchik personally jumpa dengan pihak penganjur dan minta kerjasama mereka untuk memaklumkan larangan itu sekali lagi (ya, sebelum ini sudah beberapa kali dimaklumkan) kepada para peserta agar mereka ingat. Habis melekat bau rokok di purdah kakchik ni. Lemas dibuatnya untuk bernafas. Udara sudah tidak nyaman lagi di dalam bangunan ni.

Bukannya mereka ni budak muda remaja tapi sudah dewasa, sudah punya akal fikiran. Benda simple dan kecil macam ini pun nak kena ajar. Hmm... sekali kakchik fikir, dua kali kakchik fikir, kakchik rasa mereka ambil mudah aje segala-galanya. "Buat penat aje nak turun ke bawah dan ke luar untuk merokok. Buka aje tingkap kat hujung tu dan kita merokok bersama-sama. Kalau tak nak orang nampak, kita guna aje kawasan tangga keselamatan. Lepas tu kita buang aje puntung rokok tu kat situ, diorang bukan tahu siapa yang punya angkara."

Itulah agaknya yang mereka fikirkan. Mentaliti begini jika ada pada orang Melayu kita tentu sangat sukar untuk diubati. Kakchik amat berharap teguran dan permintaan kakchik tadi akan dipandang berat oleh para penyewa. Hormatilah orang lain nescaya orang akan hormati kita. Kalau berterusan sikap tidak prihatin ini diamalkan, ada kemungkinan kerjaya kalian sebagai kontraktor juga akan terpalit. Yang kecik-kecik inilah jika selalu berulang akan menjadi tabi'at yang sukar nak dibuang. Melekat, busuk seperti bau rokok di purdah kakchik ni. Hmm...

10 comments:

  1. salam kak chik.. tu ler nyer.. kadang2 syikin pun geram dgn smoker ni.. benda pertama yg jadi berbau .. pakaian kita.. syikin boleh terus migrian sgn asap rokok nie.. kalau dah lekat kt purdah.. trus muntah ler gamaknya :)

    ReplyDelete
  2. ASSALAMUALAIKUM kak chik
    alahai, sy pun BENCI perokok!pantang sy kalau ada prokok yg tak hormat hak org lain, sy tau, merokok adalah pilihan peribadi tapi bila merokok ditempat awam tu dah dikira sebagai samseng!tambah2 tampat mkn, ada budak kecik,wahai perokok!pasif smoker lebih berisiko dari anda!apa kata anda vacum semua asap dan rokok sekali kedlm badan anda dan anda akan dpt 100% nikmat merokok tanpa membahayakan org lain!bukan kata kak chik dan saya, semua org akan setuju!
    p/s:Alhamdulillah, suami dan adik beradik lelaki saya tidak merokok!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum kak cik, irin oun x suke dgn dgn org yg merokok di restoran. sgt2 menggangu ketenteraman semasa nak mkn. kadang kala sampai irin terpaksa angkat makanan dan pindah ke meja lain.huhu...benci benci benci....

    ReplyDelete
  4. Salam kak chik..
    Saya memang benci perokok ni. Mereka seperti khayal dalam dunia sendiri je kalau merokok tu. Tak pedulikan sesiapa pun di sekeliling mereka hatta anak-anak kecil pun tidak dipedulikan. Merokok dengan asap berkepul-kepul sesuka hati. Saya memang panas hati kalau cakap pasal perokokni. Alhamdulillah hubby tersayang langsung tidak menyentuh rokok...=))

    ReplyDelete
  5. erm biasa la tu kak chik...macam2 manusia ni kan.....ada tu dalam lift pun hisap rokok...kat tempat ada air cond pun hisap rokok sampai naik lemas dibuatnya....

    ReplyDelete
  6. wkslm syikin. kakchik pun memang gitu juga syikin. kalau ikut ammarah memang kakchik 'laser'kan diorang tu tp bila ingat Allah, jadi cool sikit. hrp2 teguran kakchik tu diambil berat. tak tahulah diorang ni.

    ReplyDelete
  7. Wa'alaikummussalam rose. Itulah rose, orang yg merokok ni adalah orang yg self-centered, tau nak puaskan diri sendiri je sampai lupa yg diorang telah membahayakan kesihatan org lain. Susah betul nak insaf.

    ReplyDelete
  8. Wa'alaikummussalam irin. Awat nama lelaki tu? hehe. Kita pulak yg terpaksa bersusah sdgkan perokok yg buat hal, hmm..

    ReplyDelete
  9. Wkslm ummu hakeem. Tak tahulah bagaimana kita nak sedarkan mereka ni. Paling tidak diorang merokok di tempat khas, jauh dr org lain yg tak merokok ni lebih2 lagi kanak2. Memang syukur ahli keluarga kita bebas dari rokok. Moga kekal begitu selamanya.

    ReplyDelete
  10. shiori, baru petang tadi kakchik masuk lif nak ke kedai kakchik, ya Allah... lemas dibuatnya sebab ada orang baru lps merokok kat dlm tu. geram sungguh.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs