Followers

6.3.11

Butik di Rumah

Koleksi Abaya Elegan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Salam kasih-sayang untuk semua teman-teman di mana saja berada. Semoga semuanya sentiasa sihat dan dilindungi Allah SWT dari apa juga mara bahaya.

Dah sarapan? Kakchik dah selesai sarapan jam 9.15 pagi tadi. Hari ni kakchik sarapan dengan Nasi Berlauk Ikan Aya dan sekarang nak minum segelas Nescafe. 

Sudah banyak hari kakchik dok fikirkan pasal koleksi abaya-abaya yang masih berbaki di rumah tu. Sekarang ni sebahagiannya kakchik sangkut seperti dalam gambar di atas dan sebahagian lagi masih di dalam plastik bungkusan.

Kakchik tak sempat nak hantar abaya-abaya ni ke MariBaca sebab setiap petang balik dari kerja kakchik kena terus ke pejabat cik abe untuk mengambil dia. Kalau singgah di MariBaca, kakchik akan lambat. Bila dah balik ke rumah, urusan rumahtangga pula menanti, sudah letih mahu memandu ke kedai.

Jadi selepas fikir punya fikir, buat sementara waktu, ruang tamu rumah kami akan dijadikan butik abaya. Dan hanya 2 hari seminggu je ia akan dibuka kepada pelanggan iaitu hari Khamis dan Jumaat. Jadi para pelanggan budiman bolehlah ke 'home boutique' kakchik untuk melihat, mencuba dan membeli abaya dari Dubai, Jeddah dan Indonesia.

2 comments:

  1. bekerja dari rumah seronok juga kan...

    ReplyDelete
  2. betul ain tapi kena betul-betul mendisiplinkan diri agar masa dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs