Followers

7.3.11

Imam Muda Musim Kedua

 
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah hari ni bermula dengan penuh keceriaan dan semangat untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Seawal pagi kakchik mengambil alih tugas adik kakchik untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah dan tadika. Dia takde di rumah, ke KL kerana ada urusan kerja di sana. Oleh kerana petang semalam kereta ayah dilanggar orang dan belum dibaiki, maka sebagai mak saudara yang bertanggungjawab, anak-anak saudara kakchik dihantar ke sekolah dan tadika masing-masing dengan rasa gembira. Alhamdulillah.

Para peserta semasa ujibakat Imam Muda 2

Sampai di pejabat ni seperti biasa nak kena cek suratkhabar dulu. Malas nak baca berita tentang PRK Kerdau dan Merlimau semalam sebab sudah menjangkakan keputusannya apa jadi kakchik terus membelek untuk mencari mana yang paling menarik minat. Akhirnya jumpa artikel tentang Imam Muda 2 di dalam mStar online. Rasa nak baca pulak pasal Imam Muda ni. Tahun lepas kakchik tak sempat menonton langsung program ni, hajatnya tahun ni nak ikuti sekali dua.

Khabarnya tahun ni penyertaan berkurang sebanyak 30% berbanding tahun lepas tapi penyertaan kali ini telah menarik minat para peserta dari luar Malaysia iaitu dari Brunei, Singapura dan Indonesia. Harap-harap pada musim kedua program yang bagus ni kita akan dapat melihat lebih ramai bakal imam yang berkaliber, berkarakter, berakhlak mulia dan cemerlang akademiknya. Tak sabar pula rasanya nak turut sama menjadi penonton Imam Muda 2 ni.

Juara Imam Muda, Asyraf turut datang memberikan semangat kepada peserta ujibakat Imam Muda 2.

Program realiti sebegini amatlah kakchik alu-alukan berbanding program realiti yang berbentuk hiburan. Sudah terlalu banyak hiburan di dalam hidup kita setiap hari. Bukan tak boleh berhibur tapi kenalah sederhana dan mengikut garis panduan yang Islam berikan. Ini tidak, yang banyak ada di dalam tv tu kebanyakannya langsung tidak meletakkan ajaran Islam sebagai puncak sebaliknya, hanya hiburan duniawi semata-mata. Berpenat-lelah berlatih menyanyi, berlakon, latihan suara dan sebagainya akhirnya tidak boleh dijadikan saham di akhirat kelak.

Jadi, syabas Imam Muda, pastikan matlamat tidak tersasar. Kakchik doakan program realiti Imam Muda akan menjadi medan dakwah kepada anak-anak muda remaja di negara kita ini. Kalau kita tak sokong program yang baik begini, siapa lagi?

Sumber gambar: mStar Online

1 comment:

  1. salam,kak.
    Imam Muda musim 1 pun ain tak sempat tengok.tahu2 je dah ada imam muda dnobatkan...memang bkaliber dan bagus djadikn cth buat anak muda tempatan..

    pernah juga ain suarakn rasa kesal ain pada suami kenapalh tlalu byk rancangan hiburan terutama berbentuk realiti...nak sangat jadi penyanyi, tapi bukankah meengalunkan ayat suci Al-Quran itu lebih indah dan membawa kebaikkn??bukankah megalunkan ayat suci itu lebih bermanfaat dr menyanyi?
    insyaAllah Imam Muda musim ke2 ain akan ikuti...dapat juga timba ilmu dari rancangan itu nanti..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs