Followers

15.3.11

Dua Orang Yang Rindu

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rindu. Bila lama kita tak jumpa seseorang yang kita kenal terutama bila orang tu kita rapat dan sayang, kita pasti akan merasa rindu. Perasaan rindu ni akan membuatkan kita asyik nak bercakap pasal orang tu je. Balik kerja, dalam kereta sepanjang perjalanan nak balik ke rumah, sekejap-sekejap nama orang itu juga yang kita sebut. Mata tu penuh bercahaya bila bercerita pasal orang yang dirindui tu. Kadang-kadang boleh buat orang yang sebelah sini jeles je. Huhu.

Amni malu-malu nak jumpa Ayah Wae bila lama tak jumpa.

Begitulah antara cik abe dengan amni. Mereka memang rapat. Amni membesar dari usia bayi hingga usia 'toddler' dengan kasih-sayang cik abe. Masa tu suami kakchik tu bekerja dari rumah jadi hampir setiap hari dia pasti akan bermain-main dengan amni yang dijaga oleh bibik sri di rumah tokmek. Kami berjiran, jadi kalau masing-masing mengangakan pintu rumah, amni boleh berlarian naik-turun antara kedua-duanya.

Dua insan yang saling merindui. 'Anak' manja Ayah Wae.

Kini amni sudah masuk taska dan tidak lagi dihantar umminya ke rumah tokmek seperti dulu. Bibik sri pun sudah balik ke Indonesia sejak Hari Krismas tahun lepas. Cik abe juga telah bekerja sepenuh masa di pejabat. Masing-masing memang susah untuk bertemu kecuali sekali-sekala bila kakak kakchik membawa anak-anaknya jalan-jalan ke rumah tokmek. Terubatlah rindu di hati kami berdua lebih-lebih lagi suami kakchiklah.

Sekejap saja terus rapat balik dan apa lagi, berdukunglah.

Sekarang ni musim cuti sekolah. Sejak dua hari lepas, setiap petang rindu kami terubat sebab bila sampai di rumah, hilang segala penat di pejabat bila melihat anak-anak saudara yang riuh-rendah bermain di halaman. Dan yang paling gembiranya bila cik abe bertemu amni. Huhu, bukan main syahdu lagi hehe. Tapi sekarang amni sudah makin cerdik. Dia sudah reti malu bila lama tak jumpa dengan pak sedaranya tu.

Umur 3 tahun, tapi cerdiknya, mashaallah. Kami tahu, dia makin membesar, makin cerdik dan bila masuk ke usia tadika nanti, tentu tidak boleh lagi cik abe nak manja-manjakan dia seperti sekarang. Sementara waktu itu belum sampai, bolehlah rindu antara dua insan kesayangan kakchik ni terubat dengan pertemuan singkat seperti petang tadi.

2 comments:

  1. as salam kak chik..
    teringat kat en suami sy la, antara 2 sebab sy terima lamaran en.suami dulu :
    1-sbb dia sukakan bdk2..pantang jumpa bdk2,mmg dia akan jadi center of attraction..:)..sama mcm che abe kak chik!
    2-muka dia berseri2 lps berwuduk!:)
    sungguh ini juga adalah nikmat Allah!

    ReplyDelete
  2. wa'alaikummussalam rose. kriteria lelaki yg macam tu memang menarik hati kita kan rose? hehe. syukur alhamdulillah dapat suami yang sukakan kanak-kanak.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails