Assalamualaikum dan selamat petang semua.
Hari ni kakchik asyik cerita pasal anak aje kan? Kalau pagi tadi cerita pasal anak angkat, kali ni nak kongsikan berita tentang botol susu bayi pula. Cuba kalian baca berita di bawah ni:
Pengharaman Botol Susu Bayi Polikarbonat Bisphenol A Berkuat Kuasa 1 Mac 2012
PUTRAJAYA: Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan susu botol bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA) berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut adalah selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutamanya bayi dan kanak-kanak.
"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutamanya bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan 'bisphenol A' ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar," katanya.
Kerajaan memberi tempoh satu tahun untuk memastikan tindakan pengharaman itu dilaksanakan dengan lancar secara berperingkat, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca kabinet kementeriannya di sini Isnin.
"Pihak industri diberi tempoh masa satu tahun untuk membuat persediaan bagi keperluan pertukaran atau pembelian mesin dan penggunaan bahan mentah yang sesuai".
Tindakan pengharaman itu diambil dengan mengambil kira BPA didapati boleh menyebabkan gangguan kepada sistem hormon sekaligus mengganggu sistem fungsi tubuh, katanya dan menurutnya bagaimanapun sehingga kini tiada sebarang penilaian dijalankan berhubung sistem hormon dalam tubuh bayi.
Liow berkata pengharaman itu juga adalah selaras dengan tindakan beberapa negara yang telahpun mengharamkan penjualan susu botol tersebut antaranya Jerman, Perancis, Denmark, Kanada, Australia, New Zealand, Amerika Syarikat dan terbaru oleh Kesatuan Eropah,
Menurutnya, sehingga 2010 sebanyak 159 sampel botol susu bayi telah dianalisis dan didapati 85 peratus dikesan mengandungi bahan BPA dalam julat 0 hingga 0.7 mg/kg hasil migrasi daripada botol berkenaan.
Kajian Universiti Malaya juga menunjukkan kadar migrasi BPA meningkat sebanyak tujuh kali ganda pada suhu 80 celsius berbanding pada suhu bilik 25 celsius, katanya.
"Pemantauan secara berterusan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mendapati terdapat migrasi BPA daripada botol-botol susu bayi polikarbonat yang telah diuji," katanya.
Beliau meminta pengguna mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengurangkan risiko pendedahan kepada migrasi BPA berdasarkan panduan penggunaan botol susu bayi polikarbonat yang disarankan kementerian.
Liow menasihatkan pengguna supaya menukar botol susu bayi polikarbonat kepada alternatif yang terdapat di pasaran mengikut kemampuan masing-masing.
Pengguna juga dinasihatkan meneliti kod identifikasi di bawah botol sama ada polikarbonat atau tidak sebelum membelinya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan di talian 03-88833652/8883365/88833655 atau melayari laman web http://moh.gov.my/ atau http://fsq.moh.gov.my.
Bagi kakchik, walaupun tahun depan baru Kerajaan nak mengharamkannya, ada baik kalau para ibu bapa mengambil langkah berhati-hati bermula dari sekarang. Selama ini kakchik tak pernah terfikir bahawa sebiji botol susu plastik itu boleh membahayakan kesihatan tapi bila sudah tahu ni kenalah kakchik sebarkan agar kita sama-sama dapat beringat.
Kesihatan anak-anak adalah penting sama pentingnya dengan kesihatan kita. Bila tubuh badan sihat, akal pun sihat dan insyaallah jiwa akan subur untuk iman.
lama dah pasal benda ni kak chik
ReplyDeletekerajaan je lambat amik tindakan..
beselah..
even ayu sendiir pun..
mmg tgk botol2 ni
nak thu dia ade bpa ke tak
cuba tgk time panaskan.
klu tulisan tu luntur or bekas tu jdi warna keruh
tu mmg confirm ade BPA
takutnyer....
ReplyDeletekalau nak yg selamat belilah yg ada jenama dan berkualiti. jgn nak beli bOtOl murah je tapi membahayakan kesihatan.
kita org melayu kena ubah pemikiran yg mcm nie. bangsa lain biar beli barang tue mahal sikit tapi selamat digunakan.
botol merah tu ank sy pakai. so kire selamat la kan. ehehe... sbb die tulis BPA FREE
ReplyDeleteayu, kakchik baru je tahu sebab itu kakchik kongsikan berita ni sebab mungkin ada ramai orang yang macam kakchik. syukurlah ayu dah tahu lebih awal ttg hal ni. kakchik kira tentu ibu2 lain juga sudah berhati2 spt ayu. alhamdulillah.
ReplyDeletekina, tadi kat fb ada kawan senaraikan bbrp botol yg berjenama yg juga ada BPA. maybe dua2 jenis mahal dan murah pun ada guna BPA. tapi yg penting botol yg berkualiti dan selamat. yg murah sangat bimbanglah juga takut dia guna plastik yg lagi bahaya.
ReplyDeletenurul, bila dah tulis BPA Free tu insyaallah selamat.
ReplyDeleteterima kasih kakchik kongsikan info berguna ini. insyaAllah umi juga pastikan botol anak2 ni BPA free. kalau kita imbas balik zaman dulu2 mak kita guna botol kaca, lebih terjamin keselamatannya.
ReplyDeleteas salam kakchik dan ibu2 semua
ReplyDeleterose anak baru 2 tapi mmg tak tunggu krajaan haramkan penggunaan botol x selamat.sy mmg dah lama guna botol BPA free!memang agak mahal sket tapi sejak tahu benda ni, sy mmg buang semua yg tak selamat, botol kakak mmg dah tak dirurunkan pd adik!bli baru dan sy tukar every 6 months!sebenarnyakan kakchik, breastfeed lagi bagus :) tapi apakan daya, sy ibu bekerjaya,,,(alasan)...
Salam. Kak Chik, Thnx ye 4 info :)
ReplyDeletesama-sama umi. kakchik pun ambil berita dr akhbar umi. tapi rasa macam lagi elok abadikan dlm blog utk rujukan bersama kan? kakchik dulu tak hisap susu botol hehe.
ReplyDeletewkslm rose. sangat bagus rose. begitulah yg sebaik2nya. prihatin dengan apa juga benda yang berkaitan dgn anak-anak. memang betul rose bf lah yg paling bagus. kakchik pun kalau ada anak nanti memang hajat hati nak bf secara eksklusif. insyaallah, moga2 hajat sampai juga.
ReplyDeleteWkslm putrifarish87. You are welcome.
ReplyDeletesalam kak chik... mula2 baca mcm blur jer.. x paham pun ada... tp bila 2 3 kali baca baru paham... ila bg paan guna botol avent... mmg pasang niat nk pakai botol tu... x pe la mahal sikit janji selamat..
ReplyDelete