Followers

1.3.11

Bisnes Kasut Buatan Tangan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, hari ni masih diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menghirup udara segar di muka bumiNya ini. Ini bermakna kakchik masih punya peluang untuk meningkatkan amalan kebajikan pada hari ini sebagai menambah bekalan untuk di akhirat nanti. Moga-moga kita sama-sama dapat mengurangkan dosa dan meningkatkan pahala masing-masing sepanjang diri masih bernafas ni. InsyaAllah.

Koleksi Kasut Bertumit Farlisey

Sejak beberapa hari yang lepas, kakchik telah memulakan cabang baru dalam perniagaan dalam talian kakchik. Kalau sebelum ini kakchik menjual buku kanak-kanak, abaya dubai dan beg tangan, kini kakchik menambah lagi cabang bisnes dengan menjual kasut. Alhamdulillah. Memang hajat kakchik dan masuk dalam perancangan bisnes yang kakchik akan menjual produk yang dekat di hati kakchik iaitu keempat-empat yang kakchik telah sebutkan tadi.

Koleksi Kasut Baji (wedges) Farlisey

Buat masa ini kakchik telah mula mempromosikan tempahan kasut-kasut dari dua koleksi iaitu Farlisey Wedges Collection dan Farlisey Heels Collection. Mungkin selepas ini akan ada lagi seperti Flat Shoes and Sandals. Kasut-kasut ini dibuat di Indonesia dan mengikut maklumat dari pembekal, ianya adalah hasil buatan tangan maka setiap tempahan akan mengambil masa hampir dua bulan untuk disiapkan bagi menjaga kualiti.

Album gambar-gambar kasut yang kakchik jual secara tempahan (pre-order) ini boleh dilihat di dalam facebook kakchik. Kakchik belum buat keputusan sama ada mahu menjualnya melalui Abaya Elegan atau tidak. Tengok keadaan dulu macamana. Jika tempahan Batch1 ini berjaya insyaallah kakchik akan jadikan bisnes kasut ni cabang tetap di Abaya Elegan. 

Kakchik amat gembira jika kalian sudi memberikan sokongan kepada kakchik dalam usaha meningkatkan ekonomi sendiri dan pastinya ekonomi ummah. Bila kaya, zakat wajib dibayar dan pastinya wang zakat akan dapat membantu golongan fakir-miskin yang memerlukan. InsyaAllah.

10 comments:

  1. Assalamualaikum kakchik, alhamdulillah makin mantap bisnes online kakchik ni, tahniah!

    ReplyDelete
  2. salam kakcik...

    cantik kasut2 tu ;)

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik,

    Hebat2..makin maju bisnes...syabas kakchik.
    Dyg tunggu yg flat atau sandal...dah byk sgt koleksi btumit...malaslah nak tinggi lagi...biar bdiri sama tinggi dgn org lain..hehe( gurau je kakchik).

    ReplyDelete
  4. kasut perempuan ja ka kakcik??hihihi

    ReplyDelete
  5. net, tak nak order ke barang sepasang dua?

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam umi. Terima kasih kak. Baru nak cuba kak. Buka utk tempahan saja dulu. Modal tak cukup utk simpan stok.

    ReplyDelete
  7. Wkslm dni. Ha'ah. Kakchik pun berkenan byk ni.

    ReplyDelete
  8. Wkslm Alasmal.

    Terima kasih. Insyaallah koleksi kasut flat mungkin dtg kemudian.
    Org dah cukup tinggi, pakai flats lagi sesuai kot hehe takut nanti org rendah mcm kakchik ni tenggelam terus.

    ReplyDelete
  9. apix, dah kakchik pompuan... hehe

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs