Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah untuk semua teman-teman. Kakchik doakan kalian semua sentiasa dilimpahi rahmat kasih-sayang Allah SWT dan diberi keberkatan dalam hidup dunia akhirat. Semoga kita tidak lupa untuk bersyukur kepada-Nya.
"Wahai Nabi, katakanlah kepada ister-isteri dan anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah mereka menghulurkan jilbab mereka keseluruhan tubuh badan mereka, kerana dengan itu mereka mudah untuk dikenali (sebagai wanita mukminah) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (al-Ahzab: 59)
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana hari ini kakchik masih berpeluang untuk mencatatkan sesuatu di kanvas blog kesayangan ini. Cuaca di saat ini agak sejuk kerana di luar sana hujan lebat sedang turun membasahi bumi Kota Bharu. Kemungkinan hujan akan berpanjangan hingga ke petang. Insyaallah hujan rahmat.
Gambar: Koleksi Peribadi |
Kakchik baru saja menamatkan bacaan buku Aurat Lelaki & Wanita Berdasarkan al-Quran & Hadis yang ditulis oleh Abdul Aziz Ismail. Puas kakchik belek buku ini dari kulit ke kulit tapi tidak ada sedikitpun maklumat tentang penulisnya. Yang ada hanyalah namanya yang dietak di kulit depan. Kakchik berharap beliau adalah seorang yang memang alim tentang tajuk yang beliau tulis ini kerana kelihatannya senarai rujukan beliau agak bagus.
Seronok membaca buku ini kerana ia menyeimbangkan pemberatan hukum menutup aurat untuk lelaki dan wanita. Ada bab khusus untuk memahami maksud aurat untuk kedua-dua jantina, pemilihan pakaian mengikut sunnah dan agama, bagaimana mahu berhias dan sebagainya sesuai dengan keadaan semasa. Maksud kakchik, kupasan penulis begitu menekankan kewajipan menutup aurat ke atas kedua-dua jantina tanpa menyebabkan pembaca wanita terasa seperti, "asyik wanita saja yang kena".
Menarik, santai dan mudah difahami, itulah yang boleh kakchik ringkaskan tentang buku ini. Kalau nak tahu bagaimana kacaknya Nabi kita, bacalah buku ini. Insyaallah kita boleh kongsikan pengetahuan kita dengan suami. Insyaallah jika suami mahu menambah pahala mengikut sunnah, dia akan cuba turuti apa yang pernah Nabi Muhammad saw amalkan.
Bagi kita pula, nak belajar cara bergaya pun boleh. Bergaya cara Ummul Mukminin dan para wanita mukminah yang dijanjikan Syurga. Siapa kata tak boleh bersolek, berhias dan berwangi-wangian? Boleh je TAPI EKSKLUSIF UNTUK SUAMI bukan untuk tatapan mata orang lain dan bukan untuk ciuman hidung orang lain. HANYA UNTUK SUAMI. Barulah istimewa.
Bertuah sungguh para wanita yang begitu taat kepada ajaran agama dengan menjaga aurat dengan sempurna. Allah telah menjanjikan syurga kepada kita jika kita taat kepada suruhannya. Perkara aurat ni suruhan Allah jadi jika suami melarang dari menutup aurat maka kita berhak untuk tidak taat kepada larangan itu kerana ia hak Allah bukan hak suami. Kalau suami tak suruh pun, kita sendiri ni jadilah orang yang bijaksana, pakailah pakaian menutup aurat, tutup dengan sempurna.
Buku ini kakchik cadangkan kepada kalian kerana bila dibaca kalian tidak akan terasa berat dan membosankan. Ia pun tidaklah tebal dan saiznya pun muat untuk dimasukkan ke dalam beg tangan. Sesuai dibawa ke mana-mana untuk tatapan jiwa dan mengisi masa lapang. Harga pun murah sangat, RM10 untuk ilmu yang begitu berguna. Cuma satu yang kakchik kurang setuju iaitu gambar di kulit depannya. Huhu, tak menutup aurat la pulak. Mungkin penerbit nak tarik minat pembeli tapi lagi elok kalau letak yang menutup aurat. Allahu'alam.
waalaikumussalam, kakchik...
ReplyDeletenanti dni nak cari juga buku ni :)
thanks kak chik
assalamualaikum,kak chik.
ReplyDeletemenariklah buku ni..mesti dptkn...blh ain tambahkn ilmu...
bismillah. alhamdulillah. assalamualaikum.
ReplyDeletesaya cadangkan buku Jilbab Wanita Muslimah Muhammad Nasiruddin al Albani.
Buku yang Kak Chik cadangkan ni OK juga. tp saya x leh terima gambar kulitnya. Rasa x perlu mcm tu.
Ketengahkan dalil. Orang yang ada rasa taqwa akan menutup aurat sebaik mungkin.
wallahu'alam~
dni, selamat membaca.
ReplyDeletewa'alaikummussalam ain. selamat menambah bahan bacaan ain. semoga dapat memilih mutiara terbaik dr semua buku yg ain telah beli dan baca.
ReplyDeletewa'alaikummussalam nahwanz. terima kasih atas cadangan. insyaallah kakchik akan cari bukunya. pasal buku ni kakchik pun tak suka kulitnya tu, tak sesuai langsung dgn tajuk aurat yg dibincangkan. buku ini sesuai utk org yg masih baru dlm memahami pasal aurat, ringan dan ringkas buat permulaan.
ReplyDeletesalam wbt.. kak chik.. baru ini saya ada mendengar satu ceramah agama.. ustazah yg terkenal... beliau bagitau tidak perlu melabuhkan tudung cukuplah hanya menutup aurat yang ada.. mcmana ye.. sebenarnya sedih sgt bila beliau berkata begitu..
ReplyDelete