Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Malam ni kakchik nak kongsikan 2 salinan artikel yang ditulis oleh 2 orang individu yang berbeza. Seorang menulis selepas beliau mendengar bual-bicara Ust. Zawawi di Ikim.fm dan seorang lagi ialah seorang ustaz yang menulis untuk meleraikan kekeliruan yang timbul.
Kakchik ada tanya cik abe, apa bezanya menulis SALAM dengan menulis AS SALAM di dalam tulisan kita sama ada untuk mengomen, meninggalkan mesej atau sebagainya. Selama ini kakchik menggunakan ASSALAMUALAIKUM dan SALAM untuk mengucapkan selamat kepada sesiapa saja kerana pada kakchik kedua-duanya tidak salah.
Akhir-akhir ni kakchik lihat sudah ramai yang menggunakan AS SALAM dan ilmu kakchik yang terhad ni tertanya-tanya kenapa pula ya? Tentu ada sesuatu yang menyebabkan kita bertukar dari menulis SALAM kepada AS SALAM. Kakchik belum pernah tukar lagi, sampai ke hari ni masih setia dengan ASSALAMUALAIKUM dan sekali-sekala menggunakan SALAM.
Biasanya maklumat paling cepat kita perolehi adalah di wall facebook. Itulah juga yang membawa kakchik kepada 2 artikel di bawah ni. Elok kita baca kedua-duanya agar selepas ini ilmu bertambah, kefahaman meningkat dan kita akan beramal dengan ilmu yang benar. Kakchik pun baru tahu sebab itu nak kongsikan di sini. Sebelum ini kakchik ragu-ragu jadi kakchik yakin dengan apa yang telah biasa kakchik amalkan sebelum ini.
ARTIKEL 1
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah: "Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yang buruk). (QS. 43:89)
baik gunakan... ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...
Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain. Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah saw. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.
Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda saw memberi salam dengan lafaz "Assalamualaikum" dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu "Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh".
Ringkasnya, baginda saw akan beri salam dengan ucapan - "Assalamualaikum" dan...Jawab salam - "Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh"
Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; "WAALAI KUMUS SALAM" dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; "WAALAI KUM SALAM"
Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata "Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye" contoh lerr... Dan bukannya: "Kirim salam kat ASHREE yer". Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti "Ko tolong kirim salam maut kat dia yer".
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!
Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan "Assalamualaikum" dengan "A'kum" dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan "Assalamualaikum" itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan "As Salam" yang membawa maksud sama dengan "Assalamualaikum".
Sumber: http://blogtokwan.blogspot.com/
Baiklah, takde apa pun yang pelik kan? Bagi kakchik tulisan itu ialah ulasan seorang pendengar tentang kaedah memberi salam yang semakin hari semakin diubahsuai oleh orang Islam di negara kita ni. Memang kakchik sangat tidak suka bila melihat perkataan yang tiada makna seperti ini:
- Akum
- A'kum
- Semekom
- Mekoselam
- S'kom
Yang kononnya ringkasan bagi perkataan ASSALAMUALAIKUM. Sebab itu kalau menulis SMS, kakchik gunakan SALAM kerana maksud yang kakchik faham, perkataan ini membawa makna antaranya ialah SELAMAT.
Baiklah kena baca pula artikel seterusnya barulah minda kita menjadi lapang.
ARTIKEL 2
Assalamualaikum, Beberapa hari kebelakangan ini tersebar artikel bertajuk JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM", yang dipanjangkan oleh orang yang berlainan. (juga di sini)
Mengapa sampai melarang menggunakan perkataan SALAM?
Perkataan SALAM atau AS SALAM tiada salahnya, malah merupakan salah satu Asmaul Husna. Saya tidak tahu siapa penulis asal artikel ini, yang sangat mengelirukan, kerana ramai yang telah copy & paste dan menyebarkannya. Yang pasti ia bukan bersumber dari Ustaz Zawawi, hanya kata-kata beliau digunakan dalam artikel ini.
Terjemahan ayatnya pun tidak lengkap...terus saja dimaksudkan SALAM itu sebagai SELAMAT TINGGAL...lalu diajak semua orang agar JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM".
Penulisnya menulis:
JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"
بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??
Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".
Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
فَٱصۡفَحۡ عَنۡہُمۡ وَقُلۡ سَلَـٰمٌ۬ۚ فَسَوۡفَ يَعۡلَمُونَ
Terjemahan ayat yang lengkap seperti berikut: (Tuhan menjawab rayuannya dengan berfirman): "Jika demikian, maka janganlah engkau (wahai Muhammad) hiraukan mereka, dan katakanlah: ` Selamat tinggallah! Kemudian mereka akan mengetahui kelak (akibat keingkarannya)! " (Az-Zukhruf 43:89)
Salam maksudnya selamat, dalam terjemahan ayat ini, "salam" bermaksud ucapan selamat tinggal, namun ia tetap sebagai doa keselamatan bagi mereka, agar di suatu masa mereka yang engkar itu akan sedar. Ini dikategorikan oleh ulama tafsir sebagai salam al-Musalamah/al-Mutarakah; iaitu bermaksud selamat tinggal. Sementara salam bagi orang-orang mukmin disebut sebagai salam at-Tahiyyah; iaitu bermaksud mendoakan keselamatan dan keamanan.
Mana boleh kita mengajak orang ramai agar jangan guna kalimah salam, sedangkan salam merupakan salah satu asmaul husna, dan banyak ayat-ayat yang menggunakan perkataan salam untuk mengucap takzim kepada para Nabi. Malah perkataan SALAM itu dari Allah SWT.
سَلَـٰمٌ۬ قَوۡلاً۬ مِّن رَّبٍّ۬ رَّحِيمٍ۬
Salam sejahtera dari Tuhan Yang Maha Mengasihani. (Yaa Siin 36:58)
Sebagai contoh, saya memetik beberapa ayat Al Quran:
وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ۬ فَحَيُّواْ بِأَحۡسَنَ مِنۡہَآ أَوۡ رُدُّوهَآۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَىۡءٍ حَسِيبًا
Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu. (An-Nisaa' 4:86)
إِذۡ دَخَلُواْ عَلَيۡهِ فَقَالُواْ سَلَـٰمً۬ا قَالَ إِنَّا مِنكُمۡ وَجِلُونَ
Ketika mereka masuk mendapatkannya lalu memberi salam dengan berkata: "Selamat sejahtera kepadamu!" Ia berkata: "Sesungguhnya kami berasa takut kepada kamu". (Al-Hijr 15:52)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰ نُوحٍ۬ فِى ٱلۡعَـٰلَمِينَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Nuh dalam kalangan penduduk seluruh alam ! " (As-Saaffaat 37:79)
سَلَـٰمٌ عَلَىٰٓ إِبۡرَٲهِيمَ
"Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!". (As-Saaffaat 37:109)
Penulis-penulis artikel ini menggunakan kenyataan Al Fadhil Ustaz Zawawi sebagai menguatkan hujahnya, sedangkan tiada kaitan perenggan yang pertama dengan kenyataan Ustaz Zawawi, malah menggunakan gambar Ustaz Zawawi lagi...sangat mengelirukan.
Kita sering berselawat dan memberi salam kepada Rasulullah SAW dengan ucapan,
الصلوة والسلام عليك يا رسول الله، الصلوة والسلام عليك يا حبيب الله
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Rasulullah..
Selawat dan SALAM ke atasmu wahai Kekasih Allah..
Allah SWT memerintahkan kita berselawat dan mengucap SALAM kepada Rasulullah SAW, maksud firman Allah SWT,
إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا
"Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah SALAM sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Al-Ahzaab 33:56)
“Tiga perkara yang boleh mengeratkan persahabatan dengan saudaramu iaitu memberi SALAM apabila bertemu dengannya dan menyediakan tempat duduknya dalam sesuatu majlis serta panggilah ia dengan nama yang paling disenanginya.” [Riwayat Al-Tabrani]
Adakah SALAM di sini bermaksud "SELAMAT TINGGAL"?
p/s: Untuk mendapat ayat-ayat yang menggunakan perkataan SALAM, sila layari www.surah.my, cari ayat guna keyword SALAM, tidak kurang 20 ayat terdapat perkataan SALAM.
Silakan Tag @ Share menggunakan artikel asal, agar saya boleh menjawab apa-apa persoalan berkaitan.
Oleh: Mohd Fadli Yusof
Bagaimana? Adakah berlaku pencerahan ke atas ilmu kita? ALhamdulillah... Terima kasih banyak kepada Ustaz Mohd Fadli Yusof yang telah sudi membuat pencerahan ke atas perkara yang mengelirukan ini. Semoga kita semua sentiasa berhati-hati ke atas apa juga perkara, berita atau isu yang timbul dalam masyarakat. Buatlah kajian yang lebih lanjut bila ada sesuatu yang berlaku di luar dari kebiasaan dalam amalan Islam.
Kita mesti menjadi orang yang bijak demi agama kita.
jadi isu benda ni kakchik kat blog beberapa minggu lepas. ramai yg duk copy paste artikel pertama tu. nadiah baca pun mcm pelik je. ni masalahnya kalau suka sgt nak copy paste/forward/share artikel tanpa usul periksa.
ReplyDeletesyukran ye kakchik share artikel ke-2 tu
mereka lebih kepada siapa yg memberi dan bukan pada apa yg diberi... kadang2 kena teliti abes2... tak boleh2 senang2 buat fatwa sendiri kan.. syikin pernah baca ler pasal emel berantai pasal benda ni..
ReplyDeletepersonally.. murid muslim kt tmpt syikin yg dtg dari berlainan negara ada bermacam gaya ler salamnya .. cth nya : dari iran : salam !! dari egypt : Salam'mualaikum W.B.T .. dan etc ...
so.. pada syikin personally.. erti kita ucapkan salam itu untuk mendoakan kesejahteraan .Fikir yg terbaik untuk anda ...
*** syikin teringat ttg seorang kenalan.. berasal dari serawak.. dia beragama kristian.. biasa memberi dan menjawab salam .. kerna ianya normal di sarawak.. begitu juga bila dia bekerja di overseas.. tp di semenanjung dia dicerca dan dipukul kerna memberi salam ..
@maaf ler kalau komen syikin takda kena mengena :D
kakchik, minta nak share artikel ni boleh?
ReplyDeleteAssalammualaikum kak chik..boleh tak sy kongsi n3 kakchik nih kat blog sy pula..sbb aritu mmg sy ada tanya kat blog dgn hrpn ada yg jelaskan tp semua pun ikut keliru..hrp ia dpt menjelaskan juga nanti...trm kasih atas perkongsian ilmu
ReplyDeleteassalamu 'alaikum,
ReplyDeletethanks for sharing...
skrg sy bertambah jelas berkenaan dgn isu ini... sy pun biasa gunakan 'salam' tu...
tp, pokok pangkalny niat kita... kita gunakan istilah tu biasany dlm sms or msg, tp klu dimulut kita tk melafazkan sebgitu... ada ke org dtg rmh kita, beri salam, ckp camnih : "akum, ada org kat rmh?"
Assalamualaikum,
ReplyDeletebetul tu, banyak kita baca yang di copy paste tidak tahu dari mana asal usulnya pun, rupanya terdapat percanggahan!
terima kasih atas pencerahan ini... saya datang dari blog ummu... terima kasih.. :)
Kakak kena ambil ini untuk paste di notice board surau tempat kakak. TQ.
ReplyDeleteassalamualaikum,
ReplyDeletesalam kenal dari ati
kita pun ada baca tentang ini
dan jadi keliru mana
yang betul dan salah...?
Salam.
ReplyDeleteTerima kasih dengan catatan ini kerana sy sendiri sedang bljr untuk mencari ilmu Allah dibumi-Nya. Semoga artikel ini membawa kita semua menuju Rahmat-Nya dengan terjawabnya maksud sebenar SALAM...
Salam...
ReplyDeleteTerima kasih di atas perkongsian ini, saya sendiri masih mencari-cari erti sebenar perkataan SALAM namun saya masih baru dlm mendekatkan diri kepada Allah kerana selama ini terlalu banyak perkara yang saya terlepas pandang dalam kurangnya kefahaman saya dengan Al-Quran, saya hanya membaca tanpa memahami maksud sebenar mahunya Allah...
tq kongsi2 yg ni..:)
ReplyDeleteSalam. Terima kasih atas pencerahan ilmu kak chik. Sangat informatif kerana selama ni orang cuma sebarkan artikel yang pertama aje. Thanx again kak chik..
ReplyDelete