Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Alhamdulillah selepas berfikir yang agak lama, akhirnya kakchik membuat keputusan untuk memilih blog KakChik's Wardrobe untuk dipindahkan ke domain sendiri iaitu kakchik.com . Sebelum ni kakchik ragu-ragu antara blog Keluargaku Sayang dan KakChik's Wardrobe.
Wajah blog KakChik's Wardrobe di blogspot. |
Hati telah bulat dan sekarang ini kakchik telah selesai memindahkan semua post dari KakChik's Wardrobe ke URL baru kakchik.com tapi masih banyak yang perlu dilakukan agar kakchik.com dapat berjalan dengan lancar. Maklum saja kakchik belum biasa dengan wordpress.
Dulu-dulu ada menggunakan wordpress tapi kakchik lebih selesa dengan blogspot sebab itu asyik bertangguh saja. Memang tak bagus sikap suka bertangguh ni sebab dah setahun sia-sia saja. Kakchik akan cuba untuk menulis dengan kerap sambil-sambil membiasakan diri dengan wordpress.
Insyaallah kakchik akan terus menulis tentang fesyen, aurat, berkongsi idea pakaian harian dan sebagainya tentang fesyen Islam di KakChik's Wadrobe. Nama blog tak tukar ya. Yang bertukar cuma URLnya. Kalau nak tengok, boleh je... sila ke kakchik.com .
Sehari dua ni mungkin tema blog akan berubah-ubah hinggalah kakchik dapat tema/template yang memuaskan hati. Semoga kali ni semangat makin berkobar untuk berkongsi cerita, ilmu dan pengalaman.
.
Tahniah atas penghijrahan baru kakchik....cam best jer ada dot comsendiri ya.
ReplyDeleteTerima kasih net. Harap2 best dan dpt pergi lebih jauh tapi byk nak kena belajar ni.
ReplyDeletesemoga terus sukses kakchik :)
ReplyDeleteinsyaallah dni. kalau ada masalah bolehlah kakchik rujuk dni ya. sebab dni dah lama sikit pakai domain sendiri kan?
ReplyDelete