Followers

15.3.11

Tak Suka Makan Petai

Tapi artikel ni kata petai banyak khasiatnya. Hmm... Kalian pula macamana? Suka atau tidak makan ulam petai ni? Cuba cerita sikit pengalaman masing-masing.

Sumber: Masak-Masak

Buah petai penuh khasiat

MUNGKIN tidak ramai yang meminati ulam Petai. Ada yang mengatakan baunya menusuk hidung. Namun tahukah anda Petai mengandungi pelbagai khasiat.

Anaemia

Petai mengandungi zat besi dan boleh menyemarakan pengeluaran haemoglobin (what is this) dalam dalam dan justeru boleh membantu pesakit yang kekurangan darah.

Tekanan Darah

Ulam tropika ini mengandungi bahan potasium yang tinggi tetapi kandungan garamnya pula adalah rendah. Oleh itu Pentadbiran Makanan dan Ubatan Amerika Syarikat (FDA) baru-baru ini membenarkan industri Petai menyenaraikan khasiatnya untk mengurangkan risiko tekanan darah dan serangan angin ahmar.

Tenaga Minda

Seramai 200 pelajar di Sekolah Twikenham Middlesex dibantu menjalani peperiksaan mereka dengan memakan petai semasa sarapan, masa rehat dan makan tengah hari. Kajian menunjukkan ulam yamg tinggi dengan potasium itu boleh membantu pembelajaran dengan membuat pelajar lebih awas dan segar.

Sembelit

Petai juga mengandungi serat dan boleh membantu menyempurnakan pembuangan air.

Gigitan Nyamuk

Jika anda digigit nyamuk cuba gosokkan bahagian dalam kulit petai pada bahagian yang digigit. Ramai dapati ia dapat mengurangkan lebam dan rasa gatal akibat gigitan serangga tersebut.

Kandungan Vitamin

Petai mengandungi zat vitamin B. Antara lain vitamin B boleh membantu mengamankan sistem saraf.

Kandungan B6 dan B12 dalam Petai juga boleh membantu mereka yang inging membuang tabiat merokok. Ini kerana bahan tersebut dengan bahan potasium dan magnesium dalam petai boleh mengurangkan keingingan untuk merokok.

Jelas Petai menawarkan pelbagai khasiat. Jika dibandingkan dengan buah epal, ia mengandugai empat kali lebih banyak protein, dua kali lebih banyak karbohidrat, lima kali kandungan Vitamin A dan dua kali kandungan vitamin lain.

Fuh, bukan main banyak tu khasiatnya tapi kakchik ni liat benar nak mencuba. Tang baunya tu yang paling kuat menghalang. 

8 comments:

  1. salam,kak chik..
    samalah..tang baunya tu yang buat liat nak mencuba.tapi ada sekali ar ain makan masakan kawan, cuba ckit.sedap juga rupanya..=)

    ReplyDelete
  2. http://kitchencolours.blogspot.com/2010/08/parkia-speciosa.html

    Weheeeeeeeeeee...boleh link survey pasal petai gak ni....hik3!!

    Ayu suke je petai....:)

    ReplyDelete
  3. wkslm ain. hehe, kakchik sekarang pun masih tak mampu nak mencuba buah petai ni. tapi ramai juga dlm famili yang suka. buah ubat.

    ReplyDelete
  4. takleh tahan kalau makan petai mentah....
    sakit perot... dulu makan gak petai nie tapi la ni... kurang sangat...

    ReplyDelete
  5. ni peberet en.suami, sy mkn jgk, tp lebih suka tgk en.suami mkn dari sy yg makan!:)

    ReplyDelete
  6. Ayu, ada buat survey ke? Untuk apa tu?

    ReplyDelete
  7. kulop ludin, agaknya kalau nak makan semula kulop ludin kena masak kot petai tu dengan bahan lain. baru tak sakit perut dimakan. kalau di rumah ummi kakchik, biasanya kami rebus petai tu kemudian ayah makan dgn budu.

    ReplyDelete
  8. rose, suami kakchik takdelah suka sangat makan petai ni tapi kalau takde ulam lain, dia makanlah sebiji dua. hehe, kakchik tak suka sangat bau mulut lepas makan petai ni. tapi mmg suka tengok dia makan macam rose juga.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs