Followers

8.3.11

Kuliah Bulanan Kakitangan Wanita Kelantan

Assalamualaikum dan salam ukhuwwah fillah.

Alhamdulillah... nyaman sekali udara hari ni. Sejak awal pagi hujan renyai-renyai turun membasahi bumi dan langit masih lagi kelihatan mendung hingga ke saat ini. Syukur alhamdulillah kerana Allah amat pengasih kepada hamba-hambaNya yang sudah beberapa lama kepanasan. Bila diturunkan hujan, kita semua berasa lega kerana tidaklah kerap sangat berpeluh yang menyebabkan ketidakselesaan kepada badan untuk bekerja. Berpeluh memanglah bagus tapi kalau terlalu kerap, kita pun tak selesa kan?

Hari ni orang lain sibuk nak meraikan Hari Wanita tapi kakchik tak tahu apa perasaan kakchik tentang sambutan ini. Rasa macam takde apa-apa yang istimewa. Biasa-biasa saja. Kalau nak bagi rasa istimewa mungkin petang nanti bila kakchik dan rakan-rakan sekerja dapat hadir ke program di bawah ni:



Setahu kakchik biasanya hanya kakitangan kerajaan yang dijemput ke kuliah bulanan ini tapi kali ni kami mendapat rezeki. Kami juga dijemput menyertainya. Bagi kakchik peluang ini adalah satu rezeki yang amat rugi kalau ditolak. Kalau ikutkan diri sendiri, rajin ke kita ke majlis-majlis ilmu secara sukarela? Mungkin ya, mungkin tidak. Walaupun apapun alasannya, peluang sebegini yang datang sekali-sekala je, rugilah kalau ditolak mudah-mudah.

Insyaallah petang nanti kami berempat kakitangan wanita Perpustakaan Dar Nur al-Zahra' akan menghadiri kuliah ini. Semoga kami akan mendapat banyak kebaikan dari kuliah yang akan disampaikan oleh Ust. Nor Azariza Mohd Alawi (Pegawai Halaqat Kota Bharu) yang bertajuk, "SEINDAH PERHIASAN DUNIA". Menarik sekali tajuknya dan setahu kakchik Ust. Ja adalah seorang pendakwah yang sangat disenangi kuliahnya.

Insyaallah kakchik akan kongsikan intipati dan gambar-gambar semasa di kuliah jika diizinkan Allah. Semoga segala urusan di pagi ini akan berjalan lancar.

4 comments:

  1. assalamu'alaikum kak chik,
    untungnya...! selalu tengok kuliah ustaz ja dalam youtube je...ehehe, ustaz ja ni kawan dengan zauj. sama-sama blaja :)

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.. ada kuliah macam ni.. kat kolej dni ada solat hajat perdana semalam ;)

    ReplyDelete
  3. Wa'alaikummussalam Syira. Alhamdulillah... kakchik beruntung, Syira pun beruntung juga. Ooo... kawan zauj Syira rupanya. Mesti dah pernah jumpa masa datang ke Kelantan kan? Kakchik tengok ustaz dari jauh je :)

    ReplyDelete
  4. Dni, yang paling bertuah ialah kakitangan kerajaan sebab setiap bulan mereka diwajibkan hadir ke kulaih ini. Kakchik baru kali pertama dijemput. Selain solat hajat, tentu ada program lain lagi kat kolej kan? Tentu best.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs