Followers

10.3.11

Perhiasan Dunia Yang Terindah

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

"Kamu sampaikan kepada perempuan yang kamu jumpa, bahawa taat kepada suami, dan mengakui hak-hak suami, sama pahalanya dengan berperang dan bertempur dengan musuh-musuh Islam di medan pertempuran, tetapi sedikit sangat daripada isteri-isteri yang menyempurnakan hak-hak suami mereka." (Hadis riwayat Al Imam Bazzar)

Salam pagi Khamis buat kalian semua yang mungkin di saat ini sedang melakukan pelbagai perkara demi meneruskan hidup sebagai hamba Allah SWT. Hari ni kakchik tak kerja, selalunya kakchik keseorangan di rumah, melakukan urusan rumahtangga. Tapi hari ini suami kakchik ada, dia bercuti sehari. Huhu, seronok tak terkata.

Rasa macam bolehlah praktik banyak-banyak apa yang telah kakchik kutip dari kuliah Ust. Ja semasa Kuliah Bulanan Kakitangan Wanita Kelantan pada hari Selasa lepas. Kita semua pun biasa dengar kan, SEBAIK-BAIK PERHIASAN DUNIA IALAH WANITA YANG SOLEHAH.

Bunyinya macam mudah saja nak jadi wanita solehah ni tapi hakikatnya susahlah juga. Kata ustaz, wanita solehah ni bila suami suruh, dia taat (selama mana suruhan itu tidak menyalahi perintah Allah SWT). Apa saja suruhan atau permintaan suami, terus saja dilakukan tanpa sebarang soalan, pertanyaan, alasan atau tangguhan.

Misalnya,

Cik Abe: "Nor, nak air."
Kakchik: "Ok Yang." Sambil terus ke dapur menyediakan air minum. Dah lama kahwin mesti dah tahu cik abe suka air apa dan waktu apa dia minum air apa. Jadi, tak banyak soal.

Jangan pula begini,

Cik Abe: "Nor, nak air."
Kakchik: "Air apa Yang? Tadi dah minum air." Masih berada di hadapan komputer, mulut saja bercakap, badan belum bergerak ke dapur.

Kalau kita biasanya melayan suami seperti situasi pertama, alhamdulillah... kita ada harapan menjadi wanita solehah. Tapi jika kita selalu sangat melakukan seperti di situasi kedua, alamat masih jauhlah diri kita dari martabat wanita solehah. Malah amat dekat dengan status derhaka pada suami pula. Na'uzubillah.


Ada orang pernah kata kepada kakchik, "Kenapa semua benda nak dahulukan suami? Manjakan sangat suami tu, nanti kalau berlaku apa-apa diri-sendiri yang susah." Hmm... pedih juga hati kakchik bila mendengarnya. Yelah, kakchik ni masih banyak kelemahan dalam tmelaksanakan amanah kakchik kepada cik abe jadi dalam apa juga hal kakchik cubalah nak utamakan dia.

Kakchik ni ada sifat degil yang kadang-kadang susah juga nak dilembutkan dan adakalanya sifat ini terjadi juga dalam hubungan kami suami isteri. Mudah memaafkan tapi sukar nak melupakan terutama perkara-perkara yang terlalu pedih dan mendalam. Walaupun dah lama selesai, ia tetap ada di sudut ingatan. Degillah tu. Degil takmau melupakannya. Tapi sifat degil ini juga yang turut menggalakkan kakchik agar terus berusaha agar cita-cita mahu menjadi isteri solehah wanita solehah ini tercapai. 

Kata ustaz lagi, isteri solehah ini bila dipandang oleh suami dia menggembirakan suami. Soalan ustaz kepada kami, "Bagaimana nak buat agar suami tidak sabar nak pulang ke rumah selepas habis kerja?" Maknanya hati suami tu bila nak habis kerja je terus teringat kat isteri dan rumahtangga bukan ingat nak singgah kat tempat lain. Hatinya membuak-buak nak balik dan terbayang-bayang wajah isterinya.

Cerita uztaz dia sangat tidak sabar untuk pulang ke rumah kerana setiap hari isterinya sangat kreatif semasa menyambut kepulangan beliau. Misalnya rambutnya selalu saja bertukar-ganti cara dandanannya. Kadang diikat ekor kuda, esok ditocang dua kiri-kanan, lusa ditocang tinggi di atas kepala. Sambil buka pintu isterinya  dengan wajah gembira kata, "Assalamualaikum Abang." dengan lambaian tangan. Fuh, dengan membayangkan saja dah cukup buat kakchik tersenyum.

Kakchik ada melakukan semua itu tapi tidaklah secara istiqomah. Nampaknya kena betul-betul istiqomahlah mulai sekarang. Anak-anak pun tak ada, memang Allah nak kakchik layan cik abe sungguh-sungguh ni. Honeymoon sampai bila-bila :) . Walaupun wajah kakchik ni tidaklah cantik tapi kakchik harapkan dengan akhlak dan layanan yang terbaik kakchik akan menjadi sumber kegembiraan pada cik abe.

Praktik, praktik, praktik dan terus praktik dengan penuh kejujuran, kesabaran dan kegembiraan. Kena ingat bila suami redha maka Allah akan redha.  Redha Allah amat penting jadi kot kot mana pun kenalah mendapatkan redha suami agar hidup di dunia dan akhirat aman bahagia. Biarlah cik abe rasa kakchiklah perhiasan miliknya yang boleh dibanggakan di hadapan Allah nanti.

(Tak dapat nak habiskan dengan 2 lagi ciri wanita solehah sebab ada kerja memanggil.)

9 comments:

  1. as salam kakchikku
    seindah hiasan adalah wanita solehah. bukan untuk suami semata, tetapi untuk REDHO ALLAH!kan kakchik???

    ReplyDelete
  2. aslmkm kakchik...suka tgk pic.tu..hehe..kalau pic tu saya & cik abe..tepi & tengah tu berderet2 lak..haha..
    terima kasih ats perkongsian.. kakchik bertuah sbb berdua tp saya bertuah sbb ber 6 & bakal ber 7...tp kdg2 tak sempat dandan diri ni..hihi..ala kadar jela...apa2pun sama2 kita beramal & berusaha menjadi isteri solehah..itulah idaman saya & semua wanita kan..:))

    ps : mnggu ni nak balik klate..:)..kalaule ada rezeki jumpa kakchik..tp jauh lak..hehe

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah....ayu berdoa agar kita semua yang mana adalah isteri & bakal isteri sentiasa meletakkan Allah swt No1 di dalam setiap perlaksanaan...Insya'Allah selepas itew....perhubungan kita dgn makhluk yang utamanya suami, akan menjadi tersgtlah mudah.Bagi ayu, setiap bakti atau khidmat kita ke atas suami, sebenarnya2 bukan semata2 hubungan antara kita dan suami... hakikatnya merupakan hubungan yang tersirat antara kita dengan Allah swt....menggembirakan suami, mentaati suami itu perintah Allah swt....jadi Ayu cuba utk tidak amik mudah dlm penjagaan suami...sbbb Ayu selalu ingatkan diri utk buat yang terbaik agar tidak malu jika utk di bawa dihadapan Allah swt utk diperhujahkan di akhirat kelak.....sbb ayu hamba yg lemah & serba kekurangan.Ayu bukanlah isteri yg solehah....sbb utk itu perjalanan Ayu masih jauh....tapi Insya'Allah akan kita sama2 usahakan...

    Ada tip AYu nak shre...nanti ayu msg k.:) Ini tip dr ustaz, nenek n mak ayu sendiri....kene send byk kali sbb byk ngat..he3! Yg tu P&C taauuuuu :)

    ReplyDelete
  4. mm Tadi ada sent, agak2nya character terlebih kot tak masuk....hu33!!! Letih dok naip.....

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam rose. Iya rose. Untuk mendapat redha Allah kena dapat redha suami dulu. Isteri solehah ialah wanita yang solehah.

    ReplyDelete
  6. Wa'alaikummussalam Anna. Kakchik pun sukakan pic tu. Puas mencari pic yang sesuai dlm internet, akhirnya jumpa yang itu. Kita sama-sama bertuah sebenarnya. Sama ada berdua atau berenam, yang penting kita tetap menjadi isteri yang solehah. Bila ada anak-anak lagilah besar ganjarannya kerana nak mengutamakan suami bila ada anak ni cabarannya lagi besar.

    ps: moga Allah izinkan kita bertemu.

    ReplyDelete
  7. Ayu, sebetulnya apa yang Ayu telah dan akan lakukan itu adalah yang terbaik. Memang itulah yang benar. Mentaati suami kerana kita mencintai Allah. Bila dari awal perkahwinan kita telah praktikkan, insyaallah tiada apa yang susahnya. Tapi masih belum terlambat jika baru dapat kesedaran dan mahu memulakannya. Yang penting, redha suami, redha Allah.

    ps: tips tu kakchik dah baca dlm email. Terima kasih banyak ya.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs