Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tadi kakchik ingat taknak kongsikan artikel ni di blog tapi bila difikirkan semula, terasa ada baiknya kakchik berbuat demikian. Mungkin ramai lagi tetamu blog yang tidak tahu, kurang tahu, tidak faham, kurang faham, atau langsung tidak tahu tentang hal hukum-hakam ni, tambah-tambah pasal fotografi. Bila kita Islam maka segala yang kita buat kenalah pastikan selari dengan hukum-hakam Islam. Mana boleh main taram je. Asal hati kita suka, salah di sisi agama pun kita nak buat juga. Mana boleh...
Sumber: Photobucket |
Jadi, marilah ambil tahu pasal hukum-hakam fotografi dalam Islam. Artikel ini kakchik salin tanpa edit dari forum Digitalmukmin.com di facebook. Untuk makluman, Digitalmukmin.com tu ialah laman milik Ustaz Azhar Idrus. Kalau tak kenal Ustaz Azhar Idrus, cuba cari dalam Youtube, pasti jumpa.
Apa hukum kita mengambil gambar model2 yang mendedahkan aurat (model wanita terutamanya).
Jawapan : Haram samada model lelaki, wanita atau khunsa.
Lepas shoot kite sebarkan dengan upload dalam Facebook, or mane2 forum. Adakah kita turut mendapat dose dalam kes penyebaran gambar2 sebegini rupa?
Jawapan : Setiap yg haram dilihat maka haram pula diperlihatkan kpd org lain samada dimuatkan pd majalah, akhbar, internet dll. Selama mana gambar2 tersebut belum di delete, maka selama itulah potografer mendapat saham dosa.
So ape pendekatan kite sebagai rakan2 photografi dalam menanggani masalah sebegini rupa?
Jawapan : Kembali kpd Islam samada kita ni fotografer atau siapa saja dengan mendalami ilmu agama dan sebarkan kpd orang lain atas nama dakwah. Tunjukkan kpd orang lain bahawa gambar yg cantik tak semestinya model atau yg haram. Islam tidak menghalang fotografi cuma mengawalnya sahaja agar tidak melampaui garis panduan agama.
wallahua'lam
Senang nak faham kan? Bila dah faham, jom lah kita bertindak segera. Jangan bertangguh kerana lama-lama tak menjadi. Syaitan paling suka memujuk kita agar menangguhkan dari melakukan amalan kebaikan. Perasan tak bila kita rasa nak solat awal, ade je perkara yang kita rasa nak buat. Patut solat Isyak jam 8.30 malam jadi jam 12 malam. Buat dalam keadaan mengantuk, susah nak khusyuk.
Pasal fotografi ni, kakchik nak semak gambar-gambar dlm blog-blog kakchik. Rasa macam ada je gambar yang tak menutup aurat. Kena buang segera. Kasihan tuan punya badan dan para pembaca yang melihat. Jom bertindak!
terima kasih kak chik ats info...=D
ReplyDeletemaknanya gambar artis2 yg krg sopan pakaiannya x leh upload laa yea ..
ReplyDeletehari tuu tertanya2 juga tapi x cari sbb ada jea halangan terjadi ..
terima kasih untuk info nie kak chik =)
terima kasih kakchik atas perkongsian ini :) bab saham yang tak sedar tu macam scary tu. ingat macam takde, tup tup kena tahan sebab ada. huhuhu. nauzubillah...
ReplyDeletejom2..kakchik...kita mulakan langkah pertama...
ReplyDeleteAssalamualaikum Kak Chik....
ReplyDeletenak minta izin utk share ilmu ini dalam blog saya boleh tak...?? TQ
Assalamualaikum...
ReplyDeleteKakchik..thanks for d info ye... :)
thanks kakchik for the info :)
ReplyDeleteAssalamualaikum kakchik,
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsihan ini yea, insyaallah lepas2 ini Yan akan lebih berhati-hati dalam memaparkan sebarang gambar, sama ada gambar sumber google images ataupun gambar artis.
www.yanmieonline.com
Alhamdulillah...
ReplyDeletesentiasa beringat2 bab berkongsi saham akhriat ni...kadang2 sebagai manusia, terlanjur juga
kena baca balik entri2 mcm ni..utk kesedaran diri sendiri..
dah share kt fb
terima ksih kak chik :)
ReplyDeleteMiss Fadhilah: Sama-sama.
ReplyDeleteZqah Ismail: Iya, begitulah. Gambar sesiapa saja, kalau tak sempurna tutup auratnya tak elok diupload utk tatatpan umum. Sama-sama kita elak.
LeeN: Sama-sama LeeN. Itulah, kadang kita ingat kita dah buat yg terbaik rupa-rupanya terbuat juga yg kurang baik tu secara tak sengaja.
Kodama: kakchik dah bersihkan semuanya semalam. Alhamdulillah.
Faradilla Rashid: Wa'alaikummussalam warahmatullah wabarakatuh. Silakan dik.
Teja Suraya: Wa'alaikummussalam Teja. Sama-sama. Semoga kita dapat ambil iktibar.
sizuka[izzati]: you are welcome my dear sister.
Yanmie: Wa'alaikummussalam Yan. Samas-sama. Baguslah macam tu. Kalau nak lagi bagus Yan, boleh delete mana yang telah diupload agar setakat itu saja silap kita.
Kak Kujie: Betul kak. Kakchik pun ada juga terbuat hingga orang lain pula yg dapat dosa. Alhamdulillah cepat dpt teguran.
putrifarish87: sama-sama dik putri