Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Apa khabar teman-teman semua? Di hari Ahad ni ramai yang menghabiskan masa di rumah atau keluar membeli-belah kan? Tapi kakchik bekerja hari ni, begitu juga dengan orang lain yang tinggal di Kelantan, Kedah dan Terengganu. Selamat bercuti di hujung minggu kepada yang bercuti dan selamat menjalankan amanah bagi teman-teman yang kembali bekerja pada hari ni.
Mood kakchik untuk online ni kurang sedikit kerana masalah capaian internet yang semakin teruk kebelakangan ini. Kalau dilihat pada jalur coverage yang banyak sederet tu kononnya macam laju je tapi hakikatnya nak buka yahoomail pun tak boleh. Eh, bukan tak boleh tapi mengambil masa loading yang sangat lama. Buang masa saja untuk menunggu jadi kakchik cuba beberapa kali tak dapat, terus tutup. Agaknya beratus-ratus dah email dalam inbox tu.
Di zaman perhubungan serba canggih ni kadang-kadang berlaku salah faham akibat daripada masalah teknikal pada talian internet. Ada pelanggan pernah marah kerana emailnya tidak berbalas walhal email tersebut telah secara tak sengaja masuk ke dalam SPAMbox. Ada pembekal tertunggu-tunggu balasan walhal kakchik pula tertunggu-tunggu email dari mereka. Masalah timbul gara-gara email tak masuk ke Inbox tapi masuk SPAMBox. Bila masa loading perlahan, email sekarang pula banyak imej grafik dan animasi maka berlakulah crash dan seumpamanya dan kadang-kadang secara tak sengaja terpadam segala kandungan di dalam Inbox atau Spambox. Nasib...
Itulah yang berlaku pada kakchik beberapa hari lepas. Naik geram juga dibuatnya tapi nak buat macamana kan? Bila dah terpadam, lepas tu terpaksa pula restart browser malah kena restart komputer juga, segala data sudah hilang di alam maya tanpa dapat dijejaki lagi. Aduh, parah sungguh. Yang paling kakchik fikirkan ialah email para pelanggan dan para pembekal yang tentu ada di dalam inbox atau spambox kakchik. Lepas ni kakchik kena perkasakan penggunaan gmail lah pulak. Makin canggih yahoomail ni makin seksa pula dibuatnya.
Nasiblah bila kita menggunakan alat buatan manusia, pastilah ada cacat-celanya. Kena bersabar ajelah nampaknya sambil mencari alternatif yang lebih baik.
No comments:
Post a Comment
Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.