Bismillahirrahmanirrahim dan assalamualaikum.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana sekali lagi kita diberi peluang untuk hidup. Semoga peluang yang ada ini kita dapat manfaatkan sebaik-baiknya untuk amal makruf nahi mungkar demi masa depan kita di akhirat nanti.
Hari ni sambil-sambil kakchik memeriksa akhbar online, kakchik terbaca satu berita mengenai Sdr. Azmil Mustafa, bekas seorang pelakon terkenal satu masa dulu. Kakchik paling ingat beliau dari filem 'Ali Setan' yang dilakonkan bersama Fauziah Ahmad Daud.
Dulu lain sekarang jauh lain. Azmil Mustafa hari ini sudah tidak lagi terlibat dengan lakonan tapi kini lebih kepada keagamaan. Alhamdulillah. Dalam mStar Online hari ni Azmil Mustafa memberikan pandangan beliau tentang sukarnya menjadi mukmin sejati selagi di dalam dunia artis.
Ini beritanya:
Keluarga Azmil Mustafa. Sumber: Utusan Online PETALING JAYA: Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis.Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan."Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan."Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.Tambahnya: "Saya menganggap situasi ini sebagai lumrah hidup. Jadi, saya perlu berhati-hati dalam menjaga tingkah laku."Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan."Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka."Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.Sejak berubah, dia membawa diri ke Syria dan menetap di sana bersama-sama keluarga selama lima tahun.Menyentuh tentang perancangan masa depan, Azmil yang kembali ke negara ini sejak lima bulan lalu memilih untuk menetap di sini selama-lamanya."Saya akan melakukan kerja yang menjurus ke arah kebaikan dan terlibat dengan pertubuhan yang bergerak secara bebas."Saya merancang untuk melakukan sebuah majlis dengan media untuk menceritakan tentang pengalaman saya selama berada di Syria," ujarnya yang turut mengakui hilang punca pendapatan sepanjang lima bulan kembali ke negara ini.Dia yang baru menjalani pembedahan jantung akui sering menghadapi masalah kesihatan."Saya tetap bersyukur dengan kurniaan Allah dan setelah menjalani pembedahan jantung, doktor menasihatkan saya agar tidak terlalu aktif dan banyak berehat di rumah."Bagaimanapun, saya akan meluangkan masa jika dijemput memberikan usrah dan berkongsi pengalaman yang dilalui sebelum ini. Saya akan cuba bawakan perspektif yang kontemporari seiring dengan dunia sekarang," jelasnya.
Salam kak chik..Alhamdulillah, moga2 Allah terus memberi hidayah kepada sahabat2 Ustaz Azmil yang lain..kawan saya di Syria pernah memberitahu terserempak dengan keluarga Ustaz Azmil di sana..Alhamdulillah, katanya Ustaz Azmil memang berhajat dan berharap ada yang memakai niqab di kalangan familynya..dan Alhamdulillah Allah makbulkan hajatnya itu..Allahu Akbar~
ReplyDelete~hidayah itu milik Allah, diberi pada hamba2NYA tanpa kita ketahui siapa, bila dan bagaimana~
~moga kita sama2 terus istiqamah dalam mencari redhaNYA~
love,
ummuajwad@sakinah ^^
betul jugak tu.. sukar untuk kita ke johor jika jalannya ke perlis.. (",)
ReplyDeleteYa Allah...faeez suka sgt dgn penampilan Azmil Mustafa sekrg...
ReplyDeleteThanks KakChik. Your blog is a truely reminder blog pada yang leka.
ReplyDeleteHubby reen selalu terserempak dgn azmil mustapha di markas tabligh sri petaling.
ReplyDeleteWkslm Ummu Ajwad. Terima kasih atas perkongsian maklumat. Kita sama-sama syukur bila seorang artis kembali ke pangkal jalan dan kini beramal dengan Islam sebaik-baiknya termasuk ahli keluarganya. InsyaAllah bila kita yakin dan berkehendak, Allah akan menolong kita.
ReplyDeletefuad, pandai juga buat analogi ya.
ReplyDeleteFaeez, kakchik pun sama.
ReplyDeleteSama-sama ComeyBelako. I hope I've done something good by blogging sis because this is one of the best tool for sharing Islam with others.
ReplyDeleteKittun @ Reen, MashaAllah, maknanya Azmil Mustafa ini sudah jauh meninggalkan dunia artis dan dekat dengan dunia dakwah. Alhamdulillah.
ReplyDeleteAssalamualikum kakchik... sya amat bangga dan terharu diatas penghijrahan beliau, Alhamdulillah. Sya juga amat meminati beliau.
ReplyDeleteBagaimana cara untuk sya hubungi beliau sekiranya ada permintaan untuk beliau memberi tazkirah dan usrah di madrasah kawasan sya?
Wa'alaikummussalam Masmida.
DeleteSama-samalah kita membantu beliau sekeluarga dgn galakan dan dorongan yg baik. InsyaAllah penghijrahan beliau untuk selama-lamanya. Kakchik minta maaf sebab takde maklumat untuk berhubung dgn beliau. Mungkin boleh bertanya kpd pihak media PAS seperti Harakah.
Alhamdulillah
ReplyDelete