Followers

14.12.09

Ani Sup Utara

Assalamualaikum dan salam pagi ceria semua.
Pernah dengar tak nama ANI SUP UTARA tu? Itulah nama restoran francais kalau tak salah kakchik yang menunya banyak dari jenis sup. Buat kali pertamanya minggu lepas kakchik dan rakan-rakan sepejabat makan tengahari di restoran tu di Berek 12. Jadi hari ni kakchik nak kongsikan gambar-gambar semasa kami ke sana sebagai pengisi ruang blog kakchik sementara kakchik menduduki peperiksaan akhir. Oh, harap teman-teman maafkan kakchik sebab dalam minggu ni kakchik tak janji dapat berziarah ke blog teman-teman, masa agak suntuk.
Jadi, silakan menjamu mata di restoran Ani Sup Utara yang menarik dan agak selesa.

papan tanda restoran, cantik.



sudut sarapan, layan diri.


bahagian kaunter restoran


pengunjung yang menunggu hidangan, lapar hehe.


minuman dan makanan yang dipesan dan sampai, cepat dan cekap servis mereka, 4 *


nasi ayam, dila punya


bihun sup, kakchik dan kakmar punya. semangkuk sorang la kan.


dekorasi yang cantik dengan khat bertulis ALLAH dan MUHAMMAD - harap-harap pengunjung yang datang tak membuat maksiat kat dalam restoran tu sebab insaf melihat nama ALLAH dan NABI MUHAMMAD s.a.w


bergambar kenangan sebelum balik ke pejabat, entah bila pula nak pergi makan di situ lagi?

Kami ni dah berjanji kalau boleh sebulan sekali nak makan tengahari sama-sama di luar. Selain dari mengenali tempat-tempat makan yang bagus, kami juga boleh melihat sendiri pembangunan yang berlaku di sekitar Kota Bharu. Lagipun kakchik dapat kongsikan maklumatnya kat sini dan kawan-kawan yang datang ke Kelantan bolehlah mencubanya. Kakchik rasa restoran ini boleh diberi 4* kerana makanannya sedap, suasananya bagus, dekorasinya menarik dan senang dikunjungi. Jika berminat nak cuba makanannya kalian boleh cari restoran ni di pekan Berek 12, Kota Bharu.

12 comments:

  1. bullet selalu makan kat ani sup ni...kalau xkat shah alam, g kat medan mara...selalu menu sure bihun sup ataupun nasi ayam, sup daging...mmg sedap la kat sini...

    ReplyDelete
  2. Salam Kakchik..
    Memang sedap makan di Ani Sup Utara. Tapi kata Abah Ted tu cara selera org luar..heee.. satu lagi cawangan akan dibuka di Kubang Kerian. sederet dgn Pizza Hut Kubang Kerian depan HUSM.

    ReplyDelete
  3. hore~ zam dah ade kat kelantan
    leh cube nih

    ReplyDelete
  4. Salam Kak Chik

    Nanti balik nak jumpa, bagus juga Kak Chik selalu up date tempat-tempat makan di Kelantan.

    Mudah bagi perantau macam saya yang balik sekali sekala nak cuba dan mencari tempat makan yang best

    Nanti jemput ke blog ya.

    ReplyDelete
  5. Salam.. nmpk mcm super special.. ;)
    msa round2 kelantan, xperasan kedai ni.. mgkin xlalu dpn tu..

    ReplyDelete
  6. bullet, sedap kan bihun sup dia. kakchik terasa nak ke sana lagi lah.

    ReplyDelete
  7. wkslm ted. memang selera utara bukan selera kelantan tapi skrg ni org kelantan pun adventure juga kan. wah, kalau buka cwgn di kk, makin dekat dan mudah nak dikunjungi.

    ReplyDelete
  8. zam, kalau cuti panjang, boleh la round KB cuba2 makanan di pelbagai restoran dan kopitiam yg baru. tentu puas hati.

    ReplyDelete
  9. Wkslm Masayu. Huhu, insyaAllah kalau diizinkan Tuhan, boleh la kita jumpa. Memang niat pun gitu juga, nak tolong sebarkan maklumat ttg tmpt menarik utk shopping, makan2 dan cari ilmu. Nanti kakchik singgah di blog Masayu.

    ReplyDelete
  10. Wkslm awrapurnama. Nak kata super special tu tak beranilah pulak, hehe tapi special kot. Kedai ni di Berek 12 dik, kalau lalu jalan tu tentu nampak. Depan MAKSU NAB NASI AIR.

    ReplyDelete
  11. salam,saja la nak mencelah sy dah try dah anisup utara byk beza dulu dan sekarang..rasanya sgt lari dari dahulu...kuah cair..ada satu kedai sup baru bukak di shah alam seksyen 9,belakang concord ,dia tumpang kedai org je,belakang cili merah kalau tak silap nama dia "Bihun sup jam besaq,sg petani mai"!perggg! sup dia jgn cite la..kalah ani ooo..korang tak caya try dulu..nanti bagi komen sini

    ReplyDelete
  12. wkslm hadryboyz. terima kasih sudi komen. kakchik pun rasa komen hadryboyz ada benarnya. mungkin juga kualiti ASU makin menurun kerana bbrp masalah yang mereka alami. pihak ASU patut ambil berat hal tukang masak yang mampu kekalkan kualiti makanan sebab pelanggan macam kita akan lari bila merasa makanan tidak sesedap sebelum ini.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs