Followers

13.7.11

Umrah: Impian yang belum tercapai

Sumber: Steps Toward Mardhatillah

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam kasih-sayang kepada semua teman-teman di mana saja berada. Terima kasih banyak kepada para tetamu yang sudi singgah untuk membaca di blog keluargaku Sayang ini. Kakchik amat menghargai kunjungan kalian lebih-lebih lagi jika kalian meninggalkan komen. Cuma maafkan kakchik jika masih ada komen yang tidak sempat dibalas. Situasi kakchik sekarang tidak menjanjikan masa yang agak lapang untuk membalas komen terutama bila komen tersebut memerlukan jawapan yang waras dan perlukan masa berfikir.

Apapun, kali ni kakchik nak menulis sedikit tentang harapan kakchik yang belum mampu dicapai iaitu melaksanakan umrah. Nak naik haji itu masih dalam perancangan beberapa tahun tapi umrah ini memang kakchik sangat bercita-cita untuk melakukannya dalam tahun ini. Namun... Allah lebih tahu dan lebih maklum apa yang terbaik untuk diri kakchik ni. Apatah pula sekarang ni kakchik sedang menghadapi masalah yang agak besar. Malu nak cerita kat teman-teman di sini tapi hanya beberapa orang yang terdekat, suami dan ahli keluarga sahaja yang tahu. 

Kakchik yang bermimpi pergi umrah, yang confirm pergi ke sana hujung bulan ini ialah Umi dan Ayah kakchik. Alhamdulillah bagi pihak mereka berdua yang sebenarnya merancang untuk menunaikan haji kali kedua tapi faktor kesihatan dan umur yang kini masing-masing melepasi 60, Umi kini 66 dan Ayah kini 75 menyebabkan mereka memilih untuk melaksanakan umrah dulu. Lagipun nama mereka kalau tak silap masuk senarai haji tahun 2012. Agaknya mereka bimbang tidak sempat. Kalaulah kemampuan kakchik stabil insyaAllah ingin sekali pergi bersama cik abe dan mereka berdua. Dapatlah kakchik membantu mereka sepanjang di sana.

InsyaAllah hujung bulan ini Umi dan Ayah akan berangkat ke Madinah dulu untuk mengerjakan umrah selama 2 minggu dan sempatlah mereka mengambil pengalaman berumrah semasa Ramadhan untuk beberapa hari yang awal. Alangkah seronoknya... Dalam hati kakchik ni, kalau kakchik tak dapat pergi, cik abe seorang pergi pun tak apa. Boleh kirim doa dan sekurang-kurangnya tenaga lelakinya boleh juga dimanfaatkan untuk membantu Umi dan Ayah sepanjang di sana. Tapi... hakikatnya kami berdua tidak mampu.

Jika masalah berjaya diselesaikan, bolehlah kakchik memulakan pelan kedua bagi membolehkan tabung haji & umrah kami meningkat. Kami masih muda cuma kakchik je yang kerap tidak sihat tapi tiada penyakit yang takde ubat kan? Kecuali tua dan mati. Itupun pada kakchik bukanlah satu penyakit tapi satu takdir kehidupan. Tapi, insyaAllah dengan rahmat Allah kita akan menjadi ahli Syurga, kita semua akan sentiasa muda dan sebaya. Mungkin pada diri kakchik ini masih banyak yang perlu dibaiki, ditingkatkan, diubah dan sebagainya sebagai persiapan untuk menunaikan umrah atau haji. 

Jadi, bulan ini belum masanya. InsyaAllah akan ada peluang lagi di masa hadapan. InsyaAllah.

2 comments:

  1. Assalamualaikum,
    Alhamdulillah, tercapai juga hasrat mereka untuk umrah. InsyaAllah, ada rezeki, panjang umur giliran kakchik pula.

    Niat nak pergi tu pun dah dapat pahalanya. Kalau tak sampai, belum sampai jodohnya tu. InsyaAllah, sama-sama kita doa akan sampai di sana. Bukan kakchik seorang nak pergi sana, boleh kata semua umat Islam nak pergi. Jom kita menabung ramai-ramai dan pergi ramai-ramai

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikummussalam anyss.
    Alhamdulillah... kakchik pun gembira umi dan ayah dapat juga menunaikan umrah tahun ni. InsyaAllah anyss, kakchik memang sedang berusaha untuk ke sana juga nanti.
    Jom, jom kita terus menabung untuk tunaikan haji dan umrah. Mana tahu kot2 kita akan bertemu di tanah suci kan anyss?

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs