Setiap hari kita digalakkan untuk memuhasabah diri kita ataupun orang Melayu kata, menghitung dosa pahala yang kita telah buat sepanjang hari. Biasanya kita digalakkan memuhasabah diri sebelum kita tidur kerana di waktu itu kita sudah tidak lagi melakukan sebarang aktiviti.
Sebenarnya menghisab diri dengan memikirkan berapa banyak amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan pada hari tersebut boleh mengingatkan kita akan tugas dan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini. Tapi, kita lupa dan kita jarang ingat untuk muhasabah diri kita. Kakchik pun sama juga.
Di saat tekanan hidup terasa makin berat, muhasabahlah diri agar kita kembali ingat siapa diri kita, di mana kita berada dan ke mana kita menuju.
Jazakillah khairan kak chik sayam :X
ReplyDeletesuka kata2 ni..
ReplyDeletesiapa diri kita, di mana kita berada dan ke mana kita menuju..
syukran kerana mengingatkan..
Afwan syikin.
ReplyDeleteFuad, terima kasih. Ilham dari Allah jua.
ReplyDelete