Assalamualaikum dan selamat petang.
Sebenarnya kakchik sekadar nak berkongsi maklumat je. Dari pagi tadi kakchik tak dapat masuk ke dalam akaun Blogger kakchik. Entah berapa kali dah kakchik cuba tetap juga tak dapat masuk. Ingatkan ramai yang mengalaminya rupanya tidak. Ade je kawan-kawan blogger lain yang dapat masuk.
Beberapa minit lepas kakchik cuba sekali lagi. Tak ingat dah kali ke berapa tapi dengan perlahan-lahan dapatlah juga kakchik masuk ke akaun kakchik. Huhu, patutlah... rupa-rupanya Blogger naik taraf lagi. Ada sedikir perbezaan dengan yang sebelum ni. Yang sebelum ni pun sebenarnya Blogger versi baru tapi yang sekarang ni laaaagi baru.
Ok, ini laman pertama bila berjaya masuk.
Sila klik untuk imej lebih besar. |
Sebelum ni senarai blog kepunyaan kakchik ada disusun di sidebar kiri tapi kali ni dia susun kat tengah pulak. Rugi pula tak PrtSc rupa Dashboard kakchik yang sebelum ni, takdelah susah-susah nak terangkan.
Ini pula bila nak klik Dashboard untuk satu-satu blog, dia ada drop-down menu.
Sila klik untuk imej lebih besar. |
Pastu, semua blog yang kita Follow pula disenaraikan di bahagian bawah sekali dalam laman Dashboard utama ni. Nampak macam Blogger guna kaedah Frame untuk buat laman ni. Sesiapa yang buka Dashboard nampak sama dengan kakchik tentu tahu apa yang kakchik maksudkan.
Sila klik untuk imej lebih besar. |
Bila kakchik klik ikon rumah tu dapatlah masuk ke Dashboard blog Keluargaku Sayang.
Sila klik untuk imej yang lebih besar. |
Terasa agak kekok dan susah sikit menggunakan versi baru ni tapi alah bisa tegal biasalah kan? InsyaAllah lepas ni akan mahir juga. Cuma kakchik harap, Blogger janganlah selalu-selalu begini. Nak update blog awal-awal jadi lewat petang pulak.
assalammualaikumsalam kak chik..
ReplyDeletealhamdulliah blog akak tak ada apa-apa tapi blog barang lama dah jadi macam tu dari bulan lepas lagi
wa'alaikummussalam kak ina. agaknya sebab blog akak dan pakai domain sendiri tu yang tak terkena tu. tapi, lama sangat tu blog barang lama bermasalah kalau 2 bulan kak.
ReplyDelete