Followers

21.7.11

Alhamdulillah Telingaku Masih Mampu Mendengar

Alhamdulillah... terima kasih ya Tuhanku kerana Engkau masih izinkan telingaku mendengar.
Aku boleh mendengar laungan azan di subuh hari.
Aku masih mendengar deringan jam mengejutkan aku bangun dari tidur yang lena.
Aku masih mendengar panggilan suamiku agar bersegera mensucikan diri untuk mengadap-Mu.
Aku gembira mendengar kicauan burung yang riang di sekeliling rumahku.
Aku sayu mendengar Tok Guru mengajar di masjid kampungku.
Aku syukur ya Allah, kerana telingaku masih mampu mendengar.



Alhamdulillah... terima kasih ya Allah kerana Engkau masih rahmatiku dengan telinga yang sihat.
Aku mahu manfaatkan ia lebih banyak mendengar yang baik-baik berbanding yang buruk.
Aku mahu segera jauhkan ia dari mendengar umpat keji dan adu domba.
Aku biarkan ia mendengar hilai tawa dan gurau senda anak-anak kecil yang sering ke rumahku.
Aku rela ia mendengar merdu suara suamiku membaca ayat-ayat suci-Mu.
Aku redha telingaku mendengar bacaan ayat-ayat-Mu di radio, di tv, di vcd apatah lagi di internet.
Aku syukur ya Allah, kerana telingaku masih mampu mendengar.



Alhamdulillah...
Malam ini walau tidak lama, aku mahu sepasang telinga ini lebih banyak meluangkan masa
mendengar bacaan ayat-ayat suci al-Qur'an
sepanjang aku melakukan beberapa kerja
semasa aku membalas mesej teman-teman
semasa aku berbual dengan suamiku
aku tetap mahu telingaku yang sepasang ini
sentiasa mendengar keindahan wahyu
kerana aku di saat ini tidak mampu membacanya.
InsyaAllah hanya untuk sementara saja.

Terima kasih Ya Rabb.


Nukilan spontan: HambaMu yang hina.

6 comments:

  1. spontan tapi menyusuk sanubari kak Chik :)
    alhamdulillah atas nikmat anggota tubuh badan yang sempurna.

    dapat ilham dari "senyap sungguh suaranya" kah? ^_^

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Latifah. Entahlah ilham dari mana puncanya. Yang pasti Allah yang menggerakkan hati, mata dan jemari untuk meluahkan. Inilah hasilnya.

    ps: boleh jadi

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Aminnnnn
    sama-samalah kita doakan ya.

    Kita juga masih perlukan "rasa" nan indah, untuk lebih syukuri segala apa yang ada.

    ReplyDelete
  4. Kakchik syg... syikin suka sangat apa kak chik coretkan.. bagai mempunyai perasaan yg sama jer :p ...semoga kak chik baik2 saja yer :) ..

    psstt kak chik semalam jumpa yb khalid samad n wife dia... humble sungguh... wife dia simple sangat2 bersederhana sungguh.. dengan jubah polos dan tudung biasa saja.. sungguh simple dia orang :)

    ReplyDelete
  5. Wa'alaikummussalam anyss. Terima kasih ya. Memang betul, 'rasa' pun kita perlukan. Puisi ini hanya luahan spontan kakchik bila mana telinga kakchik asyik dimomokkan dengan pelbagai bunyian yang mampu melalaikan.

    ReplyDelete
  6. Syikin, terima kasih ya. Kakchik main tulis je, luahkan terus apa yang terasa di hati di saat itu.

    ps wah... peluang yang baik tu. kakchik belum pernah lagi berjumpa dgn beliau mahupun isteri beliau. tenu syikin teruja tu.

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs