Followers

8.7.11

Kuliah Jumaat: Segala Perbuatan Bermula Dengan Niat

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum dan salam Jumaat yang penuh berkat untuk semua. Apa khabar teman-teman semua hari ni? Kakchik alhamdulillah semuanya sihat kecuali batuk yang masih belum pulih sepenuhnya. Tapi hari ni batuk kakchik tidak lagi begitu mengganggu kakchik melakukan kerja. Alhamdulillah.

Gerai tudung lelong RM10 sahaja.

Ini yang Umi beli untuk adik-adik.

Hari ini hari cuti umum bagi Negeri Kelantan dan secara tak langsung ialah hari ilmu bagi kami semua. Seumpama satu tradisi di negeri ini pada hari Jumaat sebahagian besar rakyatnya akan berbondong-bondong membanjiri majlis-majlis ilmu sejak malam Jumaat lagi. Hampir serata negeri mengadakan kuliah-kuliah agama sama ada di surau, masjid, pondok-pondok dan ada juga di rumah-rumah persendirian. Alhamdulillah.

Minggu lepas kakchik bersama Umi dan Adik ada juga pergi ke Dataran Ilmu di Kota Bharu semasa kuliah jumaat, sayangnya kami tidak dapat mengikuti sepenuhnya kuliah tersebut kerana mungkin niat kami yang bukan betul-betul mahu mendengar ilmu. Ya, minggu lepas kami mahu ke Dataran Ilmu lebih kepada mahu membeli-belah kerana khabarnya para peniaga Bazaar MPKB sedang mengadakan jualan lelong sempena perpindahan mereka ke tapak perniagaan baru iaitu Bazaar Tok Guru.

Gerai yang menjual kaftan batik yang cantik.

Jika suka memakai abaya/jubah Indonesia, inilah gerainya.

Gerai inilah agenda utama kedatangan kami ke Dataran Ilmu.

Betullah kata hadis nabi yang maksudnya yang kakchik faham lebih kurang begini, "bermula segala amalan ialah dengan niat...". Hadis penuhnya di bawah:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا  يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

Maksudnya: “Segala amalan adalah berdasarkan niat. Setiap orang hanya mendapat apa yang diniatkan. Justeru, sesiapa yang penghijrahannya adalah menuju kepada Allah dan RasulNya, maka penghijrahannya adalah penghijrahan kepada Allah dan RasulNya. Sesiapa yang penghijrahannya kerana dunia yang bakal diperolehi atau kerana wanita yang bakal dikahwini maka penghijrahannya adalah penghijrahan menuju kepada apa yang dingininya”.Hadis Sahih Bukhari dan Muslim

Oleh kerana niat dominan kami ialah nak pergi membeli-belah maka secara tak sedar kami telah ke tempat kuliah tapi asyik melihat-lihat, membeli dan sesekali saja meluangkan telinga untuk mendengar. Rugi betul rasanya. Walaupun kakchik tidak membeli apa-apapun tapi kakchik pun terlepas juga dari mendengar sepenuhnya 2 kuliah yang disampaikan pada minggu lepas.

Gerai ini menarik perhatian kakchik. Solok Arab = Bergedil.

Gerai menjual kek hasilan pengusaha kecil-kecilan dari rumah.

Oleh itu, hari ni niat kenalah betul dan insyaAllah kakchik nak ke kuliah jumaat dengan hati yang penuh untuk mendengar dan mengutip mutiara-mutiara ilmu dari para pengkuliah. Alangkah ruginya diri ini bila di dalam beribu-ribu orang yang hadir ke kuliah Jumaat, kakchiklah antara yang rugi pada Jumaat lepas. Hari ni insyaAllah tak berulang lagi. 

Jom kita cari ilmu buat bekalan untuk beramal demi bekalan hari Akhirat. Moga-moga dengan rahmat Allah kita akan menjadi antara penghuni Syurga-Syurga-Nya.

3 comments:

  1. Salam K.Chik..betul tue yg penting nawaitu kita tuh...cantiknya kaftan tue(k.atie pon tumpang cuci mata sambil bc n3 k.chik..hihi)

    ReplyDelete
  2. betoi2 kak chik.... selalu kt tapak2 kuliah / pengajian kan bnyk booth2...syikin pernah tercakap...

    "isk depa ni. asal meniaga ja time2 org tgh kering :| "

    terus encik suami cakap... ni niat nya nak dengar kuliah ke nak beli barang :p

    ReplyDelete
  3. Salam Kakchik,

    Menarik sekali...rasa nak berada kat sana juga...majlis ilmu mcm tu mana ada org buat every friday kat tpt saya..rasanya tpt lain pun jarang kita dgr kan..sebab tu saya suka negeri Kelantan..harap dpt pg lagi lepas ni..

    ReplyDelete

Kakchik ucapkan terima kasih banyak sebab teman-teman sudi memberi komen. Insyaallah kakchik akan membalasnya secepat mungkin.

Related Posts with Thumbnails

KakChik's bookshelf: read

Twilight
Prinsip-prinsip Gerakan Islam
Travelog Impian Abadi: Itu Yang Tertulis
The Power of Focus
To The Moon and Back
Terapi Solat Tahajud
Slumdog Millionaire
Telaga Budi: Himpunan Kata-Kata Hikmah Nik Abdul Aziz Nik Mat
Insan, Ingatlah: Sebuah Panduan Menuju Hati yang Tenang
Parenting Skills: Based on The Qur'an and Sunnah
Indahnya Hidup Bersyariat
Raising Boys: Why Boys Are Different-And How to Help Them Become Happy and Well-Balanced Men
Dewey: The Small-Town Library Cat Who Touched the World
The Secret of Happy Children
Positive Parenting: The Importance of Communication in Family Life
Islam & Demokrasi
The Leader in You
Soal Jawab Remeh Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya...
Senyumlah, Apa pun Masalahmu Ia pasti akan berlalu
How To Enjoy Your Life And Your Job
}

Networkblogs